GENG BAS SEKOLAH - KENANGAN MENGUSIK JIWA

Sis Lin
18
GENG BAS SEKOLAH - KENANGAN MENGUSIK JIWA | Buka facebook pagi ni tiba-tiba keluar pulak gambar ni, dan juga beberapa gambar lain. Terus rasa, 'Ooo Aku pernah kurus dulu ek?' muahahahaha...tu je yang terpacul dalam otak bila nengok gambar ni hahaha. Tapi yang sebenarnya banyak kenangan dalam gambar ni dan gambar-gambar seterusnya rentetan peristiwa pada haritu.

Oii nak ngata Sis gemuk le tu kan, hahaha now bukanlah gemuk, tapi berisi, but Sis selesa dengan badan sekarang, sebab ada isi dari tulang, so pakai baju tu nampak le ada shape...dan yang penting, Sis ko lebih kurus dari Suami Sis hahahahaha...

Yaa ini semua (tidak semua ada dalam gambar) adalah Geng Bas Sekolah yang membesar dari sekolah yang sama dan ke sekolah pun sama sampai ke harini masih juga bersama. Punyalah lama persahabatan kami. Lebih dari 30 tahun.

Bayangkanlah ada antara kami sekolah dari sama tabika, masuk sekolah rendah sama kelas, ke sekolah menengah pun sama hinggalah dah berumahtangga pun masih juga sama. Dan ada juga yang masih single. Jodoh penemuan di tangan Tuhan..

Tapi kami satu kepala, memang kepala gila-gila punya olang hahaha. Gelak jangan cakaplah, kalau lepak tu, tunggu dek kena halau dari kedai je, tak reti nak balik hahahaha. Adoiii rindu laaa nak lepak gan korang!!!..

Harini kebetulan harijadi salah seorang Geng Bas Sekolah kami (tiada dalam gambar), yaitu Juwita Jumat. Dan sebab itulah beberapa gambar keluar di memeories facebook yang memang bila tengok aje jadi kenangan mengusik jiwa betul. Terutamanya apabila melihat gambar salah seorang geng kami yang telah pergi menghadap Ilahi :(( ..

Memang pemergiannya sangat mengejutkan kami semua, sangat!! Hingga sekarang macam tak percaya arwahnya tiada. A-Fatihah buat Mohd Syukri Bin Abd Razak.


Rindu sangat-sangat gan semua Geng Bas Sekolah ni...arghhhh memang habis je Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kena plan gan derang ni mana nak jumpa dan lepak. Tapi derang ni suka lepak rumah Sis, Sis lagi suka, dapat lepak lelama dan gelak kuat-kuat, takde yang nak halau, paling tak Sis halau balik time Sis ko nak masuk tidur je hahahaha.

Kadangkan macam tak sangka je, memasing dah beranak pinak, dah mencecah umur 44tahun, tapi memasing macam belia muda remaja, kakakakah puji diri sendiri juga ni, siapa aje nak tua kan, memang tua mengejar kita, tapi jiwa tu jiwa kena muda hokay! Kalau sentiasa nak jadi tua aje...silap-silap, belum masanya dah beratur line warga emas muahahahaha...

Aishhh...yang penting happy!...kami semua ni banyak berkongsi masaalah sendiri, tapi semua positif! Tak suka ke nak kutuk ke, nak kondem ke, semua kitaorang cakap depan-depan, takde belakang punya..and no more sakit hati atau dendam...kalau tak tahan gurau, sila duduk gua katanya hahaha.

Dan untuk harini, Happy Birthday buat sahabat Sis, Mokde Juwita..moga ALlah sentiasa merahmati dan berkati perjalanan Mokde selalu..WE will always Love You Mokde, walaupun harini kami sembang di wahtdapp, tapi bulan depan baru dia nyampuk hahahahaha...adeii bizi sokmo!..


Yang pakai baju serba PINK sebelah kiri Sis tu laaa Juwita.. Macam tak sangka kiraorang boleh buat kerja gila ni semua, surprise birthday party untuknya. Kitaorang ke KL dan buat semua persiapan di sana. Memang happening gile!

Kami sewa dua biji kereta Starex naik selonggok dalam satu kereta. Bayangkanlah macam mana gamatnya keadaan dalam kereta tu. Memang kenangan mengusik jiwa betul kalau di ingat-ingat. Next, dah boleh plan projek gila kita tu ya Geng!!...

Apa-apa pun, dalam bersahabat, kena JUJUR...jangan suka CAKAP BELAKANG, jangan suka MAKAN HATI dan jangan suka BERMASAM MUKA, nanti jadi TEMPIAS mood kat semua orang. TAK SUKA, TAK PUASHATI cakap DEPAN-DEPAN...itulah TIPS  kami KEKAL hingga SEKARANG.

