'MASAK APA TAK JADI HARI NI' DAH VIRAL SANA SINI!

Sis Lin
32
'MASAK APA TAK JADI HARI NI' DAH VIRAL SANA SINI! | Hahaha sebut dan tulis namanya aje Sis ko dah tergelak dan nak gelak, mananya tak, terus terbayangkan gambar-gambar masakan yang 'seram sejuk' dan 'mengerikan' yang ibu-ibu dan bapak-bapak upload ke dalam group tu, memang boleh kena sawan ketawa tak berhenti oii..

Group apa? Yaa group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni tu, korang dah join belum? Kalau belum join silalah join, sekarang dah viral dan dah jadi sebutan dek semua orang group tu sampaikan dah ada gak meniru nama dan menduakan nama group tu, sebab itu sudah di tukar namanya ke Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. 

Ini SS yang Sis amik pada tarikh 20/4.2020. 

Korang nak join, join yang official punya ya, dan pengikutnya sudah hampir mencecah nak masuk satu juta oii!!..padahal masa mula group tu di create, hanya Sis berempat aje dalam tu. Puncanya idea dari Kak Dlaila yang up status di facebook, mengeluh ada satu group ni, duk asyik laa mereka up gambar masak tak jadi, sedangkan macam takde kena mengena dengan nama group tu.

Kemudian Kak Dlaila sebut ideanya, nak buat group yang namanya Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, dengan  di sokong oleh ramai kengkawan facebook yang komen termasuk Sis, sebabnya, asal Sis ko post dalam group tu, asyiklah kena delete, tak tau kenapa entah, hampeh!



Dan dengan tiba-tiba, ada notification, Kak Dlaila invite masuk group yang dia kata tu. Masa tu hanya ada 4 member aje, termasuk orang kuat group sekarang Kak Saidila, kemudian masuk sorang-sorang, dan Sis pun invite kawan-kawan sorang-sorang, then terjadilah bertambahlah meriah dengan kehadiran semua orang, dan memasing mula masuk gambar masakan mereka, dan terus jadi hiburan gelak ketawa sepanjang hari tak sudah.

Haa tu ler puncanya tu hahahaha...sekarang dah viral ko...hampir satu juta dah!! 

Ini SS yang Sis amik pada 19/4/2020 dalam Twitter

Rupanya menjadi juga idea Kak Dlaila tu dan hingga ke harini ianya dah viral dan jangan tak percaya hokay, semalam, semua laman web berita termasuk Astro Awani juga, terpapar cerita mengenai group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official ni, perghh hebat sekali penangan group ni! Syabas Kak Dlaila!

Dalam sekelip mata ko, automatik ianya viral, dan paling best, group ini menghiburkan semua rakyat Malaysia ketika kita masih berduka dan mood merundum musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, dengan ada terwujud group ini, bukan sedikit aje, malah banyak orang semua jadi ketawa tak sudah-sudah termasuk laaa Suami Sis hahahaha..

Ajer gile, nak tidur pun belek lagi group tu, tengok gambar mereka upload tu, adoii memang jadi bahan gelak sepanjang tiudr oii, sampai ada yang kata terbawak dalam mimpi, gilerr! hahahaha..

Yang bestnya, baca komen-komennya plak, dengan Sis ko sekali tersampuk ketawa hahahaha..Tapi kan, dengarnya kalau ko banyak gelakkan orang dalam group tu, lepas tu ko masak, terus tak jadi, ye ke haaa? Aje gile hahahahaha...

Okaylah, sambil menaip terus terbayang-bayang Sis ko gambar-gambar mereka. Kalau korang nak dan inginkan hiburan, haaa pi lee join group tu ye...

Tapi AWAS! Sila tanggalkan gigi palsu korang dulu sebelum masuk, Sis ko takut, kang kalau ko gelak, tertelan plak giginya hahahahaha

Btw, tahniah and syabas Kak Dlaila!...nak order Mee Udang Power, haa sila cari Kak Dlaila hehehe..


P/S: Pelik gak ek, awat masakan tu jadi gitu rupe ek? Ngeri ko kekadang nengok...hahahaha..di mana silapnya ek...

إرسال تعليق

32تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ada juga bahan hiburan bila buka media sosial..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ردحذف
  2. Boleh reda syress ni Sis..sebab lucukan.

    ردحذف
  3. hari2 aten bukak group tu. Nak gelak tengok resepi tak jadi. Hahahha

    ردحذف
  4. Itulah kelakar betul tapi rasanya kena badi juga ni duk bahan org.. Laki kita buat seri muka ntah apa rupa jadi... Hahhahah suh dia post xnk pulak

    ردحذف
  5. Pas ni kut ada lak grup yang di namakan “Nak Masak Apa tu... Ke sana Ke Sini hihi...

    ردحذف
  6. Haha..patutlah ramai dok pos status pasal group ni..baru nak join group ni..

