SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API, SEKALI SEDUT LICIN SEPERIUK | Yo lorr, sekali sedut licin seperiuk ko, time nak masak, kemain merungut nak kena sepit bagai, jenuh berdiri depan sinki duk nyepit siput, tapi sekali dah masak, letak semangkuk, tau-tau, noleh licin seperiuk sekali hadap hahaha.
Tu nasib baik sebungkus je, kalau dua tiga bungkus? Mau kematu tapak kaki oi..tapi kan harga siput sedut sekarang mahai kedaung ek, sebungkus je RM12 oii kat KipMart Masai sini. Terkejut gak dengo, ingatkan sebungkus RM8 ke gitu. Kesahnya siput pun naik harga.
Tapi takpelah, tekak nak makan, sendiri makan sendiri le sepitnya. Kalau malas, pergi cari kat Restoran Nasi Padang Pekan Masai sana, situ ada jual Siput Sedut Masak Lemak Cili Api gak, sebab selalu makan gan Suami situ dan Sis akan amik semangkuk.
Suami Sis tak berapa gemar siput sedut ni, entah, kalau ada pun dia jamah-jamah aje sikit. Masak sebungkus tu pun, makan berdua je gan Yana, tu pun Sis banyak ratah dari makan dengan nasi. Ada le juga Suami rasa ratah-ratah sikit, kebetulan tengah meratah, Suami balik dari kerja, so duduk sekali di meja makan sambil borak sambil menyedut hahaha.
Masak paling mudah aje, semua bahan blender terus campak, masuk santan, apa susah. Cuma saja nak bagi rasa tu lain sikit, Sis petik daun limau purut dan masukkan dalam periuk tu, wangi sikit bau dan rasanya.
Mula ingat nak masuk sekali dengan Peria Katak, tapi anak Sis,Yana taknak pulak, katanya takut pahit. Ermmm mana le pahitnya entah..Memang tu je yang ada, serai pun takde, nak pergi kedai malas giler hahahaha...alaaa janji siap masak sudah ler..
Resepi ada, tapi sila rujuk pada gambar aje hahaha. Malas nak taip satu-satu ler, lagipun masak lemak biasa aje, mesti korang pun pandai masak kan. Nak sedap lagi, tambahkan kiub pati ikan bilis, Sis uka nanti rasa dia agak lemak-lemak asin je, so garam ko letak sikit je.
Semua bahan tu Sis belender je, kecuali asam keping dan daun limau purut tu. Tu pun ikut suka korang le nak letakkan. Santan jangan lupa. Sis guna santan Ayam Brand. Pekat gile santannya, sebab tu suka guna santan Ayam Brand.
Oleh kerana tak jadi peria katak tu masuk dalam lemak siput, makanya anak Sis,Yana dia gorengkan masak belacan. Pun sedap, tak pahit pun, sebab dah Sis dah sesiap rendam dalam air garam. Rangup pun yer. Habis semangkuk tu Suami Sis aje ratah..
Dan kebetulan ada beli Ikan Pari dengan jiran belakang rumah, Yana bakar dan siap letak le bawang dan limau. Dia memang tau, kalau Emaknya makan benda bakar, mesti nak ada bawang, lagi-lagi kalau makan Satay, takde bawang, takde feel rasa Satay tu hokay!..hehehehe
Alhamdulilah, masak penuh kasih sayang, begiyulah kejadiannya. Seperiuk licin. Senang nak cuci periuknya kan hehehe..
Okaylah, nanti kita smabung lagi, nak goreng nasi kejap, lewat sarapan harini, sebab tadi lepas Suami pergi kerja, Sis boleh terlelap kejap hahaha adeii, tengok-tengok ehh dan jam 9am..terus bangun dan bancuh kopi dulu dan terus masuk opis (ngadap laptop) hahahaha..
OkBai.
P/S: Teringinnya nak makan cekodok pisang!!..Nak cari pisang, nak cari pisang!
Tak pernah seumur hidup masak siput sedut ni sebab adik-adik tak berapa gemar.Kalau nak makan pun, beli kat luar untuk yang nak je..Betullah,sekarang ni semua naik harga..
ردحذفSama la kisah si dairy. Tak pernah lagi makan. Apatah lagi nak masak. Tapi orang kampung suka makan. Katanya sedap. Elok sangat share untuk keluarga
ردحذفSis Lin.......kejamnyaaaaaa.....fav SA ni tau....
ردحذفSeronoknya sis ada pembantu kat dapur. Tengok gambar telan air liur je sis. Nur tak pandai makan siput sedut hahahahahaha
ردحذفish-ish sedapnya kak... dana tak pernah masak sendiri siput sedut ni kat rumah tau... hehehe tapi kalau balik kg memang selalu masak la dengan mak sebab ada geng potong bontot dia... saja je akak menayang ek
ردحذفaduhai, nampak posting ni di waktu tengahari lunch pulak. haha
ردحذفaduhai sis....lapar pulak tengok masakan sis ni... terliur tgk.. kitorang suka makan siput sedut ni tapi tak tau cara nak masak cara betul..takut rasa berpasir siput tu...
ردحذفtak reti nak makan siput ni, sedut tak keluar-keluar last terus give up..hehe
ردحذفhurm.. ritu kerang naik harga. Ni siput sedut pulak.. huwaaa.. dah la favourite. tapi biasala, makan sorang ni kita beli jela. tak rajin la nak masak.. hehe
ردحذفUiksss nampak sedapnya sis..tapi tu la kte tak makan siput sedut hahah sebab masa kecik2 pernah makan pastu termakan yg ada anak2 tu haha sejak tu fobia😂
ردحذفYa ampun dah lama sis x makan siput sedut.. rindu giler ..kalau.pekena mau menambah 2 pinggan nasi
ردحذفPergghh ni kalau masak kat rumah mesti licin. Cuma nak potong belakang siput tu tak ku daya. Hahaha. Sakit jari jemari. Akak, saya gulai ni kat restoran luar sedap sekali pun takleh nak makan sebab bunyi bunyi slurrpp slurrp tu. Kena makan kat rumah. Malu makan siput sedut dap angattttt. hahaha
ردحذفSiput sedut nie mmg kalau masak sendiri puas makan. Makan kat kedai risau mahal. Tapi nak prepare utk masak tu masyaAllah payah sungguh
ردحذفsedap tu. dah lama saya pun tak makan siput sedut. ada la few years rasanya
ردحذفAssalamualaikum... Nak datang rumah boleh??? Jangankan siput sedut tu, satu meja tu punya menu I suka sangat2!!! Peria lagi, pari bakar lagi, mau tak balik rumah sendiri dah begini 😝
ردحذفI love this sooo much! The siput we call them balitong! Looks so yum and authentic!
ردحذفAllah! sedap nyer sis.
ردحذفlama tak buat ni. aida kalu beli siput, yg da siap bersih :)
if yg raw sgt tu, tak pandai! ha ha ha ha ha...
Adik dan ayah Rawlins suka gila siput sedut. Rawlins nak suh adik tengok entry nie la - biar dia masak untuk ayah hehe
ردحذفSiput sedut masak cili api is my all time fav, ni kena makan kat rumah baru best
ردحذف