QSR BRANDS LANCAR KEMPEN KITA FIGHT COVID-19 & TERANGI RAMADAN

Sis Lin
6
QSR BRANDS LANCAR KEMPEN KITA FIGHT COVID-19 & TERANGI RAMADAN | Galak rakyat menyumbang untuk bantu petugas barisan hadapan & golongan yang memerlukan. QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), peneraju jenama rangkaian makanan yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia, meneruskan komitmen membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19 menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan golongan kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan keperluan harian serta petugas barisan hadapan perubatan yang memerlukan peralatan perubatan khusus.

QSR Brands telah melancarkan inisiatif derma melalui KFC dan Pizza Hut bagi mengumpulkan dana buat mereka yang lebih memerlukan dalam situasi yang tidak menentu ini. Inisiatif tersebut turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama menyumbang dana untuk Akaun Amanah Khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan juga Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Kesihatan Kebangsaan) dan MERCY Malaysia yang bergiat aktif menyalurkan bantuan sejak awal penularan wabak ini.

Menerusi kerjasama dengan NGO-NGO ini, dana yang dikumpulkan akan disalurkan terus ke masyarakat yang terkesan terutamanya mereka yang kurang bernasib baik dan juga komuniti perubatan, terutama sekali dalam persiapan menyambut bulan Ramadan dan Syawal.

Melalui inisiatif ini, KFC dan Pizza Hut menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam mengumpulkan dana, dan pada masa yang sama menikmati hidangan lazat yang dijamin bersih dan selamat untuk dimakan.


KFC, melalui kempen CSR ‘Kita Fight COVID-19’ telah memperkenalkan KFC Mix Bucket di mana dengan setiap pembelian RM1 akan disumbangkan ke tabung dana tersebut. Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh memilih untuk menyumbang seberapa jumlah yang mereka mahu kepada Tabung Add Hope: Kita Fight COVID-19, dimana KFC akan menggandakan jumlah yang terkumpul.

Tony Lika, Ketua KFC Malaysia berkata, “Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak ini. Bersama-sama warga Malaysia yang lain, kami prihatin dan faham akan cabaran dan beban yang terpaksa mereka hadapi. Melalui kempen Kita Fight COVID-19, kami mengalu-alukan orang ramai untuk bersatu hati dan berganding bahu memberikan pertolongan yang besar nilainya buat mereka yang terjejas pada waktu sukar ini.


Sementara itu, Pizza Hut pula melancarkan kempen Terangi Ramadan yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyumbangkan RM0.50 dengan setiap pembelian melalui laman web atau aplikasi Pizza Hut Malaysia. Pizza Hut komited untuk menggandakan jumlah derma yang terkumpul, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk membantu mengekang penularan COVID-19.

Loi Liang Tok, Ketua Pizza Hut Malaysia berkata, “Adalah amat penting buat kami di Pizza Hut untuk memainkan peranan sebagai sebuah syarikat Malaysia yang prihatin dalam membantu masyarakat yang terjejas untuk mengharungi waktu yang mencabar ini. Menerusi pelancaran kempen Terangi Ramadan, kami ingin meningkatkan kesedaran terhadap isu ini, dan pada yang sama bersatu hati dengan orang ramai untuk memberikan sumbangan dan pertolongan kepada mereka yang lebih memerlukan.



Sejak tempoh PKP yang telah dilaksanakan pada 18 Mac lalu, QSR Brands telah menyumbangkan lebih daripada 27,000 pek makanan kepada pelbagai komuniti termasuk petugas barisan hadapan serta pelajar-pelajar universiti dan komuniti yang kurang bernasib baik.

Selain itu, pihaknya turut menjelaskan bahawa bagi membendung penularan COVID-19, KFC dan Pizza Hut memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggannya dengan meningkatkan prosedur kesihatan, keselamatan, dan kebersihannya yang sedia ketat.

Kedua-dua jenama ini juga telah melancarkan ‘khidmat penghantaran tanpa sentuh’ dan ‘khidmat bawa pulang tanpa sentuh’ di mana pesanan pelanggan dipenuhi secara bebas sentuhan, sejajar dengan garis panduan kesihatan, sosial dan keselamatan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara-cara untuk memberikan sumbangan, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my.


P/S: Tahniah buat KFC dan Pizzahut! Semoga sumbangan ini menceriakan hari-hari mereka..
Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah wahh bagusnye ada kempen camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, bagus kannn...hantar ke rumah kita satu pun okay gak hehehehe

      Delete
  2. Semoga kempen macam ni dapat sambutan ramai dan ramai yang menghulurkan dana. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..jom kita menyumbang juga Fizah..

      Delete
  3. alhamdulillah...datang la sumbang ke rumah saya juga..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sila PM alamat yaa hahahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!