AKU RINDU ANAK AKU LAAAH!!

Sis Lin
20
AKU RINDU ANAK AKU LAAAH!! | Ya ALLAH...ketika menulis posting ni air mata berjurai-jurai jatuh ke pipi, tak tau nak cakap dan meraung macam mana lagi dah..Selain mengadu pada Allah setiap kali solat, pagi ni Sis nak menulis di sini untuk meluahkan apa yang Sis pendam dan rasa ketika ini..

Hinggakan Suami banyak kali pujuk, jangan terlalu fikir nanti diri sendiri yang sakit..tapi macam mana tak fikir...Aku Rindu Anak Aku Laaah!!!...Allahuakbar...Sis faham Suami banyak beri 'hiburan' pada Sis, kekadang tu ajak berbual macam-macam topik, supaya Sis ni lupa akan hal anak tu dan tak terlalu fikirkannya, tapi tak boleh...tetap juga bermain-main dalam fikiran ni, sampaikan Suami kadang pun marah dengan emosi Sis ni..

Ibu mana yang tak rindukan anak, lagi pulak time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) macam ni. Risau, bimbang dan takut semua bermain dalam kepala otak ni. Hari-hari bertanya khabarnya, hari-hari juga video call anak, setipa kali bervideo call, setiap kali tu jugalah kami sama-sama menangis.

Sebak dan sedih bila anak di sana kata 'Mak, Kakak nak balik, nak duduk rumah sama-sama dengan semua', huwaaarghhhh satu tikaman pisau rasa menembus dalam dada ini tiap kali anak berkata begitu.

Tapi Mak tak boleh nak buat apa, selagi PKP ni tak habis, selagi tu laa Kakak kena duduk sana. Bertabahlah wahai anak. Doa bebanyak, insyaAllah Allah Ada akan jaga Kakak di sana. Ada masa Sis cuba kawal emosi tiap kali menelefon anak, cuba happy dan buat tak tau, tapi tiap kali tu laaa hati ni sakit!!!..nak juga luah dan menangis sama-sama..


Kekadang Sis dirumah ni masak, hanya sedapkan hati sendiri, sedangkan tiap kali nak masak dan nak makan, time tu laa, perasaan sedih tu datang, terkenangkan anak tu yang entah makan apa, sedap ke tak dia makan, tapi alhamdulilah juga, anak Sis tu masih dapat juga ke Pasaraya dan membeli barang dapur untuk dia masak. Yaa alhamdulilah rumah yang dia duduk sekarang, walaupun sewa bilik, tapi boleh masak semua.

Yaaa bukan tak biasa anak berjauhan, ada tu sampai berbulan-bulan memang tak balik, tapi kali ni berlainan. Semua seolah hidup dalam ketakutan, nak ke sana ke sini pun tak boleh. Sentiasa kena berjaga-jaga, sebab itu risau seorang Mak tu menjadi-jadi. Kita di sini satu family, apalagi anak di sana sendirian.

Syukur juga, anak bukan seorang yang terkandas tak dapat balik, ada seorang lagi roomate bilik sebelahnya yang ada sama tinggal dengannya, so adalah penemannya sama-sama masak dan makan.

Tapi walaupun anak tu selalu hantar gambar makanan yang dia masak atau beli, tapi tetap tak sama dengan apa yang Sis masak dan hidangkan dirumah ni. Kalau boleh, apa yang Sis makan, apa yang Sis masak, nak semua anak-anak makan dan merasainya...tapi....

Tak apalah, Sis selalu berdoa dan mengharapkan semuanya ini akan cepat berakhir dan anak Sis dapat balik ke Johor dengan segera.


Macam kelmarin, anak video call dan bagi gambar, anak kata dia dah pandai buat Puding Oreo. Katanya nanti balik Johor Kakak buatkan untuk Mak ya..huhuhu...yaaa Mak tunggu nanti Kakak balik ya. Kita buat sama-sama, dan Mak akan masak banyak-banyak kita makan ramai-ramai ye anak..

Bilakah semua ini akan berakhir???...please laaa korang, jangan pentingkan diri sendiri, kita sama-sama musnahkan rantaian virus Covid-19 ni..kalau bukan kita siapa lagi? Please #StayAtHome..

Dan kita jangan putus asa sentiasa berdoa. Bagi mereka yang berpuasa Hari Putih yang bermula harini, jom sama-sama kita perbanyakkan bacaan Yassin dan baca Surah Al-Mulk moga segala bala bencana yang kita sedang hadapi ini cepat beransur pulih seperti sediakalanya. Aamiinn..

Bagi ibu-ibu yang mana anaknya terkandas di Universiti atau di mana sahaja yang tak dapat pulang ke rumah, moga kita sama-sama tabah menghadapinya dan sama-sama kita doakan moga anak kita sentiasa dilindungi dan dalam perlindungan Allah swt..Aamiinn..

