10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Sis Lin
20
10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN | Dalam penuh rasa keinsafan kita mengharungi bulan puasa, sedar tak sedar kita dah semakin menghampiri di penghujung Ramadan. Sudah pastinya 10 malam terakhir ini adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua hamba-hamba Allah yang beriman, yang bertekad untuk meningkatkan keimanannya dan mendapatkan pengampunan daripada Allah SW.T. serta ganjarannya.

Nabi Muhammad SAW sendiri pun memperbanyakkan ibadah dan mengajak ahli keluarganya untuk meningkatkan amalan pada 10 Ramadan terakhir. Jadi kita ni sebagai hambanya, sudah tentu ingin juga nak buat amal sebanyak mungkin sehingga berakhirnya ramadhan, betul tak?

Sesungguhnya, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermakna kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar.

Ia adalah malam yang penuh keberkatan seperti firman Allah di dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke 3 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."

Itulah malam Lailatul Qadar dan ia pada bulan Ramadan seperti firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke 185 yang bermaksud: "Bulan Ramadan merupakan bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara yang hak dan yang batil".

Di dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Nasa’I, daripada Abu Hurairoh telah berkata: "Ketika mana telah datang bulan Ramadan, telah bersabda Rasulullah SAW.

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam Lailatul Qadar sebaik 1,000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu," sabda Baginda.


10 Amalam Terakhir Ramadhan 

1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran. Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu".

2. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah. Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri.

3. Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Ini kerana baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.

4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya. Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.

5. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah. Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.


Antara nikmat dan hadiah Allah S.W.T. terhadap umat Islam adalah dianugerahkannya kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya, iaitu malam Lailatul Qadar.

Ia merupakan suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al- Quran) pada malam taqdir (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam taqdir (Lailatul Qadar) itu? Malam taqdir itu (Lailatul Qadar) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

Cara-cara untuk mendapatkannya adalah dengan bersemangat dalam memakmurkan sepuluh malam terakhir dengan beribadah sebanyak yang mungkin.

Sebaik-baiknya, kita hendaklah mengajak seluruh ahli keluarga untuk sama-sama menghidupkan 10 Ramadan terakhir, dan bersama-sama mendapatkan keredhaan dan ganjaran Allah S.W.T. Ini kerana dalam masa beberapa hari sahaja, bulan Ramadan akan berlalu dan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini hanya akan kembali pada tahun depan.

Sedangkan kita tidak tahu adakah kita masih berkesempatan untuk menemui Ramadan pada tahun depan..

InsyaAllah ..


P/S: Tiba-tiba sayu pulak rasa hati ini... Hurmmm...


Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam rasa baru stat puasa
    dah tinggal 10 hari rupanya.

    ReplyDelete
  2. Moga ada lagi rezeki untuk kita kan Sis melalui malam-malam akhir ramadhan tahun ini dan seterusnya.aamiin.

    ReplyDelete
  3. insya'Allah...jom sama-sama kita rebut pahala 10 malam terakhir...

    ReplyDelete
  4. Semoga kita sama - sama dapat merebut pahala di bulan ramadhan .tambah2 lgi 10 malam terakhir ni .

    ReplyDelete
  5. Syahdu sangat bila dah malam 10 akhir ramadan ni.

    ReplyDelete
  6. sekejap rasa dh tiba 10 mlm terakhir kn..sama2 la kita gandakan amalan utk 10 mlm terakhir ramadhan

    ReplyDelete
  7. Ya Malam Lailatul Qadar merupakan satu satunya malam yang ingin dinikmati umat Islam. Beruntunglah sesiapa yang berjaya mendapatkannya. Semoga kita antaranya Aamiin!

    ReplyDelete
  8. sekejapnya rasa Ramadan kali ni.. tiba-tiba dah 10 malam terakhir.. Harap kita semua dapat tingkatkan amalan InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. cepat betul masa berlalu, ramadhan pun dah nak berakhir. moga Allah terima semua amalan kita. aamiin

    ReplyDelete
  10. Marilah kita sama-sama pelbanyakkan amal ibadat pada 10 malam terakhir ini, moga segala amalan kita di terima oleh NYA..aamiin.

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga kita semua diberi kelapangan utk beribadat di 10 terakhir Ramadhan inj

    ReplyDelete
  12. Dah nak masuk 10 malam terakhir, wajiblah tingkatkan lagi segala amalan.
    Banyak muhasabah diri

    ReplyDelete
  13. Sekejap je dh tinggal 10 malam terakhir. Awal-awal sambut Ramadhan hari tu, sedih la jugak sebab tiada solat terawih kerana arahan PKP. Tp sebenarnya, ada kelebihannya. Boleh buat dgn ahli family di rumah , terasa lain auranya.

    ReplyDelete
  14. Kena byk submit doa dia akhir ramadhan ni kan.. moga kita semua mendapat keberkatan

    ReplyDelete
  15. in shaa Allah, sis.
    ia dah bermula, kan :)
    then, thn ni kita tak sibuk dgn persiapan raya.
    boleh la tumpukan perhatian kepada those amalan.

    ReplyDelete
  16. Pejam-celik pejam-celik dah masuk 10 malam terakhir dah... sekejap je masa berlalu kan... saya pun rasa sayu sangat sebab tahun ni langsung tak dapat nak beraktiviti macam biasa dengan keluarga... tapi Zoom kan ada... hehehehe... sekarang ni kami buat Challenge bersama-sama ahli keluarga untuk menghidupkan Ramadhan macam tahun-tahun sebelumnya insyaAllah...

    ReplyDelete
  17. thanks sharing ni, memang looking forward for lailatul qadr

    ReplyDelete
  18. macam tak sangka je dah 10 malam terakhir kan.. rasa macam sekejap je Ramadhan kali ni.. Tapi TB rasa happy sangat kali ni sebulan Ramadhan TB ada bersama mak dan abah.. seronok sangat bersahur dan berbuka dengan keluarga.. Allahukbar.. Tq Allah..

    ReplyDelete
  19. Saya pun sedang mencari Lailatul Qadar tu kak. Perasaan dia lain. Cuaca berbeza dan keadaan sekeliling macam sepi lain macam. Bulan Ramadan yang dirindui akan meninggalkan kita. Moga segala amalan dan kebaikan kita di redhai Allah.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, sama-sama la kita tingkatkan amalan pada 10 malam terakhir ni. Semoga kita berjumpa dengannya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!