MENGAPA PERLU BERBUKA PUASA DENGAN MAKANAN MANIS?

Sis Lin
8
MENGAPA PERLU BERBUKA PUASA DENGAN MAKANAN MANIS? | Haaa korang selalu buat? Atau memang amalkannya? Kalau ya, bagus!. Memang dari sejak kecil kita diajar oleh Mak Pak kita untuk berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis terlebih dahulu, betul tak?.

Walaupun kita pada masa tu tidak mengetahui manfaat sebenarnya, tradisi itu diteruskan hingga kini. Berbuka puasa dengan makanan manis bukannya sesuatu yang harus dan tidak juga dilarang, asalkan tidak berlebihan. Nabi kita sendiri pun berbuka dimulakan dengan memakan buah tamar/kurma atau dengan makanan yang manis. Sunnah katanya.

Tapi kenapa?

Tenaga berkurang semasa berpuasa

Semasa berpuasa, proses fungsi dalam tubuh kita iaitu metabolisma akan perlahan. Ini kerana makanan yang diambil ketika sahur telah banyak hilang selepas melakukan aktiviti seharian. Ini kerana sepanjang berpuasa tiada pengambilan makanan dan menyebabkan tenaga berkurang.

Jadi, korang perlu berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis kerana ia berperanan mengembalikan tenaga dan stamina tubuh yang telah hilang dengan cepat.

Makanan dan minuman manis cepat dihadam

Sesuatu yang manis adalah sumber kalori yang mudah untuk diproses oleh tubuh dengan cepat. Disebabkan ini ia amat disarankan untuk berbuka puasa dengan manisan. Selain mengembalikan tenaga yang hilang, rasa manis dapat meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh membuatkan tubuh bersemangat dan tidak lemah. Peningkatan kadar gula ini membantu mengembalikan fungsi metabolisma tubuh kepada normal.

Dipetik daripada esquire.co.id (24 Mai 2017), mengenai sunnah Rasul untuk berbuka dengan manisan, Dr. Fiastuti menjelaskan bahawa tujuan sebenarnya adalah mengembalikan kadar gula darah semasa berpuasa lebih dari 12 jam.

Ambil makanan dan minuman manis secukupnya

Semasa berbuka puasa, sebaiknya mengambil makanan dna minuman manis yang semula jadi seperti kurma dan buah-buahan manis kerana ia megandungi banyak air. Buah-buahan ini juga dapat mengembalikan cecair tubuh dan mencegah tubuh daripada dehidrasi selepas seharian berpuasa.

Walaubagaimana pun jangan ambil makanan manis terlalu banyak kerana ia tidak baik untuk kesihatan yang mendorong kepada masalah diabetes dan pertambahan barat badan. Keadaan kesihatan ini juga boleh menjejaskan korang untuk menjalani puasa.

Oleh Farah AzizFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Puasa kali ni Suami memang banyak sungguh makan buah kurma, waktu berbuka dan juga sahur. Katanya bagi tenaga hehehehe. Cuma peliklah terlalu banyak berbiji-biji di makannya, dah macam jajan pulak.

Dan satu lagi, kemain berjenis Suami beli kurmanya. Yang dalam gambar atas ni, adalah yang kedua di belinya. Kurma Ajwa dan satu lagi dalam bekas tu entah apa namanya. Sebelum ni dah beli dah setengah kilo kurma Ajwa tu, Sis masuk dalam bekas, simpan, ni semalam di belinya lagi, ermmm ..

Tapi bukan Suami aje, dengan Sis sekali sakan gak makan berbiji-biji kali ni, kalau tak waktu buka tu makan sebiji je, tu pun kadang lupa nak makan, terus minum air telan nasi hahahaha..adeiii..

Takpela..makan kurma ni bagus kan..so makan aje laa...


P/S: Harini nak masak special sikit...sebab Suami kata dia yang nak masak huahuahua... masak apa? Tungguuu..

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kan sis. Dulu pelik bila mak ayah suruh berbuka mesti makan yang manis-manis dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa, sampai siap melawan 'kurma ni manis ke" hahahaha kena marah gan arwah abah hahaha

      Delete
  2. bagus kurma ni..family aku dari kecik bapak aku ajar makan kurma dulu untuk berbuka..da besar ni, sahur pun aku makan kurma gak bila da tahu khasiat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, dulu sama le masa ada arwah abah aku, ni dah kawin, kadang ingat kadang lupa, cuma thn ni laki bini gile makan kurma ko hahahah

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!