TIBA-TIBA TAK TAU NAK UPDATE APA. AKU BLUR KEJAP!

Sis Lin
20
TIBA-TIBA TAK TAU NAK UPDATE APA. AKU BLUR KEJAP! | Neno neno neno...eh apa nak tulis ek, nak update apa ek, tiba-tiba blur kejap otak, blank! Padahal banyak je benda nak kongsi, tapi....eh apa nak tulis ni ek...adeiii..tolong!!.

Masa nak menaip ni pun, jadi konpius kejap, entah apa nak di taipnya, kalau korang baca ni, haaa secara spontan je ni update tau. Apa yang keluar dari otak Sis ni, itulah jari terus menaip. Yaa ada masanya beginilah seorang blogger, no idea nak menaip, mood tetiba ke laut Pantai Lido huhuhu.

Padahal, gambar memasak banyak, boleh aje nak kongsi di blog, tapi entahlah, belum ada mood nak kongsikannya. Lagi satu kena jarakkan juga posting memasak, sebabnya kang nampak macam blog Sis ko ni macam blog masak-masak plak, padahal niche blog Sis ni lifestyle oii, so kena balance kan juga laa. Kang orang masuk semua posting makan sesaja hahaha.

Tapi jangan tak tau, kalau post memasak atau kongsi resepilah yang PV blognya akan naik cepat, orang ramai duk google mencari resepi dan menu, lagi plak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ha, memang semua #DudukRumah dan memasing cari idea nak masak apa. Di tambah lagi kalau masuk bulan Ramadhan, lagi lee mengile PV blog. Yang blog macam Sis ni pun turut dapat tempiasnya, padahal bukan banyak mana pun Sis kongsi resepi dan menu memasaknya, tapi tetap ada perubahan PV blog.

Itulah, siapa kata menulis blog ni tak relevan lagi? Kalau surat khabar tu ye le, dah tak semua orang membaca dan membeli surat khabar, kecuali Suami Sis, hahahaha dia memang rajin membeli surat khabar. Tapi ada bagusnya, sebab kat rumah Sis memang selalu gak guna surat khabar. Banyak kegunaannya oii.

Rata-rata orang sekarang pun search google mencari info, nanti perginya ke blog-blog atau portal, so kalau kena dengan keyword dan SEOnya, memang masuk le ke blog korang. Sebab itu kena belajar guna cara dan taktik yang betul bila menulis.

Opss, nak minta tips dengan Sis cara menulis?, maaf, Sis sendiri pun banyak lagi nak kena belajar. Sis bukan pakar SEO. Kalau korang nak tau, boleh search aje di google cara nak naikkan trafik atau cara nak dapatkan SEO terbaik di blog korang. Ramai aje yang share. Yang penting rajinlah membaca dan menulis.


Sikit hari haritu ada kawan tanya dan menegur, 'Rajin betul ko menulis blog ya, sehari sampai 3 kali'..Sis senyum je, sambil menjawab, 'Ikut mood dan bahan cerita, kalau ada cerita dan ada mood, memang 3 kali sehari, kalau takde, memang 1 hari 1 post je', hehehehe.

Kalau ditanya, 'PV naik ke sampai 3 kali sehari update?'. Bukan kata tak naik, tapi perubahan tu ada, yang penting setakat ni PV Sis tu maintain je laa, sehari jejak lebih dari 5k PV. Bagi Sis dah cukup puashati. Kadang tak update pun masih kekal maintain macamtu.

Bila kau rasa blog ko ni 'sesuatu' bagi diri ko, apa je ko buat mesti ko akan fikir sesuatu untuk naikkan blog ko supaya lebih bagus lagi, tapi kalau ko rasa blog ko ni hanya sekadar suka-suka, okay, macamtu je laa blog ko.

Kalau Sis, menulis blog ni satu minat, 12 tahun (2008) yang dulu, Sis menulis blog ni sekadar ingin berkongsi cerita dan aktiviti sendiri, masa tu tak ramai kenal blog Sis. Dan Sis pun tak expose kan blog Sis. Dan blog Sis masa tu, bukan untuk menjana pendapatan, tapi bila semakin hari, tahun silih berganti, kau update dan terus update, berkongsi tanpa jemu, dan sehinggalah tiba masanya bila blog ko mula orang kenal dan pandang boleh 'buat duit', so automatik, sambil ko menulis, ianya boleh bagi ko duit dengan hanya menulis sahaja. Alhamdulilah!

Dari hanya minat, now dengan usaha keras ko, akhirnya blog ko boleh buat duit. Itu satu perkembangan yang terbaik buat diri sendiri kan?. Tapi kena RAJIN. Bukan bila ada JOB je ko menulis dan update, bila dah takde JOB, blog ko pun senyap macam duduk dalam gua. Yaa tu blogger bukan di Malaysia laa, di Wuhan,China laaa...

Jadi semuanya bergantung pada diri sendiri. Kadang memang faham, ada blogger yang bekerja, takde masa nak update. Ada juga ikut line data/wifii memasing. Ada juga yang surirumah tapi sebab ada anak kecil yang nak diuruskan, so memang masa tu sangatlah padat kan, Sis pun faham, sebab pernah alaminya ketika waktu dulu.

Cuma sekarang anak-anak Sis dah besar, Sis pun dah banyak masa free, so itulah sebabnya kembali aktif menulis. Tapi tu laa, kalau blog kita menurun PVnya, kita jangan salahkan benda-benda lain, tapi sebab utamanya kita tak update. Melainkan kalau memang blog ko tu 'Femes', blog masa-masak, atau SEO kaw punya, so tak update pun orang masuk jee hehehe.

