TERKINI! PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DISAMBUNG LAGI SEHINGGA 12 MEI 2020 | Sambung lagi dan sambung lagi, memang dah dapat rasa dah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni akan disambung lagi. Dengan keadaan wabak virus Covid19 yang belum menampakkan pemulihan 100%, kita akan terus #DudukRumah sebagai langkah bagi memutuskan rantaian penularan wabak ini.
Semalam, 23/4/2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi dari 15 hingga 12 Mei ini, bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi penularan wabak COVID-19.
Kata PM, langkah ini juga bagi mengelak penularan semula virus dalam kalangan masyarakat. Tindakan ini selaras dengan pandangan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang menyarankan negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.
Perdana Menteri juga menjelaskan, negara tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku, meskipun berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan PKP telah membantu petugas kesihatan mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil. Malah, PM juga berkata, pelanjutan tempoh PKP itu dibuat berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan pakar perubatan.
So kita terima dan redha aje la dengan keputusan ini. Semoga dengan usaha yang dibuat, carta kes COVID-19 semakin terkawal dan terkini, kes baru positif juga menurun pada kadar 7 peratus, iaitu di bawah penanda aras 10 peratus yang ditetapkan oleh WHO.
Tapi PM juga ada kata semalam, kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ia (PKP) mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.
Sudahkah korang bersedia? .
Untuk Sis, sentiasa kena bersedia, dan amik langkah berjaga-jaga, tapi satu je yang Sis harap...semoga anak Sis yang terkandas di Shah Alam dapat kembali ke rumah dan menjalani ibadah puasa dan berhari raya bersama Sis sekeluarga. Lama dah anak terkandas di rumah (bilik) sewanya, kelas Masternya semua lama dah cancel sejak awal PKP haritu.
Sampai dah mengadu nak balik dan menangis setiap kali buat video call dengannya :(( ..
Sama-samalah kita berdoa agar wabak Covid19 ini akan segera tamat dan lupus dari mukabumi ini. Dan kita akan bebas bergeral ke sana ke sini seperti biasa. InsyaAllah ..
P/S: Psttt PM pun scroll ko facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, PM sebut semalam, kalau isteri masak tak jadi, masuk gambar dalam group tu kakakakakah... lawak betul!

Berpuasa dalam tempoh PKP ini lebih santai, maklum duduk dirumah je. Moga kes jangkitan covid19 di negara kita cepat kurang dan semakin pulih... redho raya kat bandar je tahun ni
ردحذفKann Dana..Sis pun dah terbiasa dah, cuma harapnya dapatlah anak Sis pulang ke rumah nanti..
حذفRedha juga. Mungkin inilah yang terbaik untuk semua. Oh ye untuk anak sis yang terkandas tu rasanya boleh apply permohonan online untuk balik kampung tu kan. Cuba la mana tahu. Pelajar IPT pun dah boleh balik rasanya berperingkat
ردحذفYaa Faizzah, dah boleh balik nanti selepas 27/4 ni, tunggu SOP keluar macam mana nanti..
حذفSelagi ada kes baru. selagi tu PKP terpaksa diteruskan. redha dan terus bersabar demi keselamatan semua.
ردحذفYaaa seeloknya macamtu laa..kalau tak, raya nanti dah mula kunjung mengunjung, bertambah plak kluster baru ...
حذفPM pun tau fb 'masak apa tak jadi hari ini' ek
ردحذفHahaha kann Wak, sempoi jee PM kita hehehe
حذفeh sis, 12 Mei lerrr
ردحذفHahahaha adeii, macam mana tak perasan ek..gelihati tu takde yang menegur hahahaha
حذف