SATU MENU UNTUK SUAMI, SATU MENU UNTUK ISTERI

Sis Lin
8
SATU MENU UNTUK SUAMI, SATU MENU UNTUK ISTERI | Alhamdulilah, rasa puashati dapat menunaikan permintaan anak tekak memasing semalam bila kata dua-dua Laki Bini nak makan benda yang tak sama menunya hehehe. Yup! Semalam hari Ahad, Suami pepagi lagi dah ke Pasar membeli lauk basah untuk rumah dan juga hantar ke rumah Emak Sis. Masuk stok nak puasa sekali.

Sejak adik ipar tu kena stay kat Singapura dari mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu, dari sejak itu, jika Suami ada ke pasar, Suami akan belikan sekali untuk rumah Emak. Kesian kat adik tu nak keluar membeli sebab ada anak kecik, Emak memanglah tak le kitaorang bagi keluar, risiko kan orang tua terhadap wabak ni. So Suami laa penganti ketua rumahnya untuk belikan barang keperluan.

Balik dari pasar, selesai Suami bersihkan diri, (barang kami jemur kejap biar di luar dulu), kemudian baru Sis dan Suami kemas punggah barang, dan Sis nampak ada kaki ayam (ceker), dan juga ada ikan duri, wowww! Kesukaan Sis, lama tak makan Asam Pedas Ikan Duri, yang bestnya siap ada dibelikan Sawi Jeruk hehehe...tapi sebab Suami tak suka Ikan Duri tu, bila di tanya nak makan apa, Suami kata Sup Kaki Ayam, ooo baik, arahan di terima!

Makanya terjadilah menu, Satu Untuk Suami, Satu Untuk Isteri.


Sup Kaki Ayam (Ceker) 

Sup Kaki Ayam laa palaing sonang nak masak, tapi kalau style Sis, kakinya Sis rebus asing dulu sampai kulit kakinya rapuh, supaya senang nak makannya. Ada orang rebus aje dalam supnya, tapi Sis tak suka, nanti rasa kuah sup tu jadi kacau dek rasa lemak kaki ayam tu.

Sis lebih suka rasa kuah sup tu rasa asli rempah sup, kaki ayam tu sebagai isi dalam sup, so kalau hirup kuahnya jadi sedap gitu rasa sup dan rempah-rempah tumis tu. Tapi ikutlah style memasing, lain orang lain gaya masaknya kan. Sis letak kentang, sayur puchuk, dan juga daun sup, suun boleh lupa nak letak hehehehe.


Asam Pedas Ikan Duri Sawi Jeruk 

Ikan jenis 'bermisai' memang kesukaan Sis, kecuali Ikan Baung, yang tu Sis agak tak suka..jenis lain semua memang peberet Sis. Suami kalau ke pasar kalau ternampak, memang tak pernahnya tak beli, kalau dia tak beli, katanya ikannya tak berapa elok je, cuma Sis pesan, jangan beli Ikan Keli aje, sebab Ikan Keli Sis makan hanya di kedai aje, kalau masak sendiri, Sis agak geli nak pegang bodynya hahahaha..

Bodynya? Arghh ko faham ye faham, tak faham, sila fahamkan hehehe. Tapi Sis ni tak cerewetlah bab makan, semua Sis bedal aje, cuma semalam memang puashati oii dapat masak Asam Pedas Ikan Duri ni, dan tambah lagi sedap bila letak Sawi Jeruk, perghhhh...nikmatnya oii tak terkata dek ayat ni..

Anak-anak makan apa? Hahaha anak-anak Sis makanlah apa yang Mak Pak dia makan tu, cuma ada laa Sis masakkan Telur Dadar Gebu dan juga goreng Sayur Kacang Panjang.

Jangan minta resepi yaa, sebab resepi ni alaa resepi campak-campak masak ikut sukahati je. Yaa Sis selalu masak agak-agak aje, melainkan memang Sis ada ikut memana resepi orang, Sis akan copykan, ni takde, Sis masak style sendiri. Macam Mak-Mak kita masak tu je, cekut sana cekut sini..

So, harini korang masak apa haa?

Hari ni hari Isnin, macam biasa laa, banyak keje nak buat. Ni sambil tunggu cuci cadar, tuala, kejap lagi nak gosok baju, dan juga rendam dan cuci telekung semua. Memang seminggu sekali, Sis akan buat benda tu semua. Kalau senyap tu, Sis ko bizi laa yer..

OkayBye..
Haa jangan lupa join group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official tu ya..


P/S: Harini turn anak pulak masak, Maknya rehat nak sambung layan 'A World of Married Couple' tu, geramm aku! jenis terhegeh dengan Laki orang tak sedar diri!! .. tu yang sampai tukar nombor handphone ek hahahaha..

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aku suka ko share tips rebus kaki ayam dulu sebelum masuk dalam sup tu...sebab ada orang masuk kaki tu sekali rebus untuk sup ayam, sup nya jadi hitam dek lemak dalam kaki tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee dari dulu memang aku buat macamtu Sun...tak suka resbus sekali, rasa dia jadi lain...

      Delete
  2. Assalamualaikum lin..sedapnya asam pedas ikan mayong lebih2 lg sawi asin aduhhh leleh air liur...lama x mkn sawi asin...nak cari juga sawi nak buat sawi asin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Maaa, boleh pandai plak Suami beli sawi jeruk tu, dia macam tau kalau bininya nak masak asam pedas nak letak sawi jeruk hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehe bagus, nampaknya Wak tak cerewet orangnya...

      Delete
  4. Pergh telan ayaq liur terus 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha hati-hati, jangan sampai telan laptop hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!