BEKERJA DARI RUMAH - BAGAIMANA SET-UP KORANG? | Yaa mesti ramai di kalangan korang sekarang yang tika dan ketika ini semuanya bekerja dari rumah je kan? Ini termasuk juga anak Sis. Jadi nak dapatkan keselesaan bekerja di rumah tu tak sama dengan di tempat kerja (ofis) kan?.
Tapi tak bermakna kalau bekerja di rumah kita tak boleh hidupkan suasana bekerja dengan selesa, boleh...cuma kena pandai dan bijak pilih ruang dan keselesaan masing-masing. Ada orang lebih suka buat kerja atas katil je, baginya dah cukup selesa. Dan ada juga perlukan meja dan kerusi sandar, supaya selesa nak duduk dan buat kerja. Korang pulak macamana?.
Bekerja dari rumah atau lebih sinonim dipanggil Work From Home (WFH) di kalangan orang ramai adalah suatu perkara biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ada antara kita yang menggunakan aplikasi Skype, WebEx dan Zoom untuk berhubung antara satu sama lain kerana akur dengan arahan kerajaan untuk sentiasa #dudukrumah #stayathome.
Bekerja dari rumah boleh menjadi produktif atau sebaliknya. Antara tip untuk menghasilkan
suasana kondusif semasa bekerja dari rumah adalah:-
Pasti sekarang korang pun sudah mempunyai ruang bekerja sendiri kan?. Atau korang pun dah berkongsi-kongsi idea gaya bekerja korang dengan rakan-rakan pejabat lain. Di sini Sis nak kongsikan ruang kerja dari rumah yang telah di kongsikan oleh mereka dari kumpulan About Communication untuk dikongsikan kepada korang. Supaya korang ada idea ruang bekerja yang santai dan selesa.
Antaranya adalah :
Jadi, bagaimana sudut bekerja di rumah korang?
Ingat! Kekalkan penjarakkan sosial. Kerap basuh tangan menggunakan sabun, sentiasa melakukan sanitasi di permukaan yang disentuh dan amalkan cara batuk dan bersin yang betul. Pastikan juga korang membuang tisu yang telah digunakan dan pakai penutup mulut dan hidung sekiranya berada di luar rumah.
Paling penting korang #DudukRumahDiamDiam dan #JustStayAtHome #BeSafe
Dan taraaaa...ini lah ruang kerja di rumah Sis. Atas meja makan, berbelakang kan dapur, mengadap ruang tamu, di sebelah sliding door yang menampakkan suasana luar saujana mata memandang, walaupun takde pokok merimbun tapi senang nak tau hari hujan ke hari panas hahahaha.
So korang, kongsikan ruang bekerja dari rumah korang pula.
Secara tidak langsung korang telah membantu untuk putuskan rantaian penularan Covid-19.
Gunakan hashtag #wfhsetup dan tag kepada @_aboutcom di Instgram dan @aboutcom.my di Facebook.
Jomlah sahut cabaran!
P/S: Duduk situ senangnya dekat dengan dinding charger hahahaha...

- Tetapkan ruang bekerja, korang mungkin memerlukan kerusi yang selesa bersama meja di satu sudut.
- Kemas ruang bekerja korang untuk mengelakkan gangguan.
- Kumpul dan susun peralatan yang diperlukan untuk kegunaan harian.
- Pastikan sudut bekerja korang mempunyai plug berdekatan untuk memudahkan korang cas alatan elektronik.
- Duduk di ruang yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
- Guna ‘headphone’ untuk kurangkan gangguan bunyi.
- Beritahu ahli keluarga ruang bekerja korang, dan anak-anak harus menghormati ruang ini sewaktu tempoh PKP.
- Tukar ruang bekerja korang untuk mendapatkan ‘mood’ berbeza, contohnya dari ruang tamu ke dapur.
Pasti sekarang korang pun sudah mempunyai ruang bekerja sendiri kan?. Atau korang pun dah berkongsi-kongsi idea gaya bekerja korang dengan rakan-rakan pejabat lain. Di sini Sis nak kongsikan ruang kerja dari rumah yang telah di kongsikan oleh mereka dari kumpulan About Communication untuk dikongsikan kepada korang. Supaya korang ada idea ruang bekerja yang santai dan selesa.
Antaranya adalah :
Meja bekerja yang kemas membantu untuk hasilkan kerja yang efisyen dan produktif.
Sudut ringkas dan tenang di balkoni dengan pencahayaan
Sudut selesa dan kemas di sofa.
Skrin di permukaan treadmil untuk seorang yang aktif bersenam.
