NISFU SYA'BAN - KELEBIHAN DI MALAM NISFU SYA'BAN

Sis Lin
6
NISFU SYA'BAN - KELEBIHAN DAN MALAM NISFU SYA'BAN | Malam Nisfu Syaaban di Malaysia mengikut kalendar Masihi JATUH pada 8 April 2020 (Esok), Rabu (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Nisfu adalah dalam bahasa arab yang merujuk kepada setengah atau separuh. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1441 Hijrah.

Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.

Hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan daripada Nabi SAW melalui beberapa jalur. Antaranya melalui jalur Abu Musa al-Asy’ari RA, Aisyah RA, Abu Tha’labah RA, Abdullah bin Amr RA, Mu’az bin Jabal RA, Abu Hurairah RA dan Abu Bakar RA.

Antara yang ingin Sis kongsikan, hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW yang bersabda:


إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]

Mengapakah Malam Nisfu Sya'aban Begitu Istimewa?


Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Malam Nisfu Syaaban Juga Dipanggil:

  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya. 


Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi. 

Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. 

Betul!. Tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam Nisfu Sya’ban, namun kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, berdoa memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Qur’an.

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada. Namun umat Islam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai kelebihan mahupun ganjaran yang menanti jika mengerjakan amalan-amalan tertentu ataupun dikhaskan pada malam Nisfu Syaaban yang kononnya berpandukan hadith terutamanya menerusi bacaan di internet.

Ini kerana kebanyakkan ganjaran serta amalan yang dikatakan wajib dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti didakwa bersandarkan hadis itu adalah diragui dan tidak sahih ataupun palsu.

Sebagai peringatan, sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai malam Nisfu Syaaban melalui pelbagai sumber yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu dan sewajarnya

Kesimpulannya ayuh kita semua rebut peluang keemasan pada bulan yang mulia ini dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ia satu keadaan di mana kita berpeluang untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menebus segala dosa di atas segala kesalahan-kesalahan lalu. Yakinlah bahawa manusia tidak akan sepi daripada melakukan dosa. 

Maka bulan yang mulia ini perlu dipelihara sebaik mungkin untuk mendekati diri kepada Allah SWT. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang yang terbuka ini, untuk melakukan muhasabah diri, sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian prestasi amalan setiap hari apakah amalan dan tingkah laku kita dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia selari dengan al-Quran dan al-Sunnah. 

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 122: “Dan adakah orang yang mati, kemudian Kami hidupkan dia semula, dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi untuk ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar daripadanya?Demikianlah diperlihatkan pula pada pandangan orang kafir itu akan keelokkan apa yang mereka telah lakukan.

Sumber sana sini..


P/S: Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama. Amin.

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. thanks for sharing... InsyaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, moga bermanfaat buat semua..

      Delete
  2. Maknanya Ramadan dah dekat nak sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, setengah tak sampai sebulan kita akan sambut Ramadhan...

      Delete
  3. aku da plan nak puasa esok, tapi keuzuran pulak...adeiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu takpe ko berzikir je laaa Sun..
      Alhamdulilah, semalam dapat puasa, hrni insyaAllah, dan mudah-mudahan hari yang seterusnya juga...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!