UJIAN PERTAMA VAKSIN COVID-19 PADA MANUSIA SUDAH BERMULA! | Seramai 45 sukarelawan menjadi ‘tikus makmal’ dalam ujian klinikal bagi menilai keberkesanan vaksin COVID-19 yang dilakukan di Kaiser Permanente Washington Health Research Institute (KPWHRI) di Seattle.
Ujian yang dibiayai oleh Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID), membabitkan individu yang berusia antara 18 hingga 55 tahun. Mereka akan diberikan jumlah dos yang berbeza-beza.
Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH), setiap sukarelawan terlibat akan menerima 2 dos vaksin COVID-19. Vaksin tersebut akan diberikan melalui suntikan intraotot, selang 28 hari.
Pengarah NIAID, Anthony Fauci memberitahu, selepas menerima 2 suntikan vaksin, setiap individu terlibat akan diminta untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan susulan, diikuti pemeriksaan berkata dalam tempoh setahun.
Walaupun ujian klinikal tersebut berjalan lancar, namun ia mungkin memerlukan tempoh masa 12 hingga 18 bulan sebelum vaksin dapat digunakan secara meluas.
Perkembangan Terkini COVID-19
Vaksin yang dihasilkan penyelidik di NIH dengan kerjasama makmal bioteknologi, Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts ini dinamakan sebagai mRNA-1273 (messenger ribonucleic acid).
Pembiayaan vaksin itu ditanggung sepenuhnya oleh Gabungan Inovasi Kesedaran Jangkitan (CEPI) yang berpusat di Oslo, Norway.
Menteri Luar Jerman, Heiko Maas, menegaskan bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 oleh firma bioteknologi Jerman adalah untuk melindungi penduduk dunia dan bukan untuk dijual.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi membidas keinginan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahukan negaranya untuk membeli vaksin tersebut, sekali gus memiliki akses eksklusif.
Kes semakin meningkat
Dalam kita berasa sedikit lega dengan perkhabaran mengenai ujian klinikal vaksin COVID-19 itu, namun kita tetap perlu mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dalam memberi kesedaran mengenai bahaya coronavirus ini.
Ini kerana peningkatan kes jangkitan dari hari ke hari semakin membimbangkan. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan, namun masih ada individu yang degil dan tidak menghiraukan arahan tersebut.
Masih ada yang keluar berjalan-jalan tanpa urusan penting, bahkan terdapat juga golongan sewenang-wenangnya melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Ini sudah pasti akan meningkatkan risiko penularan wabak COVID-19 menjadi lebih kronik.
Jalankan tanggungjawab korang untuk membantu mengurangkan peningkatan jumlah kes dengan mengikuti langkah yang disarankan oleh Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC), seperti:
- Elakkan sentuhan dengan orang lain atau haiwan peliharaan
- Bersihkan segala perabot dan barangan yang terdapat di dalam rumah
- Amalkan rutin mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer
- Hindarkan berkongsi barangan peribadi dengan orang lain
- Hubungi pihak hospital sekiranya korang mengesyaki diri telah dijangkiti
Akhir kata
Kami semua memohon kerjasama semua pembaca untuk mematuhi segala saranan dan perintah yang diumumkan oleh kerajaan. Jadilah individu yang bertanggungjawab dengan hanya duduk di rumah dan mengurangkan pergerakan di luar rumah.
Dalam zaman kecanggihan teknologi ini, terdapat pelbagai cara untuk membolehkan anda berhubung dengan keluarga dan orang tersayang bagi bertanyakan khabar mereka.
Oleh Asyikin Md IsaFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
P/S: Ya Allah sangat merisaukan keadaan Malaysia sekarang, Allahuakbar!!!..MOga kita semua dalam perlindungan Allah swt.
oh lamanya nak tunggu 12 bulan...uhuhuhu
ردحذفKannn tapi bagus juga laaa ada kajian dan ujiannya, kalau tak, terus takde penawar kannn
حذفsemoga wabak ini akan segera berakhir..aamiin
ردحذفAamiin..mudah-mudahan cepat berakhir...
حذفMak oiii setahun nak tunggu...denagarnya nak sambung lagi Perintah Kawalan Pergerakan ni kan...
ردحذفKannn SA...dah kena sambung dah kannn sampai 14/4 huwaaaaaa
حذفi hope it works
ردحذفYaaa...jom kita berdoa...
حذفLambat lagi nak tunggu vaksin tu
ردحذفKena cari cara lain untuk putuskan rantaian hayat virus tersebut.
Yaaa Wak, yang penting kita jaga diri dan ikut arahan yang diberikan...
حذفAmbil masa lama tu nak dapatkan vaksin. Harap cepatlah pupus dan bebas covid-19. risau dengar berita setiap hari.
ردحذفKannn, moga semuanya cepat berakhir...
حذفowh...lama lagi nak dapat guna...12 -18 bulan....bersabar lah...moga cepat hilang semua ni....
ردحذفBersabarlah...janji ada juga buat kajian mengenainya..
حذف