    ردحذف
  7. dh tgk group masak apa tak jadi tu..mcm2 gmbr masakan tk jd..mmg gelak aje...hilang la stress skit time PKP ni kan

    ردحذف
  8. kelebihan bila sudah tular cepat naik dan ramai follower ..

    untungnya pada masa akan datang ialah mudah nak dapat duit secara online..

    boleh jadi jutawan dan kaya raya

    ردحذف
  9. Hahaha memang jadi la masak apa tak jadi hari ni... Haha

    ردحذف
  10. woiii aku tengok kat tiktok pun dah ada..hahahahha!!! tu admin mana buat, ke tiktok unofficial?

    ردحذف
    الردود
    1. Ye ke? Setahu aku hanya ada FB dan IG je setakat ni, tu mesti orang dah amik cecepat namanya tu...

      حذف
  11. Hahahha, tau takpe. Lawak tengoktengok rupa makanan tak jadi. Nad tak komenkomen pun..Tengok je..ada yang mengerikan. Lagi cakoi ade rupa kaki.. Hahaha.. Memang lawak. Pecah perut

    ردحذف
  12. Adoi la tengok kawan2 sis ramai yang masuk dalam tu. Siap ada yang share jugak. Tak tahan la ada yang kelakar2. Ada yang seram....

    ردحذف
  13. weh memang ketawa terbahak2 sis lin. ada juga ek yang masak jadi macam tu. tapi tak berani nak komen takut kena diri sendiri. hahahaha

    ردحذف
  14. Memang gelak habis tengok grup tu. Malam tadi konon buaikan anak tido. Tp sebab sisyat dok tengok grup ni & ketawa bdekah2, sian anak tak boleh lena. 🤣😂

    ردحذف
  15. Memang kelakar saya tengok sis lin... :p ni lah penangan PKP, semua orang turun ke dapur, macam2 menu yg muncul nya!

    ردحذف
  16. kah kah! uncle yg tak tahu menahu pon daorang invite tengok...hahahaha

    ردحذف
  17. Lahai........ group di Facebook rupanya. Saya x pernah dengar. But it is interesting. Ahax!

    ردحذف
  18. saya pun join lepas biras bagthu pasal grup ni, dalam pada kita rasa masakan kita teruk, rupanya ada ramai lagi yang boleh tahan tak jadinya..heh..

    ردحذف
  19. memang pecah perut baca group ni. tapi macam sumpahan lah. semalam buat lempeng tak jadi. selama ni okay je. bahana gelakkan orang haha

    ردحذف
  20. memang terhubur juga baca semua post dalam group tu. kelakar sangat. bila tengok ramai yg masak tak jadi, saya pun mula konfiden untuk try masak.

    ردحذف
  21. Kihkihkih. Kelako kan. Berdekah-dekah gelak tau. Memang tak tahan. Bukan apa gelak sakan tu. Sebab ada org yang cuba tak jadi rupanya. Hehehe

    ردحذف
  22. Mula-mula tengok memang kelakar. Mesti hilang penat lelah diorang gelak sendiri tengok hasil dia😅

    ردحذف
  23. Ada juga dalam group tu. Best layan time bosan kat rumah memang pecah gelak sebab macam macam ada. Paling lawak kukus jumanji, keropok lekor melekat dekat dinding. Keras kejungboerut asyik gelak saja bila masuk group ni.

    ردحذف
  24. saya pun jadi member dah situ. lawak giler gambar2. tapi bukan gambar2 tu nak jadi lawk jenaka, tapi memikirkan ramai je tak reti masak macam saya. hahaha

    ردحذف
  25. Page ni mmg menghiburkan.. org yg stress wajib skodeng oage ni. Sebab ianya sgt menghiburkan.

    ردحذف
  26. sis, aida join dah ari tu. tapi because of something, aida left mlm td.
    and ari ni, member ada share dlm grup whatsapp kami satu gambar.
    hmmmm mcm dibuat2 la plak, sis.
    grup tu tak salah. ahli dlm tu ada yg buat grup tu jadik annoying plak.
    after byk byk, dah jadik mcm sengaja tak jadik masakan tu.
    ntah la. dari kelakar, aida jadik mcm nyampah. menggelikan pun ada dah.

    aida setuju bila kita post makanan x jadik, then dpt komen positif dari ahli grup.
    how to buat dari tak jadik ke menjadik. excited aida at first.
    gelak sorang2 kat sofa tau.
    tapi because of few gambar, jadi geli!!!

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Aida, ada gak kawan-kawan Sis yang left group tu dah, sebab katanya makin lama geli nengok makanan yang tak jadi dan seolah di buat-buat..tak apa, ikutlah masing-masing, senang kan...tak suka left je..hak kita..

      حذف
  27. Memang viral dalam seminggu jer followers dah lebih 1 million, tahniah.

    ردحذف
  28. Sunah dah masukkan gambar pertama beliau kak. Haha.

    ردحذف
    الردود
    1. Ada ek? Tak perasan plak, sebab lama tak bukak Ajan..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!