CITARASA MASAKAN IBU DI RUMAH, SEMESTINYA RENDANG!

Sis Lin
24
CITARASA MASAKAN IBU DI RUMAH, SEMESTINYA RENDANG! | Sebut aje menu rendang, mesti semua dah terbayang-bayang menu raya nanti kan? Oii puasa baru dua hari, dah fikir nak raya ek? Hahahaha. Tapi kalau Sis, menu rendang ni tak kira masa kalau nak masaknya, kalau kata tekak rasa nak makan, haaa Sis buat aje. Tak payah tunggu raya.

Cuma kalau raya tu, rendang adalah juadah utama la yang akan dihidangkan. Dimakan pulak bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, memang la membuka selera bagi tetamu yang datang berhari raya. Rendang juga merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang satu juadah istimewa sama dengan masakan ibu di rumah.

Tapi sejak Emak Sis sakit Breast Cancer tu, kalau tiba raya, memang dah jaranglah Emak masak, so kami adik beradik aje yang masak, tapi masih tetap sama, guna resepi dari Emak, sebab itulah kalau kitaorang adik beradik Sis masak rendang, pasti teringat air tangan Emak.

[Baca Juga] : 7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP Dari Ayam Brand™ 


Tengok tu, nampak ssedap kann Rendang Ayam versi Johor Sis ni? Yaa memang sedap woo, inilah resepi turun temurun yang biasa Emak Sis masak, dan Sis juga guna respinya. Cuma ikutlah tekak memasing nak ubah atau tambah apa yang korang rasa nak tambah dalam rendang tu.

Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang

"Semua rendang sama aje laa"..

Eh jangan tak tau, setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Yee kalau di Johor kami lebih suka Rendang Ayam dari Rendang Daging. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.

Susah Ke Nak Masak Rendang? 

Apa yang susahnya? Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu sedap dan enak adalah daripada empat bahan utamanya iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim. Bagi membantu korang menghasilkan juadah yang sama rasanya dengan masakan ibu korang, juga korang boleh cipta tradisi rendang korang sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi korang yang baru nak mencuba.

Resipi ini boleh korang ubah sesuai dengan kemahiran skill memasak korang membuat rendang. Jadikan resipi korang unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza.


Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik, dan semestinyalah Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan masakan korang menjadi mudah dan rasanya sedap!.

Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk).

Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .

Nak resepi Rendang Ayam Brand™ ? Jom kita semak resepinya.


Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam (Kalau korang guna periuk Noxxa, kejap aje masak)
Hidangan: 8

Bahan-bahan
Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng
yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Pes (kisar halus)
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda

Minyak untuk menggoreng
1 cawan air

Cara Memasaknya: 

  • Kisar bahan pes menggunakan blender.
  • Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
  • Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  • Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  • Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
  • Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
  • Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
  • Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.


Ha yang ni Rendang Daging versi Johor dari Sis. Amacam? Nampak sedap tak? Hahahaha menu rendang daging ni adalah menu wajib dihidangkan setiap kali Syawal. Tak boleh tak ada, nanti memasing semua mencari hahahaha. Termasuk adik-adik juga.

Rahsia rendang daging Sis ni sedap sebab.....Masak penuh dengan kasih sayang, time masak tu senyum dan berdoa bebanyak, semoga hasil masakan Sis ni sedap dan sesiapa yang memakannya gembira menikmatinya. Tapi resepi utamanya yang buat rendang daging Sis ni sedap, apalagi, semestinyalah Sis guna Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) Ayam Brand ni. 

Maklumlah Suami Isteri berpenyakit, so kena makan santan yang kurang lemak ya. 
Yaa itulah rahasianya hehehe..


Apakah Resipi Istimewa Rendang Korang?

Hadiah-hadiah menarik menanti korang! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook.

Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’.

Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

So apalagi? Cepat masak rendang dan masuk peraduan ini sekarang! Manalah tau rezeki korang kan..
Selamat mencuba!! ..


P/S: Kecur plak rendang time gini oii... hahahaha...

