10 AYAT SURAH QURAN DAN DOA UNTUK ELAK SIHIR

Sis Lin
4
10 AYAT SURAH QURAN DAN DOA UNTUK ELAK SIHIR | 10 Ayat Quran Dan Doa Yang Mudah Pelindung Elak SIHIR Untuk Diamalkan. Ramai yang dah hafal 10 ayat quran dan doa ni tapi tak ramai yang amalkan dan tak tahu sebenarnya ianya boleh di baca untuk elak sihir. Korang tau?

Pendinding diri atau pelindung diri adalah amalan untuk menghindari atau melindungi diri dan keluarga kita dari gangguan sihir, syaitan, iblis, jin, kejahatan manusia atau musuh, makhluk halus dan sebagainya dengan menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran dalam surah tertentu yang terbukti sangat mujarab.

Dalam kalangan kita ramai yang sakit sama ada disebabkan gangguan jin syaitan atau penyakit-penyakit perubatan moden yang lain. Ianya merupakan sunnatullah, Allah nak uji kita sebagai hambanya adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang sabar atau kufur dengan nikmat Allah.

Sama ada kita hidup senang, kita diuji dengan kesenangan dan bahkan inilah ujian yang sangat berat kepada kita. Ketika kita senang, susah nak jumpa jalan ke surau dan masjid, majlis ilmu, bersedekah dan sebagainya. Tetapi apabila kita diuji dengan kersakitan barulah kita cari surau masjid, pak imam dan sebagainya.

Amalan pendinding diri ini bukan sahaja diamalkan oleh setiap orang malahan ia juga sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan perubatan dan rawatan Islam yang menghalau jin dan merawat pesakit mereka yang terkena sihir, santau, saka, gangguan syaitan dan banyak lagi.

Mungkin juga ada antara korang yang sudah amalkan. Alhamdulillah teruskan. Semua amalan dan doa yang dikongsikan di bawah bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk menjaga kediaman rumah, keluarga dan sebagainya.


10 Ayat Quran Dan Doa Yang Mudah Pelindung Elak SIHIR 

1. Baca Al-Fatihah 

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


2. Baca Surah Al-Ikhlas

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (3) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


3. Baca Surah Al-Falaq

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (3) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.


4. Baca Surah An-nas 

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


Membaca surah 3 Qul setiap hari. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan al-Mu'awizatain (surah an-Nas dan surah al-Falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. (Sunan at-Tirmizi - no: 5072 dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi - no: 3575)

5. Baca Ayatul Qursi

(255) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Ayat al-Kursi (surah Al-Baqarah ayat 255), lebih baik jika memahami maksudnya sekali. Daripada Abu Hurairah radhiallahu; Rasulullah s.a.w telah mewakilkan aku supaya menjaga harta zakat Ramadhan, lalu datang seorang lelaki mencuri makanan. Akupun menangkapnya dan berkata, "Aku akan membawa kamu kepada Rasulullah s.a.w...

Lalu dia berkata, "Sekiranya kamu pergi ke katilmu, maka bacalah Ayat al-Kursi, kamu akan diiringi oleh seorang penjaga daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga waktu pagi." Nabi s.a.w bersabda, "Dia telah bercakap benar kepadamu sedangkan dia adalah penipu besar. Dia adalah syaitan," (Sahih al-Bukhari – no: 4723)


6. Membaca doa di bawah ini setiap hari sebanyak 3 kali : 

"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : (terjemahan ayat) "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya. (Sohih Muslim, no 2731)


7. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa membaca dua ayat terakhir (ayat no. 285 dan 286) dari surah al-Baqarah pada malam hari, maka mencukupi baginya (daripada diganggu oleh Syaitan). (Sahih al-Bukhari - no: 3786; Sahih Muslim - no: 807)

(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim).


8. Membaca Zikir :

 "Laa ilaaha illAllaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qodir" (sepuluh kali sekurang²nya). Sabdalah Nabi s.a.w; Barangsiapa mengucapkan "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu." sebanyak seratus kali sehari, akan memperoleh ganjaran seperti membebaskan sepuluh hamba, satu ratus hasanah (kebaikan) akan dicatatkan untuknya dan satu ratus sa'iyah (keburukan) akan dipadamkan daripada catatannya, dan ianya akan menjadi pelindung baginya daripada syaitan untuk hari tersebut sehingga petang.

Tidak ada seorang pun yang akan lebih baik darinya melainkan orang yang melakukan melebihi dari apa yang dia lakukan. (Sunan at-Tirmizi - no: 3390 dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no: 3534)


9. Membaca Zikir:

 "A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq." Sabda Nabi s.a.w; Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (terjemahan ayat di atas) "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Ketika Subuh, no 336, 1/225

10. Penutup 

Selawat 1x. 3 – Ayat-ayat pembatal sihir 1x.
Doa “Ya Allah, Ku pohon pada Mu agar Engkau batalkan sihir ini dengan kekuatan Mu wahai Tuhan Yang Maha Perkasa.”


Sebahagian ahli fiqih menganggap bahawa sihir itu bererti kufur , atau membawa kepada kufur , justeru itu kepada mereka-mereka yang teruji dengan musibah ini mohon amalkan ayat-ayat berikut untuk membatalkan sihir dan juga sebagai pendinding daripada sihir.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:”Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu:
  • Menyekutukan Allah (syirik).
  • Sihir.
  • Membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak.
  • Makan harta riba.
  • Makan harta anak yatim.
  • Lari dari peperangan.
  • Menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tujuan sihir itu dilakukan ialah untuk mendatangkan mudarat kepada orang tertentu (target) agar target tadi jatuh sakit, merana, putus tunang, tiada jodoh, bercerai dengan pasangannya, rugi dalam perniagaan, gila, tergila-gila akan seseorang, tidak dapat melafazkan akad nikah, hilang nafsu syahwat (mati pucuk), muntah darah, mati dan sebagainya .

Di zaman yang serba canggih atau zaman google!!! Kita sering dikhabarkan dengan istilah-istilah seperti buatan orang, santau, tuju, pelalau, busung, pengasih, penunduk, pemisah, penguat, pengunci, pengikat, penyeri muka, pelaris, dan sebagainya , kepada pengamal-pengamal sihir ketahuilah sihir itu HARAM di sisi agama ISLAM .

Namun kesemuanya itu dilakukan oleh manusia yang ada penyakit dalam hati mereka melalui perantaraan makhluk halus atau apa yang disebut dalam al-Quran iaitu jin.

Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita akan terpantul semula kepada si penghantar. Allah itu Maha Berkuasa dari segalanya..aamiinn

Semoga kita semua dilindungiNya.


P/S: Allahuakbar...SubhanaAllah..AstaghfiruAllah .. tak daya dah nak kata apa ....berserah kepada Allah ..

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ada satu lagi ayat dalam al-Quran tu betul2 untuk lindungi sihir pemisah suami isteri...al-Baqarah ayat 102, amalkan selalu...dalam ruqyah pun, kalau bukak youtube, ayat ni dibaca berulang2...

    ردحذف
    الردود
    1. Sunah, ada cerita di sebalik entri ni, nanti aku cite kat ko..huhuhuhu

      حذف
  2. Alhamdulillah. Terbaik Sis Lin. Al-Quran adalah syifa' bagi mereka yang beriman.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!