MENU RAMADHAN 'CHUP! MAKAN DULU' DARI DOUBLETREE BY HILTON JOHOR BAHRU MEMANG PUASHATI!

Sis Lin
16
MENU RAMADHAN 'CHUP! MAKAN DULU' DARI DOUBLETREE BY HILTON JOHOR BAHRU MEMANG PUASHATI! | Yup, Sis sangat berpuashati dengan menu 'Chup! Makan Dulu' yang disediakan sempena Ramadhan Takeaway & Delivery ini. Memang tak sangka, dalam pada rindukan Buffet Ramadhan, tapi bila dapat menu sebegini, hilang rasa rindu nak makan buffet di DoubleTree by Hilton JB ni.

Yaaa, siapa yang pernah makan buffet Ramadhan di sini, mesti tau kan, hidangan menunya yang pelbagai dan semua menunya mempunyai citarasa tersendiri dalam setiap hidangannya. Baik buffet atau pun ala-carte, memang kualiti makanannya sangat hebat. Sebab tu kalau dapat je peluang makan buffet di DoubleTree by Hilton Johor Bahru ni, memang Sis takkan lepaskan peluang tu hehehe.

Tapi untuk ramadhan kali ini, bukan kata DoubleTree by Hilton JB aje yang takde promosi buffet ramadhan, hampir seluruh hotel di Malaysia kini tiada promosi buffet ramadhan ini akibat dari wabak Covid19 ni dan kita semua terpaksa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei 2020 ini. Itu pun tak tau lagi sambung ke tak lagi.

Makanyalah semua hotel termasuk DoubleTree by Hiton JB hanya menyediakan menu Takeaway & Delivery sahaja sepanjang Ramadhan ini, bermula dari 23 April sehingga 23 May 2020. Korang boleh buat pesanan melalui talian di #tableapp bit.ly/TakeDoubleTreeJBHome dan nikmati hanya di rumah!.

Yeee makan di rumah pun dah macam makan di hotel hehehe. Korang bayangkanlah menu yang biasa kita makan di hotel, tapi kita dapat nikmatinya time bulan puasa ni di rumah, tak ke meriah dan happening. Makan pula bersama keluarga, santai-santai dan nikmati makanan tu hingga sampai licin bekas hahaha. Anak-anak Sis dan Suami cukup gembira nikmatinya. Memang puashati.

Untuk kali ini pesanan yang Sis buat ada dalam 10 jenis menu. Kesemua menunya cukup rasa asli rempah dan bahannya hasil air tangan Chef Aizat dan pasukannya. Ternyata ianya memberikan sesuatu yang tidak ada bezanya jika kita makan di hotel.

Korang kena buat pesanan sebelum jam 3pm. Dan mereka akan hantar terus depan rumah korang. Jarak pun sejauh 20km sahaja. Makanan-makanan tu di sediakan dalam bekas yang boleh korang panaskan jika mau.

Bertemakan #ChupMakanDulu di Rumah, kini korang boleh nikmati hidangan a-la-carte Malaysia yang sedap dari Doubletree by Hilton JB yang menjanjikan kepuasan ketika menikmatinya. Dan ianya boleh di dapati di seluruh hotel Hilton di Malaysia.

Jom tengok antara menu yang Sis makan berbuka petang semalam.


Tulang Rusuk Belado RM 52. 

Serius dan sejujurnya Sis cakap, ini menu paling high recomended Sis kat korang, korang orderlah dan cuba rasa, memang sedap! Dagingnya yang lembut dan moist rasa rempahnya, memang makan dengan sambal belado tu, jilat jari. Sis dan Suami makan berdua aje. Puashati!


Kambing bakar Pudina RM 54

Yang ini pun sama macam kepingan Tulang Rusuk Belado tu, cuma yang ni daging bakarnya korang kena makan dengan sos pudina tu, menarikkan. Bayangkan rasa daging tu bila di makan rasanya seperti mint gitu, memang lain dari yang lain. Ianya di datangkan beserta dengan acar mentah sama juga dengan Tulang Rusuk Belado tu.


Thai Squid Salad RM ?

Maaf yang ni takde pulak di nyatakan harganya, nanti Sis update ya. Thai Squild Salad ni mesti korang biasa nengok kot, kalau makan makanan Thai, mesti ada kan? So rasa dia macamtu laa, masam-masam pedas, memang menyelerakan.


Ayam Bawang Mangolia RM 32 

Sis memang peminat makan bawang, bila kata masakan ini memang lebih kepada rasa bawang dan bahannya memang banyak bawang, so ianya memang jadi kesukaan Sis. Anak-anak pun kata sedap. Seperti rasa 3 rasa, tapi sedikit lainnya. Korang kena cuba sendiri.


Udang Masak Kam Heong RM 38

Ini menu yang makan berebut semalam hahahaha. Yaa sedap sangat masakan Udang Kam Heong ni, berebut anak-anak makan semalam. Besar udangnya, fresh dan yang bestnya rempah gorengan udang bersama tepung tu lembut, tak kering dan tak keras, itu yang jadi sedap!


Pajeri Nanas RM 16 

Bila Sis makan Pajeri Nanas ni, terus teringat air tangan Emak, lebih kurang sama masakan Emak dengan Pajeri Nanas ni, terubat juga rindu masakan Emak huhuhu. Cukup rempah segala bahan dalam Pajeri Nanas ni.


Ikan Siakap Goreng Kerabu Mangga RM 75 

Menu Ikan Siakap ni memang best gile. Mana taknya, ikan tu di makan dengan kerabu mangga, perghh di tuang pulak sos cili pedas tu dan perah asam limau. Memang meratah makan sampai ke tulang licinnya hahahaha. Kerabu Mangga dia sedap!