Alhamdulilah...Sis sayang korang dunia akhirat!!!..*lap airmata :((
#GengBasSekolah


P/S: Moga cepat berakhirnya wabak Covid-19 ni dan kita akan berjumpa dengan orang-orang yang kita sayang..aamiinn..

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bila dpt berjumpa dgn GENG BAS SEKOLAH mmg mcm2 cerita nk update kn...bkn senang nk 1 kepala...smoga persahabatan trus kekal ...alfatihah utk slh sorang geng bas sekolah sis tu

    ردحذف
  2. Alamak. Tetiba za rindu geng alien za pulak.. Nnt nak videocall doranglah.. Selalu pegi mana2 travel dgn 4 ketul alien tu lah..

    ردحذف
  3. Sis tak gemuk, tapi berisi je ya. Yang penting sis kurus dari suami sis. Hehehe

    GBS - Geng bas sekolah. Syok kan ada geng lagu ni. Boleh share macam². Boleh luah apa saja. Sahabat dunia akhirat. Lama tu kak Lin, 30 tahun.

    Alfatihah buat arwah mohd syukri.
    Semoga tenang di sana.

    Happy birthday buat juwita. Harini.

    Cantik tu semua, pinky² 🥰

    ردحذف
  4. betul tu dalam bersahabat ni kena jujur je. rindu nak jumpa kawan2. dah la mco sorang2 ni 😭

    ردحذف
  5. Ya apabila kita tengok gambar lama dan terkenangkan memori lama akan timbul perasaan rindu apatah lagi pd mrk yg dah pergi. Al fatihah!

    ردحذف
  6. seronok bila dikenang kann sahabat2 baik kita kan...apatah lagi ada kisah sedih ..pemergian dsbnya...moga covid19 cepat2 pergi dan kita boleh sambungkan ukhwah yang telah lama terjalin

    ردحذف
  7. Rindu pula geng2 saya, walaupun mcm ada banyak geng hehe ,kalau pkp ni takde dah reunion dah hehe

    ردحذف
  8. seronoknya bila reunion dengan geng-geng rapat sejak sekolah kan. Betul juga tu kak, memang dalam bersahabat ni kena banyak toleransi dan jujur. Barulah bertahan lama. Amin untuk doa cepat habis covid19 ni. Rindu juga nak jumpa kawan-kawan... T,T

    ردحذف
  9. seronok nyer ada geng bas sekolah gini.
    hubungan hingga kini. alhamdulillah....
    betul la kan ada sayings - kawan tak payah ramai, yg ada sikit tu biar berkualiti.
    aida sememangnya takde kawan sekolah rendah & sekolah menengah yg jadik teman coffee until now.
    aida just rapat now dgn bff bekerja.
    sedih la plak, takde geng bas sekolah. geng bas jabatan aje :) ha ha ha ha...

    ردحذف
  10. sis lin,mati-mati leya ingat ko layan cerita geng bas sek kat astro ceriaa

    hahaha.

    leya sekarang kawan bff tak ada sangat

    ردحذف
  11. Alhamdulillah. Inilah namanya sahabat bukan setakat kawan. Lama tu 30 tahun dan masih berjumpa lepak sekali. Memang best la.

    ردحذف
  12. Bestnyaaa !!i pun tak de geng bas sekolah sebab dulu pergi sekolah jalan kaki je.. eh tetiba rindu lak zaman sekolah sekolah dulu .. weeee.... seronok lah ada kawan kawan yang dapat berjumpa kann

    ردحذف
  13. Seronoknya ada geng bas sekolah. Lagi best hubungan tu kekal walauoun masing masing dah ada life sendiri. Itu yang seronok kan.

    ردحذف
  14. Best kan ada kawan2 cam gini, boleh lepak sama2 dan faham perangai each other. Time2 mcm ni tak boleh nk berjumpa mmg rindu sgt, phone penghubung jarak kita

    ردحذف
  15. wah reunion geng bas sekolah pun ada. memang jadi rapat ya dgn kawan2 hari2 travel sama2 gi sekolah

    ردحذف
  16. nampak sweet gilerr uolss tema pink putih!

    aku suka tips tu! tapi kadang2 dengan kawan paling rapat ni jugak la kita susah nak bagitau salah silap dia sebab kita tahu penerimaan dia nanti macam mana...

    ردحذف
  17. Ah kenangan macam ni memang priceless, i also have a few friends from primary school till now, usually we meet during CNY

    ردحذف
  18. Bestnya kalau teringat memori lama macam ni kan. Rindu kenangan masa sekolah semua..
    Allah.. Kita pun dok terbayang bayang juga semua tu.. Seronok kalau dapat berkumpul..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!