DOA AGAR MUDAH TIDUR

Sis Lin
8
DOA AGAR MUDAH TIDUR | Sejak-sejak ni memang susah Sis nak tidur, seolah macam ada mata yang memerhati, tak taulah kenapa. Apa aje yang Sis buat, rasa macam ada yang mengikut. Sendiri yang rasa macamtu.

Malas nak fikir lebih serius, jadi makin takut, so kekadang tu buat tak tau aje la. Cakap juga pada Suami, tapi Suami kata perasaan Sis aja. Tapi memang itulah apa yang Sis rasa. Giler tak takut?! Sambil-sambil mulut tak henti berzikir atau baca ayat yang mana terlintas. Allahuakbar.

Allah kan Ada ..


Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa: Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa seperti di bawah ini.

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .

Dipercayai, doa ini boleh dibacakan pada pesakit juga pada air.

Caranya adalah:

Pesakit: letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.
Air : Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat buat semua. InsyaAllah..
#SisSharing


P/S: Sampai tidur nak tutup lampu pun jadi takut..huhuhu :(

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. samalah kak ana SL, kian meningkat usia ni agak sukar nak lelap macam2 bermain di fikiran, kak ana banyakkan istighfar sampai lah kadang-kadang lelap sendiri :)

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Kak Ana, sejak ni susah nak tidur, puncanya tu laa seperti Lin bagitau tu...

      حذف
  2. Sejak PKP ni waktu tidur tak menentu dan kadang susah nak tidur juga. Terima kasih kak share doanya.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Fiza, macam-macam benda nak fikir, nanti dah pose terpaksa dan kena paksa gak tidur..kalau tak ada terlajak sahur kang..

      حذف
  3. jangan banyak sangat pikirrrr...kalo rindu aku, cakap ajee.. :p

    ردحذف
    الردود
    1. Huhuhu salah satunya ye juga...nanti kita video call laa ek hahahaha

      حذف
  4. Me too! Jadual kerja berubah ubah..selang selang cuti..sy dah susah nak tido awal.... Aduhaiii...stresses....tq info

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Non, sama macam Suami laa, susah nak tidur sebab badan letih..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!