Rojak Buah Pagoh RM 18 

Banyak buah yang di beri. Ada nanas, epal, pear, epal hijau dan merah, tauhu, sengkuang dan timun. Manis-manis buahnya dan rangup. Kuah rojaknya pun boleh tahan. Sis makan masuk mangkuk, gaul-gaul dengan kuah rojak tu, tabur kacang...nikmat sungguh!


Nasi Mentega RM 16 

Nasinya lembut dan yaaa cukup rasa menteganya. Yaa sebab Emak biasa buat Nasi Mentega ni, so Sis tau lee samaada cukup ke tak menteganya. Yang ni cukup rasa menteganya.


Nasi Kukus Sakura RM 8

Semalam ada yang tanya, kenapa sakura, apa agaknya bahan dia letak sampai panggil sakura hehehe. Agak Sis laa kan, mesti guna beras Sakura dan nasinya putih macam orang jepun hehehe sebab tu namanya Nasi Kukus Sakura hahahaha. Yaa nasinya lembut dan tak kering walau sejuk.




Haa so tertelan air liur tak? Hehehe kan kan, semuanya memang sedap, berani cakap sedap sebab Sis dah rasa sebab tu Sis kongsikan dengan korang semua. Order bebanyak macam ni, dan nikmati ala buffet ramadhan di rumah, memang meriah.

Lagi satu nak cakap, menu yang di sediakan dalam setiap bekas tu, boleh di makan 2 orang ya. Memang di sediakan for 2 pax. Tapi kalau korang kuat makan, haaa makan sorang pun boleh juga. Janji puashati dan berbaloi.

Harga pun tak mahal, bak kata Suami, 'Berbaloi makan macam ni, lagi boleh makan ulang-ulang, jilat jari sampai licin bekas', hehehehe. Kami pun semalam lepas solat semua, duduk lagi makan meratah apa yang ada, sampai licin semua. Yang bestnya, ada baki lagi, siap buat sahur lagi. Tak ke berbaloi tu namanya. 

So pada korang yang nak buat pesanan, bolehlah buat sekarang sebelum jam 3pm ya. 

Order pesanan #Tableapp : bit.ly/TakeDoubleTreeJBHome
Lihat kesemua menu : eatdrink.com
Atau contact : +607-268 6868
Facebook : DoubleTree by Hilton Johor Bahru 

Available for takeaway & delivery only. Order before 3:00pm for same-day delivery/takeaway. 
Delivery from RM5 onwards per trip for delivery within 20km from the hotel

Selamat menjamu selera korang!!..


P/S: Harini nak Goreng Mee Hoon aje, sebab semalam dah banyak nau makannya hahaha. 

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. woww banyak nya sis order..semua sedap sedap.

    ردحذف
  2. musim pkp ni byk hotel buat delivery kn...meriah menu2 tu...tulang rusuk berlado tu..yummyy

    ردحذف
  3. memang nampak sedap2 semuanya...alhamdulillah...walau takde buffet ramadhan, tetap boleh makan macam kat doubletree..

    ردحذف
  4. Bagus kan bila hotel hotel guna alternatif lain bagi promosi bufet Ramadannya. Tak lah rugi kan!

    ردحذف
  5. Mak ai semua menyelerakan Ya Allah nasib kita tengok post ni malam-malam kalau siang mau terbatal puasa kita wakakakak. Sekarang semua hotel buat cara macam ni hantar buffet ke rumah hehehehe nak order jauh sangat kalau dekat dah order suka tengok daging tu sedapnya...

    ردحذف
  6. Tengok semua makanan Buffet Ramadhan Hilton JB ni pun dah kecur air liur dibuatnya. Rasa berbaloi beli sebab tengoklah cara diorang pack makanan tu macam mana,sejuk hati. Baru lah ada selera nak berbuka puasa kan. Rasa seronok je makan. Semua ni memang nampak sedap nak nak daging tu.

    ردحذف
  7. MEnarik tengok gambar makanan tu..udang masak kam heong, ikan siakap goreng kerabu mangga, ayam bawang mangolia and thai squid salad tu nampak menyelerakan.

    ردحذف
  8. memang berbaloi lah nak dikirakan cam ni.. tak de lah mahal sangat makanan hotel sebenarnya ya.. hee~ kalau teringin boleh je beli - mampu..

    ردحذف
  9. wow sangat makan makanan hotel double tree ni sis. btw kita pernah stay sini dulu masa p JB. masa tu nk jmpa sis x sempat haha.

    ردحذف
  10. sedap tu bolehlah cuba menu macam ni. semoga boleh membantu juga industri hotel

    ردحذف
  11. Wah2 sedapnya menu lauk2 hilton johor ni.. Tgk rusuk berlado dia bergetar rusuk kita.. Ehhhh 🤭😂

    ردحذف
  12. walaupun berkonsepkan "take away & delivery" tetap nampak menyelerakan 😋 harga pun berpatutan, kiranya kalau teringin sangat memang boleh beli lah 👍🏻

    ردحذف
  13. Nama menu-menu dia buat rasa tertarik nak makan apatah lagi tengok gambar.

    ردحذف
  14. huntung lah dpt set menu ramadhan ni :)
    sesedap nyer ya Allah. lauk pauk pun bukan biasa-biasa tu, sis.
    best!

    ردحذف
  15. tudia sis.. ponuh satu meja. Tapi tu la, ada hikmah juga kan. Dapat menikmati hidangan hotel di rumah bersama keluarga. Satu hikmah tu.

    ردحذف
  16. Wahh menariknya menu menu set ni. Yg paling menggoda rojak buah tu. Dapat ratah sedap tu. Yumsss.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!