Post a Comment

24Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aaa sedapnya rendang dalam gambar pertama ituuu! nanti nak buat lah as menu berbuka!

    ReplyDelete
  2. Uihh sedapnye rendang daging.. lama dah x buat..

    ReplyDelete
  3. Pn is3 wak selalulah juga merendang ayam kampung.

    ReplyDelete
  4. kak ana pun suka guna santan Ayam Brand ni , mudah nak masak apa pun rasa sedap kan SL :)

    ReplyDelete
  5. Betul la Sis. Ikut rasa nak mkn.. Ada bahan.. On. Sedapnya kalau dapat makan dengan lempeng ni..

    ReplyDelete
  6. Aduh, sis. Ramadhan ke3 dah merendang! Terbaik. Nanti boleh la try ni. Thn ni mcm kena buat sendiri jugak.
    Sedih plak rasa, camne ntah raya thn ni ekk. Rendang kan sinonim dgn raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKP pun tetap raya, so jangan risau, rendang tetap ado heheheh

      Delete
  7. OMG! Looks so sedap! If you join the competition! I wish you all the best! I also nak join! Let's menang menang !

    ReplyDelete
  8. Wahhh macam nak raya la pulak ternampak rendang. Ya rendang lain2 cara masak dan rasa pun lain mengikut negeri masing2.

    ReplyDelete
  9. Pelbagai cara masqkan Rendang yang ada. Rendang style Johir ni blm pernah cuba. Nak gak try buat nanti. Tq

    ReplyDelete
  10. sedapnya rendang, walaupun sama tetap rasa air tangan ibu tu lain sedapnya kan. syafakallah untuk ibu sis lin

    ReplyDelete
  11. sedapnya merendang..buat juadah berbuka pun dah sedap, apatah lagi hidangan di pagi raya. Dah tu dapat menang hadiah plakk

    ReplyDelete
  12. Tiba-tiba rasa nak masak rendang untuk juadah berbuka puasa esok. Hari buat Laksa Penang. Kegemaran anak-anak. Nanti boleh masak rendang pulak.

    ReplyDelete
  13. Sis apa sahaja jenis rendang memang suka. Paling sis suka rendang hitam. Nanti nak masak rendang gak lah..geram pulak tgok org merendang ni..hehehe

    ReplyDelete
  14. Puasa ke 3 baru tau dia dah bg bau2 rendang pulak.. Nanti kita buat la rendang daging.. Teringin pula haa tgk sis lin punya..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya, macam dah raya je ni, semua rendang azwar makan. Sedap kan buat dengan jenama ayam brand. Macam-macam boleh buat.

    ReplyDelete
  16. Feveret anak sulong sisyat ni. Daripada mama x pandai langsung masak rendang, sampai la boleh jadi rendang yg kena ngn tekak dia. 😊

    ReplyDelete
  17. Masa bujang dulukan saya tak suka masak tau sebab bagi saya masak tu leceh. Nak nak maska rendang. Tapi bila dah kahwin diri sendiri jadi suka nak masak. Kalau tak tahu resipi google atau tanya adik. Bila biat menjadi memang suka sangat dah. Nak nak rendang ayam yang dulu saya rasa leceh nak masak tapi bila sekali dah tau nak masak rasa senang bangat deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr tak susah mana pun, sebab rendang ni reneh aje sampai masak dan pekat...

      Delete
  18. Rendang daging kesukaan saya memang sedap. Kalau time beraya nampak rendang memang nak rasa, sebab setiap orang masakkannya tak sama... mudah sekarang nak masak rendang guna kotak santan Ayam brand pernah guna... jd tiada alasan tak boleh masak rendang.

    ReplyDelete
  19. Sedapnya lahai dapat makan rendang. Raya tahun ni dah la tak dapat balik jumpa mak ayah. Sedihnya

    ReplyDelete
  20. Sedapnya rendang. I pernah try sekali je. Tahun nie mco xde permission keluar bazaar...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!