Macam Sis ko ni, ada idea ye Sis kongsi, kalau takde, senyap je ler..hehehehe tapi tetap cari jalan nak kekalkan PV setiap hari. Jom kita!!..

Eh ...terpanjang plak ek bebelnya, dari takde idea, terus keluar cite macam-macam plak hahahaha. Kalau korang yang baca posting ni, ada benda nak kecam atau kondem, atau nak bagi pandangan positif, sila, Sis sedia menerimanya dari pandangan pihak korang.

Yaa kita tak sama pemikirannya. Lain orang lain blognya muahahahaha.
Okaylah, stop jap, harini banyak kerja rumah nak buat, maklumlah Hari Isnin kan, nak cuci cadar, tuala, dan kain baju segala. Tapi takpe, sambil-sambil tu kang, Sis jenguk le blog. Korang komen je, Sis baca hehehe.

OkBai.


P/S: Menu harini Bubur Nasi berlauk.. Korang nak masak apa tu ?..
Tags

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Haha dalam tak tahu nak tulis fasal apa panjang pula cerita sis Lin ni... tu pun cerita gak kan cerita dari hati utk di dengar kawan2. Ok la tu.

    ReplyDelete
  2. oi.. xtau nak tulis apa tapi berjela jugak akhirnya. Dasar blogger. Kahkah

    ReplyDelete
  3. cerita lah pasal masak2,, musim orang stay at home ni sis orang tengah cari resepi hii.. :D

    ReplyDelete
  4. Dalam sis kata xde idea nak tulis, punya lah panjang penulisan.. Kalau sy xde idea, sy terus tutup laptop terus tidur.. Haha

    ReplyDelete
  5. Dalam tak tahu tulis haaa tu dia panjang ceritanya. Tak tau la kalau mai mood nak menulis macamana panjang pula. Ye setuju sebenarnya. Kadang2 ketandusan idea juga.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya bila ada blog sendiri bolehlah berbicara dengan hati. Jika tiada cerita pun apa sahaja yang terlintas di fikiran boleh dikongsikan, yang penting ada ke tidak masanya itu sahaja. Tiada siapa boleh komplen, blog kita hak kita... tulis je la apa sahaja.

    ReplyDelete
  7. panjang pulak bebel dia. nampak sangat otak tak pernah berenti pikir. huhu

    ReplyDelete
  8. dalam takde idea nak update apa tu kemain panjang bebenor ek bebelan dia..hahahaha

    itu lah seketul sis lin!

    betulll, resepi makanan penyumbang kepada PV yang tinggi sekali-sekala..kadang2 tak terjangka pun, dan tak ping pun..orang tetap jumpa dari google kannn

    ReplyDelete
  9. Ramai blogger tersangkut menulis. Saya antara yg tersangkut tu. Tapi bila ada idea, memang tak henti2 menulis.

    ReplyDelete
  10. blur-blur pun panjang gak ye kak lin. haha saya selali stuck bila mood malas menulis. macam akak cakap lah padahal ada je info nak tulis. hehe

    ReplyDelete
  11. List draf panjang, maksud ada idea lah tu kan, tapi jari-jari nie cam lamat je nak ketuk keyboard tu.

    ReplyDelete
  12. betul memang beza pv bila update dengan tak update. hahahah

    ReplyDelete
  13. Setuju dgn ko Sis Lin. Setakat buat blog sebab nak job nak duit. OMG! Kalau tak de passion hitu jelah yg dipostnya. Btw, Bella mmg bnyk kongsi resepi aje. hahaha. Tapi ada juga pasal meow. Asalnya saje nak share pasal travel, tapi sikit sangat pegi travelnya. Bab resepi tu mmg ramai yang kongsi, but adakah artikel tu the best di carian kan? so SEO mmg penting walupun sis pun tak tau hapo. Hahaha. Sesama kita berusaha lagi. Btw, sis lin dah terlebih rajin update. Kagum yer.

    ReplyDelete
  14. hahahhaaa, sis ni kalau buat entry je mesti la huda tersenyum baca. "bukan blogger malaysia, kat Wuhan," hahaha.

    Betul, kalau kita share resepi memang menyumbang kepada PV. Time PKP ni, memang orang dok google resepi je.





    ReplyDelete
  15. betul la tu..blog kita ni sendu, tak update mula la menurun PV..kne rajin mneulos dan share. tgk rajin kita juga..huhu

    ReplyDelete
  16. Ini ke dinamakan tak ada idea nak menulis, kalau ada idea kali sehari?? Fuyooo..kagum betul sis dibuatnya. Sis dalam seminggu pun bercinta nak update walau sekali...hehehe. Bab SEO tu masih belajar lagi ni..itu yg penting jugak kan

    ReplyDelete
  17. Sometimes lg best baca post yg lebih personal sis, lebih dekat ❤ Tublah blogging ni. Nak kena ada mood, baru onnn!❤

    ReplyDelete
  18. Betul tu. Bila tiba writer’s block, hadap PC 3 jam pun takleh nak tulis apa. Penat belek album berulang kali pun takde idea. Rasa cam nak buat la resipi Dalgona Coffee hahaha

    ReplyDelete
  19. Kita nak menghadap blog lama-lama pun tak tau nak tulis apa. Ada bahan. Tapi tu laaa.. Bahan masak masak je la.
    Hahaha..
    Karang orang ingat kita keje masak 24jam pulak. 😜😜

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!