RESEPI PUDING MILO OREO YANG MUDAH DAN SEDAP

Sis Lin
17
RESEPI PUDING MILO OREO YANG MUDAH DAN SEDAP | Yaaa yang penting mudah, senang nak membuatnya dan rasanya sedap! Di jamin sedap, tak percaya, silalah cuba. Sejak-sejak ni memang nampak banyak lalu lalang dekat timeline facebook dan instagram Sis kawan-kawan buat Puding Milo Oreo ni. Dari sehari makan hari nak buatnya, tapi tak juga buat, sampai anak kata, 'Mak, lama-lama lemau biskut Oreo tu' hahahaha...makan dalam punya ayat ek hahahaha..

So semalam kerajinan datang, bahan-bahan memang semua ada, dari minggu sebelumnya dah beli bahannya, so senang laa nak membuatnya, sebab bahan semua ada, ye dak, cuma tak rajin aje, so semalam rajin, Sis buatkan anak-anak Puding Milo Oreo ni.

Sebelum ni Sis pernah buat dulu, dan pernah update kat blog Resepi Puding Milo Oreo ni, yang bezanya resepi tu letak aiskrim dan Oreonya di kisar. Yaaa kalau korang ingat, resepi tu dulu viral setelah penyanyi no1 Malaysia, Dato Ct Nurhaliza membuatnya, terus ramai yang menirunya hehehe termasuk Sis ko.

Cuma maaf, posting tu gambarnya dah takde, sebab Sis dah delete gambar dalam google akaun Sis dari tahun 2017 dan sebelumnya bagi mengelakkan gambar tak berhijab Sis dan anak-anak Sis dalam blog ni. Habis semua gambar dalam posting sebelum 2017 hilang..huhuhu..

Berbalik pada tajuk, jom laaa kita belek dan semak resepinya ya, semalam ramai tanya resepinya, so harini Sis kongsikan di sini ookay.


Resepi Puding Milo Oreo Yang Mudah Dan Sedap

BAHAN-BAHAN : 
  • 1 bungkus agar-agar 20g
  • 1400 air
  • 2 cawan gula
  • 1 tin besar susu cair 
  • 1 cawan Serbuk milo 
  • 1 bungkus Oreo yang besar

Bahan-bahan tu tak kisah le jenama atau brand apa korang nak guna, janji bahannya tu seperti yang tertulis tu haaa..


CARA MEMBUATNYA: 

  • Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih.
  • Kemudian, asingkan 4 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga milo larut. 
  • Sediakan bekas acuan dan tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalamnya. Tenggek periuk adunan Milo tu di atas api perlahan, supaya adunan Milo tu tak keras. 
  • Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asal tu (color susu) dalam acuan. 
  • Apabila permukaan agar-agar putih mengeras, tuang lagi baki lebihan agar-agar milo tadi. So jadi 3 lapisan. 
  • Kemudian susun biskut Oreo itu di atas permukaan atas sekali. (Biskut Oreo tu di pisahkan dan krimnya di biarkan aje). 
  • Biarkan adunan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais.

Senangkan? ..



Bila dah sejuk, korang boleh potong dan makan ler. Memang sedap makan sejuk-sejuk. Nampak tekstur dia macam agar-agar kan, tapi bila ko makan, ianya macam puding, lembut aje ko. Takde kenyal macam agar-agar tu. Sedap.

Resepi ni Sis follow resepi Sheila Rusly, cuma beza, Sheila Rusly dia hancurkan Oreo tu setiap lapisan, tapi Sis tak buat, anak-anak taknak, anak Sis suruh letak atas aje, taknak letak kat lapisan. So kalau korang kreatif, ikutlah macam mana korang nak gayakannya ek, janji ada Oreonya hehehehe.

Tapis erius cakap, memang sedap uitt...malam tadi tengok TV aje, dah separuh aacuan dah licin hahahaha..tiga kali potong si anak bujang tu makan. Dialah paling suka bab puding gini.

Cubalah..tak cuba mana nak tau kan...
Selamat mencuba semua.


P/S: Harini nak buat Apam PolkaDot hahahaha.. lalalalalala

Post a Comment

17Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. biasa tgk org buat puding milo oreo tp tk pernah try lg...sedap tu mkn sejuk2..nanti bole cuba

    ReplyDelete
  2. Bila adanya tempoh PKP ni, semakin ramai ibu-ibu ada idea memasak kan..Cuba pelbagai jenis resepi..nanti ada masa nak buat jugak...

    ReplyDelete
  3. Best lagi buat macam sis ni. Tak nak hancurkan jugak. Ini mesti anak suka ni sebab dia memang penggemar Milo + Oreo. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Tak hancurkan oreo tu lagi puas rasanya..sebab PC kalau buat pun tak hancurkan..hehehehe..senang nak potong..ikut je lebo biskut tu..

    ReplyDelete
  5. pkp ni semua share resepi best2 aduii habis pkp jenuhhh tak muat baju seluar haha

    ReplyDelete
  6. Cakap je apa, semua Sis boleh buat ya. Mengancam jugak puding oreo tu. Bella failed la buat dessert. Ada masa Bella nak buat jugalah. Cabar diri. Hehe. Betul tu, walaupun mudah yg penting sedap.

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa tengok sis punya puding oreo. nanti bolehlah kita try

    ReplyDelete
  8. amboiii...yang ni lagi lerr menjadi-jadi kejadian menu pkp jadian dia...hahahhahaha

    ReplyDelete
  9. New creation! Sometimes should try new one! I would love to try with honey stars, fruit loops.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya tgk puding oreo nu, jrg buat puding tp tgk m sng jer, rasanya nak buatlah.. mcm2 resepi timbul sjk PKP ni..

    ReplyDelete
  11. Wah menarik ni bole cuba sbb budak2 kamn suka makan Oreo. Nk simpan resepi ni. Tq

    ReplyDelete
  12. aida kurang gemar agar2, sis. tapi sgt suka puding.
    aduh, makan sesejuk. nyaman oii :) happy sgt.
    aida biasa buat puding kastart je. simple.
    this one, surely anak-anak makan bertambah. milo and oreo. gandingan mantap.

    ReplyDelete
  13. Aumm sedap sis. Boleh cuba ni. .Takdela sush sangat. Cuma kene ade kerajinan ni. . Heehe.Dah sambung pkp bolehla kita buat ni

    ReplyDelete
  14. Saya kalau agar agar memnag tak makan sebab kenyal kenyal. Tapi kalau puding makan.. Hahaha pelik sungguh. Bolehlah saya cuba buat puding milo ni. Tengok saja pun tahu sedap

    ReplyDelete
  15. Alamak terliur plak tengok nie. Caranya pun agak mudah - memang kegemaran Rawlins resipi nan mudah gini. Kebetulan today memang nak keluar beli bahan rumah - boleh masukkan dalam senarai la bahan2 yang takde

    ReplyDelete
  16. ya ampun nampak pun sedap... nanti nak try buat lahh suka tengok kejadian dia hehehe

    ReplyDelete
  17. Hehe tak pernah try resepi ni. Bahan-bahan ada kat dapur. Petang nanti boleh cuba buat. Nampak menyelerakan betul. Makan sejuk-sejuk mesti sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!