KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI PUTIH | Ada yang dah berpuasa Hari Putih bagi tahun ini? Terlupa? Ermmm...takpe, untuk harini Sis ingatkan dan sama-sama kita mengingatinya sekali lagi ya. Tak salah pun kalau buat posting banyak kali di blog, biar mereka yang terlupa atau tidak tau, dapat membaca dan terus rasa nak berpuasa esok. Sedikit sebanyak pun, bila kita kongsikan, kita pun dapat pahala juga kan..
Masuk aje bulan Syaaban, kita boleh mengambil peluang kebaikan yang bercabang-cabang pada bulan Syaaban ini untuk berpuasa sunat seperti Isnin dan Khamis serta hari putih, iaitu puasa pertengahan bulan pada 13 (esok), 14 dan 15 Syaaban.
Bagi mereka yang mempunyai kekuatan pula, boleh berpuasa Daud, iaitu berpuasa selang sehari, itupun jika korang punya daya ketahan diri yang kuat dan tidak menjejaskan stamina pada Ramadan kelak. Ye laa, kang berpuasa terus dalam keadaan panas begini, ada kang penyakit lain pulak yang datang kan. So ikut kemampuan masing-masing.
Islam sangat menggalakkan setiap umat Islam untuk melakukan ibadah-ibadah sunat seperti contohnya Puasa Putih.
Apakah Sebenarnya Yang Dimaksudkan Dengan Puasa Hari Putih?
Puasa Hari Putih adalah puasa yang sunat dilakukan pada setiap 13, 14, 15 untuk setiap bulan mengikut bulan Takwim Islam. Namun bagi bulan Zulhijjah, puasa sunat hari putih hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 haribulan sahaja.
Puasa sunat 13, 14 dan 15 haribulan Takwim Islam dinamakan puasa hari putih kerana pada malam-malam berkenaan bulan mengambang penuh dan sangat cerah menerangi muka bumi dan alam semesta ini.
Jika korang tidak boleh berpuasa pada pertengahan bulan iaitu 13, 14, dan 15 haribulan, jangan risau, terutama bagi orang perempuan, maklumlah ada keuzuran kan, so korang boleh berpuasa dengan memilih mana-mana 3 hari dalam sebulan. Puasa hari putih ini lebih afdhal dilakukan pada pertengahan bulan kerana Rasulullah SAW sendiri melakukannya.
Kenapa Hari Putih? Dan Apa Kelebihannya?
Puasa Hari Putih merupakan puasa selama tiga hari di pertengahan bulan yang telah dianjurkan oleh sunnah sebagai suatu bentuk puasa sunat tambahan. Ia ada disebut melalui sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Dzar, iaitu:
يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
“Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ia digelar sebagai hari putih kerana pada tarikh ini (tarikh hijrah) bulan sedang mengambang dan cahayanya sangat cerah.
Niat Puasa Hari Putih Adalah Seperti Beriku:
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Maksud: “Aku berniat berpuasa Hari Putih, sunat kerana Allah Ta’ala.”
Pahala puasa ini digambarkan sama jika kita berpuasa selama setahun. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Abdullah ibn ‘Amru, iaitu:
صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ
Maksud: “Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah mengamalkan untuk berpuasa pada tarikh di atas, iaitu pertengahan bulan Islam dan ia telah menjadi ikutan dan sunnah yang diamalkan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.
Puasa bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga, umat Islam juga harus menahan diri dari perbuatan yang boleh menyebabkan puasa terbatal dan termasuklah perbuatan lagha dan melalaikan. Perbuatan sia-sia, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan menyakitkan hati orang lain hendaklah juga dijauhi. Secara tidak langsung nilai-nilai baik dan murni dapat dipupuk di dalam diri.
Jadual Puasa bagi tahun 2020/1441H
Warna Kuning : Puasa Sunat Isnin & Khamis
Warna Torquise : Puasa Hari Putih (3 hari setiap pertengahan bulan hijrah pada hari ke-13,14,15)
Warna Ungu : Puasa Ramadhan 1441 H
Warna Merah : HARAM untuk Puasa (Raya Puasa, Raya Haji, Hari Tasyrik)
Warna Hijau : Puasa Sunat Arafah
Warna Pink : Puasa Sunat Asyura dan Tasu'a (Puasa Sunat 10 Muharram & Satu hari sebelum atau sesudahnya)
Jadi esok 7,8 & 9 April 2020 bersamaan dengan 13,14 & 15 1441H bagi sesiapa yang ingin berpuasa, esok adalah Hari Putih, so pada kesempatan ini, marilah kita merebut peluang untuk beribadah kepada Allah tidak kira sama ada ibadah fardhu mahupun ibadah sunat.
Dan jangan lupa untuk berpuasa pada Hari Putih yang seterusnya ya..
InsyaAllah ..
P/S: Jika tiada aral, insyaAllah, nak juga puasa esok. Jom kita sama-sama kejar pahala!

itu lah, nampak jugak dato' fadzillah kamsah post pagi tadi..aku pulak konfius, ingatkan hari ni start, rupanya esok..
ReplyDeleteYaaa Sunah, harini mula puasa Hari Putih...ko puasa tak? Sis, insyaAllah..jika sampai ke petang ni...
DeleteBagus juga kalau dapat berpuasa 3 hari ni
ReplyDeleteBoleh diet musim PKP
Yaaa Wak, Hrni insyaAllah Saya satu rumah berpuasa...
Deletesaya pun memang dah niat esok memang nak puasa
ReplyDeleteAlhamdulilah, jom sama-sama kita ya Farah..
DeleteSalam, terima kasih sharing ni. betul laa... terlupa. bila baca pasal ni refresh balik laa apa itu puasa hari putih... dan kalendar tu dah laa cantik malah sangat membantu... =D
ReplyDeleteWaalaikumussalam...alhamdulilah, ilmu yang bermanfaat kita kongsi bersama..mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dariNya..
DeleteOh. Niat puasa putih ea.. sy biasanya niat puasa bulan tu, contoh, pusat sunat rejab, puasa sunat syaaban.. thanks info.. lain niat rupanyaaa...
ReplyDeleteYaaa Nona, lain niatnya kan? Tapi entah yaa, setahu Sis memang niat puasanya lain...
Deleteallah tak ada rezeki puasa hari ni... pkl 1 blh berbuka... erm,,,
ReplyDeleteTakpe Sheila, nanti boleh berpuasa dalam mana-mana hari pada bulan ini...
Deletepuasa putih ni kena berturut-turut ke? kalau buat hanya satu atau dua hari tanpa sebab yang kuat, boleh?
ReplyDeleteBoleh ihya.. jika keuzuran boleh memilih antara 3 hari dalam sebulan.. tapi biasanya di buat pada pertengahan bulan..
Delete