Pelbagai skrin di katil – Hanya untuk mereka yang tidak mudah tertidur!
Ingat! Kekalkan penjarakkan sosial. Kerap basuh tangan menggunakan sabun, sentiasa melakukan sanitasi di permukaan yang disentuh dan amalkan cara batuk dan bersin yang betul. Pastikan juga korang membuang tisu yang telah digunakan dan pakai penutup mulut dan hidung sekiranya berada di luar rumah.
Paling penting korang #DudukRumahDiamDiam dan #JustStayAtHome #BeSafe
Ruang Kerja Aku Sis Lin
Dan taraaaa...ini lah ruang kerja di rumah Sis. Atas meja makan, berbelakang kan dapur, mengadap ruang tamu, di sebelah sliding door yang menampakkan suasana luar saujana mata memandang, walaupun takde pokok merimbun tapi senang nak tau hari hujan ke hari panas hahahaha.
So korang, kongsikan ruang bekerja dari rumah korang pula.
Secara tidak langsung korang telah membantu untuk putuskan rantaian penularan Covid-19.
Gunakan hashtag #wfhsetup dan tag kepada @_aboutcom di Instgram dan @aboutcom.my di Facebook.
Jomlah sahut cabaran!
P/S: Duduk situ senangnya dekat dengan dinding charger hahahaha...
alaahhh rindu la ofis dalam gambar last tu...hahahahhaha
ReplyDeletemmg sepanjang PKP ni kena work from home...tmpt komputer mmg dlm bilik so tkde la ank nk ganggu...cabaran skit bila work from home sbb ank nk soh mak masak mcm2...hehe
ReplyDeleteSaya xde work from home.. tapi update blog guna hp.. Sama ada duk dpn tv.. or katil..
ReplyDeletePada zaman ini memang kita kena sediakan ruang kerja di rumah jd bila jadi kejadian yg tak disangka ini kita dah bersedia kerja dr rumah kan?
ReplyDeleteruang kerja saya pulak tempat tu perlu kemas, dekat dengan plug & selesa. lepas tu boleh buat kerja guna laptop.
ReplyDeleteWah bestnya ruang kerja Sis Lin tuk update blog yea, saya pun tengah kemaskan balik musim PKP ni memang banyak masa dihabiskan utk mengemas ha ha ha, mana yang tak patut disimpan kita buangkan aje... cantik dan kemas sejuk mata memandang
ReplyDeletesamalah ruang kerja saya pun di meja makan, anak-anak di coffee table kat ruang tamu. yang penting selesa dan dekat dengan plug point ;)
ReplyDeleteSebenarnya saya lebih selesa bekerja dari rumah. Sebab masa kita yang tentukan sendiri. Apa pun tergantung juga kepada displin diri bagaimana kita mengolahnya agar lebih sistematik.
ReplyDeleteRuang kerja kat rumah ni memang kat meja komputer ni je la. Tapi nak bekerja tu yg dugaan dgn anak-anak. Hahaha
ReplyDeleteEh ni serious ni. Monitor kita tu samalah, sebiji.
ReplyDeleteAnyway, patutlah rajin update blog.. kat mana-mana je dia bawa laptop dia rupanya. Rajin buat keje dan gaya penulisan sis pun saya saya.
Saya memang suka bekerja dari rumah malah kerja pada waktu malam lebih rasa nyaman dan laju je idea datang hihi...jadi saya ada meja untuk tugasan di rumah.
ReplyDeleteBila kerja dari rumah nie, rasa dia lain sikit. Tp best sbb xstress mcm dkt office. Nk makan pon boleh terus k dapur n masak. Suka pulak kita dgn work from home mcm ni
ReplyDeleteThis is beautiful , I think I should also re-decorate my room! Been a mess! Time to clean up!
ReplyDeleteCantiknyaaaa... opis pun kalah ni... well, for me, since currently WFH from my hotel room, thus, the most suitable place is definitely on my bed... hehehehe... alhamdulillah, memang bukan jenis yang senang nak tertidur... so layankan je... sekejap duduk, sekejap baring...
ReplyDeleteruang kerja Zul pula tepi tingkap dan katil, buat kerja 5 minit baring sejam. HAHAHAH best juga buat kerja di rumah ni, sebab otak oleh berfikir dengan tenang.
ReplyDeletesaya kena duduk ruang tamu juga melain anak2 sbb duduk dalam bilik pun tak kan aman.. sikit2 ketuk ...sikit2 mama... klu duk luar sekejap2 je kacau nya..hahaha
ReplyDelete