MALAYSIA SAMBUNG LAGI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEHINGGA 28 APRIL 2020

Sis Lin
14
MALAYSIA SAMBUNG LAGI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEHINGGA 28 APRIL 2020 | Sambung lagi dan lagi...memang dah agak dah sambung, dengan keadaan yang belum lagi menampakkan status redanya wabak Covid-19 ni, maka kita semua akan berkurung lagi #DudukRumah and #StaySafe agar #KitaJagaKita bagi memutuskan rantaian wabak ini.

Ada yang membangkang? Kalau ada, silalah submit form dan jadi sukarelawan sebagai front-liners sana, supaya korang sendiri merasai bagaimana susah penatnya mereka menjaga keselamatan kita agar semuanya selamat. Ni suruh duduk rumah pun taknak, sibuk ke sana ke sini ke sana ke sini ajerrr...

Bagi Sis, Sis terima aje apa keputusan dari kerajaan sebagaimana PM kita umumkan petang tadi. Ini semua untuk kebaikan bersama. Bukan suka-suka je kerajaan nak bagi arahan, ingat senang-senang ke mereka nak buat keputusan, mesti siang malam memikirkan bagaimana terjejasnya ekonomi negara dan juga rakyatnya dengan tindakan ini, tapi kita bersangka baik aje, ini semua untuk sementara, esok dah pulih semua, kita akan kembali ke sana ke sini ke sana ke sini seperti biasa.

So korang semua harap bersabar.

Sis pun sedang bersabar, cuba buat tak reti dan tak tau je ni, kalau tak, memang dah nangis dah fikirkan anak yang sorang tu masih di Shah Alam sana terkandas. Ingat tak sedih, tak takut dan tak bimbang, semua yang rasa apa yang Sis rasa sekarang mesti faham. Mesti ramai yang berjauhan dengan family dan anak juga kan..so memang tak boleh buat apa dah, doa yang baik-baik aja laa..


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19. Pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.

Katanya, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan memerangi penularan wabak.

"Selain itu, ia bagi mengelakkan penularan semula wabak ini (Covid-19) dalam masyarakat. Tindakan ini juga adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal.

"Seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan," katanya.

Malaysia menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.

Muhyiddin berkata, meskipun unjuran dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang PKP hampir sebulan lalu menyaksikan pengurangan kebolehjangkitan Covid-19, situasi itu tidak boleh diambil mudah.

"Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan. Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak," katanya.

Sumber MyMetro .


"Anda adalah manusia yang hebat," Perdana Menteri puji rakyat Malaysia.

Baca Juga :

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Fasa 1
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Fasa 2


P/S: So korang, nak bebel dah besar memasing, so sendiri mau ingatlah!! 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. marilah kita buat list menu lagi dua minggu...hahahahhahah

    ردحذف
    الردود
    1. jommm. leya punya menu 2 weeks lepas ok jugak la. bahan ada yang habis, ada ngam2 dan ada lebih. hahhaha

      حذف
    2. Hahahaha oittt selama ni takde list menu ek ko Sun..kemain ek menu dia...

      حذف
    3. Perghh ko Leya sakann...Sis takde list bagai, sebabnya memang takde PKP pun masak juga benda yang sama hahahaha

      حذف
    4. selama ni buat aje ikut kepala lagi 3 minit sebelum masak..hahahahah

      ni ade dak Nada n kak Ajan, kena buat list queue menu hari2 sebab semua nak masak..hahhahaha

      حذف
    5. Hahahaah ye laa kann, memasing ada tekak sendiri ko...tapi bagus gak, tu namanya kita gemuk sama-sama hahahaa

      حذف
  2. Melihat situasi sekarang wajar PKP disambung lagi ke fasa seterusnya.PC pun hari-hari ingatkan babah mama..jaga diri sentiasa.Rindu mereka di kampung sangat-sangat.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa PC, memang kena sambung...lebih-lebih lagi nak puasa dan raya ni...moga rakyat peka akan tindakan kerajaan ni..

      حذف
  3. Bersedialah dengan perubahan.
    Tiada bazar ramadan
    Tiada solat tarawih berjemaah di masjid/surau
    Tiada yang balik kampung time raya
    Tiada marhaban/baraan.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa kita dah siap sedaia dah Wak!!
      Cumaa...tak bersedia dengan takdenya anak sorang tu huwaaaaaa

      حذف
  4. sedih juga dan harap rakyat malaysia dengar #stayathome dan kita dapat raya bersama.. huwaaa~

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Aien...harap rakyat ni sedar dan peka akan apa yang terjadi...sampai bila nak PKP nya kannn...

      حذف
  5. Saya tetap.. keluar gi kerjaaa. Muaahahaha.. ajomm sambung PKP...

    ردحذف
    الردود
    1. KO jaga diri Nonnn...sama juga macam Suami Sis...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!