JOM CUBA 7 HIDANGAN CEPAT & MUDAH SEMPENA PKP DARI AYAM BRAND™ #DUDUKRUMAH

Sis Lin
22
JOM CUBA 7 HIDANGAN CEPAT & MUDAH SEMPENA PKP DARI AYAM BRAND™ #DUDUKRUMAH | Hai korang, selamat pagi, tengah fikir nak masak apa ke tu? Ke dah ada menu special harini. Tahniah korang semestinya telah menjadi suri/surarumah yang terbaik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Yang penting, #DudukRumah dan isi masa bersama keluarga tersayang.

Sudahkah korang mencuba 7 Hidangan Ramadan Di Rumah yang Sis kongsikan sebelum ni? Senang dan mudah kan? So kali ni Sis nak kongsikan sekali lagi 7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand™ ni. Semuanya hanya menggunakan produk Ayam Brand™ yang mudah korang nak beli di semua kedai dan pasaraya berdekatan korang.

Dalam situasi korang yang sedang menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada antara korang yang sudah pun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kan? Betul tak? Ini kerana ada ketikanya kita ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian juga ada kalanya tidak menarik perhatian dan melibatkan kos penghantaran yang agak mahal.

Apa yang boleh korang lakukan?

Jom kita sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum sahaja. Korang hanya padankan dengan pilihan karbohidrat pilihan korang untuk melengkapkan hidangan.

Jika korang tidak mempunyai bahan-bahan itu, korang guna ajalah apa saja yang ada mengikut citarasa korang. Tiada dapur gas atau oven? Korang boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini. Tak percaya? Jom kita lihat menu dan resepinya.

1. Pasta Sardin 


Dalam seminggu korang mesti kerap menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. So kali ini, korang cubalah pasta yang mudah disediakan ini hanya dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Semestinya sedap, lengkap dan lain dari yang lain ketika korang hidangkan bersama hirisan daun selasih.

Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html

2. Kari Mackerel


Bagi korang yang tidak pernah masak kari tapi korang teringin nak makan masakan kari? Korang boleh cuba Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™  untuk dimasak kari. Ianya adalah hidangan paling ringkas dan korang juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Korang tambahkan sayur-sayuran untuk jadikannya hidangan seimbang bagi mengekalkan citarasa Malaysia.

Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/68-curry-mackerel.html

3. Nasi Lemak Pandan


Hanya perlukan beras, santan Ayam Brand™ dan daun pandan sahaja yang korang ada tanam di laman rumah. Tiga bahan asas ni sahaja yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi korang. Hidangkan dengan apa jua lauk pauk dan di makan dengan nasi lemak, ianya pasti lebih sedap!. Mudah dan cepat.

Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html

4. Kentang Tuna Pedas


Untuk resepi ini, korang hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk menyediakannya. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang korang ada. Mudahkan?

Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html

5.  Sardin Gulung Goreng


Raikan kejayaan korang ketika dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan membuat sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan serbuk perasa. Lenyek roti, dan hansurkan sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/733-fried-sardines-roll.html 

6. Pizza Tuna


Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya korang berjaya mendapatkan roti, maka jadikannya hidangan mudah seperti pizza tuna ini. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa korang dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati. Anak-anak pasti sukakannya.

Resepi : https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html

7. Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur


Jika korang mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas di rumah, korang boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan sahaja. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi rasa kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, korang hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan. Senang kerja kan? Hehehe.

Resepi : https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html



So macam mana? Senang dan mudahkan?

Jika korang ingin dapatkan lebih banyak resepi yang boleh di cuba di rumah dari Ayam Brand™, korang bolehlah layari layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html ya.

Selamat mencuba!

Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat - Ayam Brand™


P/S: Sis ko teringin nak buat resepi no-7 tu, sedapnyaa..terasa-rasa kat tekak, bahan pun ada, jomlah kita cuba! 

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pergi kedai runcit haritu tak ada pulak stok sardin ayam brand. Kecewa macam tak dapat roti gardenia. Haha

    ردحذف
  2. aku macam nak try la tuna pizza tu..teringat budak2 rumah kebajikan buat masa program csr tu hari..nampak sedap ajeee

    ردحذف
  3. Sedapnya resipi sardin mcm2 boleh buat makan time pkp ni.. Thanks share.

    ردحذف
  4. Mana yang anak akak masak? Nak tengok gambar dia masak karipap sardin Ayam Brand.

    ردحذف
    الردود
    1. Belum cuba, Ayahnya baru je belikan set lengkap tin-tin ayam brand tu, nanti cuba hahahaha

      حذف
  5. Macam-macam juga inovasi resipi dari produk Ayam brand ni. Sardin gulung dengan pizza tu nampak sedap betul

    ردحذف
  6. Makanan berasaskan sardin tu nampak sedap. Boleh try terutamanya sardin gulung tu. Sis kurang sikit makanan barat tapi anak suka pulak makanan barat.

    ردحذف
  7. Pasta sardin 😋😋😋 really would love to try that. Thank you for sharing dear.

    ردحذف
  8. ooo resepi ayambrand :)
    ingat kan sis dah try. aida memang byk guna produk ayam brand.
    terutama sardin. trusted skit la dari brand sardin yg lain.
    nanti nak click link tu. amik idea.
    hari dah buat kek pisang. esok ntah la sis, tunggu idea dtg sok :)

    ردحذف
    الردود
    1. Ada satu tu anak dah cuba, resepi kacang panggang, tak sempat amik gambar sebab anak buat time Sis kat atas nonton Korea, tengok gambar yang anak amik, ermmm hampeh..malas nak up..

      حذف
  9. apa sedap nauuuu semua menu kak lin.. pasta tu terliur betullah..

    ردحذف
  10. sedapnya menu2 semua ni. kalau saya nak buat entah jadi ke tak ni hehe.

    ردحذف
  11. Sos oi semua menu menarik yang Bella nak cuba. Kentang tuna, bake bean dgn spageti sardin to so nice. Harus sis buat hapdate blog nanti.

    ردحذف
  12. Pasta sardin and pizza tuna tu nampak menarik. Boleh lah nanti cuba resepi resepi ayam brand😍

    ردحذف
  13. & menu diatas dah buat sepanjang PKP Kari Sardin, Nasi Lemak, Sardin roll, nanti nak buat menu lain pula, pizza tuna tu macam menarik dan mengodalah

    ردحذف
  14. Fuyooo sedapnya nampak. Nak beli ayam brand gak lah..nak buat resepi cam gini. Nak wat sardin tu

    ردحذف
  15. Semua resipi ni sedap belaka hehehe sebagai orang bujang memang kita akan cuba resipi yang mudah dan senang macam ada dalam senarai ni hehehe paling sedap kita tengok yang Pasta Sardin memang menggiurkan..

    ردحذف
  16. senang masak guna bhan ayam brand. boleh usha resepinya kejap lgi. masa pkp ni la nak masak mcm2 tapi klau boleh nak guna bahan yang mudah didapati.

    ردحذف
  17. Banyaknya idea-idea menu menarik menggunakan AyamBrand. Yang penting time PKP ni kena kreatif dan berjimat ketika menyediakan menu makanan.

    ردحذف
  18. menarik gak tu, minat yang pan kacang panggang tu. insyaAllah bole buat nanti as breakfast

    ردحذف
  19. Yeah! my house memang ada stock-up ayam brand's products, i suka buat spaghetti aglio olio with their spicy cili tuna. Maybe i should try other recipe like bakes beans with eggs pun nampak sedap.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!