HOSPITAL COLOMBIA ASIA TERBESAR DI MALAYSIA KINI DIBUKA DI TEBRAU, JOHOR

Sis Lin
6
HOSPITAL COLOMBIA ASIA TERBESAR DI MALAYSIA KINI DIBUKA DI TEBRAU, JOHOR | Pada mulanya kan, sebelum bangunannya naik dan dibuka Hospital Colombia Asia ni, memang Sis kerap lalu lalang di hadapan tapak bangunan ni, sebabnya dah dekat sangat dengan rumah Emak Sis di Kampung Melayu tu. Tapi memang tak sangka yang tapak dan bangunan sedang membangun tu adalah Hospital Colombia Asia.

Bila dah lama tak lalu, tup-tup ada sekali Sis lalu, bangunannya dah naik dan namanya pun ada, barulah Sis tau ooo kesahnya Hospital Colombia Asia, cuma tak sangka ia membangun di tengah kawasan perumahan dan juga kesibukkan bandar situ, memang sangat sesuai sekali. Boleh dikatakan, area dan kawasan situ agak juah nak dapatkan rawatan Hospital Pakar, so dengan adanya Hospital Colombia Asia ni ianya jadi mudah kerana, di sini menyediakan khidmat kesihatan swasta yang berkualiti untuk masyarakat Johor sekitar dan luar kawasannya.


Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama mereka, Columbia Asia Hospital, Iskandar Puteri, pada tahun 2010, dan pada tahun 2019 tahun lepas, sukacitanya mereka memperkenalkan hospital kedua mereka di Johor iaitu Columbia Asia Hospital, Tebrau.

Columbia Asia Hospital, Tebrau mula beroperasi pada 27hb November, 2019. Ia merupakan hospital Columbia Asia yang ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara. Bangunan setinggi empat tingkat itu merupakan yang terbesar antara semua hospital Columbia Asia di Malaysia.

Ianya terletak di hab kediaman dengan kadar lalu lintas yang tinggi di Kota Southkey, berdekatan dengan SOGO Midvalley, hospital ini terletak hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru serta dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Sentosa, Taman Sri Tebrau, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi, Taman Abad, Taman Kebun Teh, Taman Century, Taman Melodies, Taman Suria dan Taman Kota Southkey.

Hospital ini juga dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta bagi memenuhi keperluan masyarakat Tebrau yang semakin berkembang. Dan juga 24 hour emeergency kes.



Selain daripada kemudahan moden dan kepakaran tinggi, Columbia Asia Hospital mempelopori trend penjagaan kesihatan swasta dengan rawatan perubatan yang terkini dan kurang invasif, di mana ianya dapat memendekkan tempoh tinggal di hospital terlalu lama. Struktur penetapan harganya adalah telus dan lebih kompetitif berbanding model standard khidmat kesihatan swasta yang lain.

Program perubatan di Columbia Asia Hospital, Tebrau ini juga meliputi Kardiologi, Perubatan Dalaman, Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.

Hospital ini juga menempatkan Makmal Pengkateteran Jantung (Cardiac Catheterization Lab), Bilik Litotripsi, Mamografi, Ultrabunyi, 128-slice CT Scan, 1.5 Tesla MRI, Farmasi, Makmal, Bilik Fisioterapi, Ruang Pengasingan, ICU, Bilik Bersalin dan lima Dewan Bedah berkemudahan lengkap.



"Keputusan untuk membina hospital Columbia Asia kedua di Johor berdasarkan kajian kami tentang kurangnya kemudahan khidmat kesihatan di kawasan sini. Tambahan lagi, penduduk Johor Bahru semakin ramai. Kerana itu, kami memberi pilihan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan", kata Pengurus Besar Serantau Columbia Asia Hospital, Tebrau dan Iskandar Puteri, Puan Rahani Yaacob.

Memandangkan kapasiti hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri hampir penuh, Puan Rahani menjelaskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk memperluaskan lagi kumpulan hospital ini di Johor. Dengan pembukaan Columbia Asia Hospital, Tebrau, keperluan khidmat kesihatan di Johor Bahru akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi.

"Columbia Asia Hospital, Tebrau adalah satu-satunya hospital dalam kumpulan kami yang mempunyai kapasiti 205 buah katil. Ini berbeza daripada struktur hospital biasa kami. Kemudahan perubatan lain mempunyai kapasiti tidak lebih daripada 100 buah katil setiap hospital. Dengan permintaan tinggi bagi khidmat kesihatan swasta di Johor, kami membuat keputusan untuk membina sebuah hospital Columbia Asia yang lebih besar di Tebrau untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat di sini", tambah Rahani.




Memandangkan peningkatan bilangan pesakit warga asing yang meningkat di Malaysia, Columbia Asia Hospital, Tebrau bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, termasuk permintaan dari Singapura dan Indonesia.

Dalam bulan Disember tahun lalu, kempen "AyuhSihat!" telah diadakan sempena pembukaan hospital di Tebrau. Kempen yang terbuka kepada orang awam ini merupakan hari yang plaing menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, juga pemeriksaan kesihatan dan tawaran istimewa untuk pakej yang ditawarkan oleh hospital mereka.

Acara itu bertujuan untuk mendorong para pengunjung untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil jualan tiket Ayuh Sihat diserahkan kepada Yayasan Kanser Laksamana Johor.

Korang ingin ketahui lebih lanjut tentang Columbia Asia Hospital, Tebrau, atau menerima berita tentang program dan pakej perubatannya?

Log masuk ke laman web Columbia Asia Hospital di www.columbiaasia.com/malaysia atau & LIKE laman Facebook Columbia Asia Malaysia di www.facebook.com/columbiaasia atau hubungi 07-272 999 untuk pertanyaan lanjut.

Alamat: 
Columbia Asia Hospital, Tebrau
Persiaran Southkey 5, Kota Southkey,
80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.


P/S: Senang dah, ada Hospital pakar berdekatan dengan rumah Emak..

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Kannn, memang besar, nampak luas, bersih dan selesa sangat...

      حذف
  2. Makin padat tebrau banyak pembangunan baru kat sana. tapi okay sangat ada hospital besar kat bandar tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, di tengah bandar tu le dia membangun, pasti memudahkan orang ramai kann..

      حذف
  3. wahhh memang nampak menarik dalam hospital ni ek! da la masih baru lagi tu...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn ceria gitu..macam nak pergi jenjalan aje dalam hospital tu hehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!