Ucapan Kakak, 'Mak jangan sedih-sedih, nanti Kakak balik ya'...  Yaa Mak tunggu Kakak balik..


P/S: Moga Allah sihatkan ku dan panjangkan usiaku untuk bertemu dengan anakku..aamiinn..

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ya Allah...byk bersabar ya sis...mujur saya dan suami sempat ambil anak petang 17 Mac tu..jadi anak2 semua berkumpul kat rumah tapi kesian kat kawan-kawan dia yg stuck kat sana..moga anak sis lin tabah begitu juga anak-anak yang lain

    ردحذف
  2. Beginilah perasaa semua mak mak bila berpisah dgn anak. Mesti sedih tu Ada. Bertabaah sis. Semoga covid Ni cepat berlalu.

    ردحذف
  3. Adik sy pun sekarang di kg asben dia rk dpt balik. Lepas kawin trus ke kg sebelum covid lockdown. Tros tk dapat balik umah mak. Ya sedih tk boleh tingktkan risiko dgn keluar kawasan. Apapun puding orea mengancam!

    ردحذف
  4. alahai.. sabar ye sis.. semoga semua ni cepat berakhir dan kakak boleh balik JB..

    ردحذف
  5. ado~ kita pulak yang tumpang nangis.. Ada juga sorang adik terkandas di UNIMAS padahal, mak ada je dekat di rumah adik sorang lagi jaga cucu... Sabar ye Sis Lin,

    ردحذف
  6. Sabar banyak2 kak lin. doa saja senjata kita sekarang. banyakkan berdoa. harap2 cepatlah habis pkp dan covid19 ni aamiin

    ردحذف
  7. Amin, Amin... Covid 19 akan tamat .. inshaAllah.. harap harap minggu ni jugak habiss.. terus kuatt semangatttttt sis.. kita lagi kuat dari virus tuh.. pejam celik, Masa kan pantas berlalu.. okayhh

    ردحذف
  8. baca entry kak lin terus teringat dekat mak sebab sangkut jugak dekat sini tak dapat balik sabak. Selalu call tanya macam mana dekat sini. Semoga cepat habis RMO ni

    ردحذف
  9. Sedihnyaaa...nasib SA buat keputusan balik Seremban juga 17hb lepas..malam2 SA balik gak..kalau x..x tahu la nasib SA macam mana...

    ردحذف
  10. Bila berjauhan dgn anak2 mmg mula teringat pd mereka, bersabarlah xlama lg hbs PKP blhlah bjumpa kembali

    ردحذف
  11. tabahkan hati ye sis lin. insyaallah semua akan dipermudahkan nanti.betul suami cakap, jangan terlalu ikutkan perasaan. nanti kesihatan sis juga yang terjejas

    ردحذف
  12. Insha Allah segalanya akan selamat kerajaan dah jamin anak-anak yang ada kat universiti akan dijaga dan diberi bantuan segalanya cuma ibu bapa kena banyak berdoa moga penyakit yang ada sekarang ni cepat reda dan patuhi arahan perintah kawalan pergerakkan kita baca pun sebak akak hurmmmm rindu nak balik kg jumpa mak ayah waaaaaaa...

    ردحذف
  13. Quite touching. Saya doakan anak you sentiasa selamat ya. Pls be strong. Insya’Allah semuanya ok.

    ردحذف
  14. Nasib kita serupa. Time sekarang ni tak boleh dah nak jenguk2 anak2, memang sedih sangat. Whatsapp call pengubat rindu. Kadang2 beli makanan apa2 kita akan suh diorg hantar ke sana dulu..sedih tau

    ردحذف
  15. Saya baca ni saya pulak yang rasa rindu juga kat anak sis. Sabarlah ye Sis, kita sama-sama doakan agar COVID19 ni cepat-cepat hilang. Tak tau macam mana nak hadapi puasa dan raya nanti kita tahun ni. Sedih betul

    ردحذف
  16. ramai macam sis kan, semoga dipermudahkan urusan sis dan anak2, juga mereka yang sedang diuji begini

    ردحذف
  17. aduuu...aku pun sedih baca ni....berlinangan air mata aku...memang risau sebab kakak kat zon merah sana...moga2 Allah jaga kakak...ameen...

    ردحذف
  18. Alahai kesiannya berjauhan dari anak. nasib ada kawan dia yang tak balik kan..Ada juga peneman..kalau sorang-sorang memang bosan la. Semoga rantaian covid ni dapat d putuskan segera...iena pun rindu nak balik kampung jumpa mak iena..duduk rumah bujang memang bosan haha

    ردحذف
  19. Waduh sedih pula baca entri ini. Pada mulanya ingat anak ditahan kerana Covid-19 ke rupanya anak berjauhan tak dapat balik. Tak apa lah janji anak sihat kan, moga segala dipermudahkan.

    ردحذف
  20. Semoga semua dipermudahkan and anak anak boleh balik secepat mungking.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!