AKU DAH MULA SIBUK BUAT PERSIAPAN RAYA | Raya sakan? Oh! tak laaa, tapi itu memang rutin setiap tahun kami, sampai masa nak raya, Sis dan Suami memang akan kemas rumah kaw-kaw punya, dan kekadang yang over excited adalah Suami hehehehe. Dia akan ajak anak-anak dia semua mengemas rumah dari pagi sampai ke malam.
Kalau Sis, kemas apa yang patut jer, tapi kalau Suami kemas, yang tak sepatutnya pun dia akan kemas sampai bersih hehehe. Ada masa membebel gak, tapi kena faham jugalah kan, mengemas time puasa, memasing pun puasa, so bila dah penat, memasing pun mulut membebel. Nak taknak diam jee, kang kalau sama naik, mau Sis ko bukak puasa hahahaha.
Dari hari Jumaat sampai lee Ahad semalam, Yaa Allah letih gile badan, nak jenguk blog pun tak nyempat dah, pepagi lepas sahur dah start mengemas, buang mana yang patut, dan kemas susun semua yang perlu. Suami plak sibuk nak cat rumah, so semua barang kena alihkan. Memang lepak giler!. Kerja Sis cuma nak buat mini taman Sis tu je, Suami dah belikan semua barang termasuk rumput karpet tiruan, dan siap dah belikan rak untuk Sis letak semua kaktus Sis hehehe.
Banyak tau kaktus Sis, ada yang Sis beli, ada yang kawan bagi, cuma Sis tak pernah tunjuk dan orang datang pun memang tak nampak, sebab Sis letak di tingkat atas luar bilik. Situ cahaya okay dan senang Sis nak siram. So lepas ni Sis bawa turun dan susun di luar tepi hall plak. Suami dah cat bagi cantik dah tempatnya hehehe.
Nampak tu, kelibat Suami sedang mengecat dinding luar rumah...semalam pagi sampai tengahari panas sekejap, lepas tu petang jadi mendung, malamnya hujan lebat selebatnya, nasib baik cat dah kering.
Bila sesama mengemas, kerja jadi cepatlah habiskan, dan bila dah siap, puashati tengok hasilnya. Letih tu dah tak ingat dah, janji siap! Tu yang semalam memang tak on laptop langsung, handphone pun sekejap-sekejap aje tengok, tak dan oii, selagi kerja tak siap..
Harini rehat sikit, cuma Sis nak alihkan polok bunga dari pasu kecik ke pasu besar, macam tak cukup tanah je tu, nak kena pi kedai bunga beli lagi. Ingat nak ke ECO ke DIY sekali, beli dulu mana yang patut, esok-esok dah tak payah keluar lagi, sebab dah mula nak memasak raya.
Alhamdulilah, akhirnya pokok jiran sebelah ni di tebang juga. Memang kekadang hangin oii badan, pokoknya tu daun dia kalau musim angin dan kering, habis penuh depan rumah Sis daunnya, sampai longkang nak sumbat dibuatnya. Tapi kami sapu aje laaa, nak buat macam mana, kang tegur gaduh plak kang. So pagi ni dah kena tebang, sebab pokoknya tinggi dah kena kabel jalan.
Kalau rajin harini nak sesiap blender dan rebus lada semua, kemudian simpan frezer, senang untuk masak raya nanti. Walaupun rumah Sis NO Openhouse This Year, tapi masak tetap masak!
Yaaa Sis tahun ni nak masak ketupat sendiri, beli daun dan anyam sendiri. Korang pandai anyam daun ketupat tak? kalau atuk Sis dulu kata, 'Siapa tak pandai anyam ketupat, tak boleh kawin', hahahaha...gigih kami adik beradik atuk ajar menganyam oii, tu yang pandai sampai sekarang.
Adik beradik Sis semua pandai anyam ketupat, termasuk Mak dan arwah Abah juga. Anak-anak Sis pulak yang pandai, Yana aje, yang kakak dan si bujang tak belajar lagi. Nanti Sis nak ajar juga. Suami? Hahahaha tak padai juga, pandai makan jeee...hehehehe
Dah jomlah kita sambung mengemas lagi. Ada free nanti update lagi..kalau tak, memang ni je laa satu post harini, macam semalam, bizi gilerr oi...yang bertanya tu, harap faham ya..
P/S: Semakin hampir Ramadhan akan pergi... :(

Semangat nak berkemas ye sis. Selamat hari raya in advance. ^^
ReplyDeleteslalunya umh mertua panggil org tlg kemas2..sbb dia pn dh tk larat..menantunya kemas dlm bilik je slalunya hehe..tp kalo umh mak..mmg die suka ngemas sdiri tp lps tu sakit2pinggang..dh ckp tkpyh la beriya sgt sbb takut sakit je...mmg suruh org je cuci umh tp dia selesa ngemas sdiri
ReplyDeleteeheee part ngemas mmg kena tunggu dkat2 nak raya baru menjadi sbb rasa teruja tu. kita raya ala kadar je tahun ni kan janji braya jugak.
ReplyDeleteBagusnya cara atuk tu mengajar. Terer dah sis menganyam ketupat. Tahun ni raya sederhana je. Tidak menerima tetamu raya tahun ini.
ReplyDeleteEiza pun dah siap mengemas serba sikit. Rumah tak cat sebab tahun lepas baru je cat. Walaupun tahun ni tak terima tetamu tapi kita sambut Syawal macam biasa juga.
ReplyDeletesemangat kak lin nak beraya ye. kita belum mai lagi mood raya. keseorangan di perantauan. hujung kang kot mai mood raya
ReplyDeletewahhh langsir rayaaaa!!! hahahha...semangat nak raya da sampai...aku pun hari ni da start buat kuih raya...kikiki
ReplyDeleteWah!!!!!! Bagus you dah mula buat persiapan raya. Bagus you bersemangat. Hope you’ll have a good celebration with family.
ReplyDeletelaa, ingatkan tahun ni takde raya
ReplyDeleteKak Sue tengah mengigih juga kemas rumah minggu nie.. habis semua punggah, basuh, lap dan susun balik. Memang tiap tahun macam tu.. sikit lagi nak siap dah. Nanti nak buat sikit lah biskut raya.. janji ada sudah kan..
ReplyDeleteBestnya dah buat persiapan raya. Sedih tak dapat balik raya tahun ni.
ReplyDeleteCantik curtain sis lin. Sal kemas apa yang patut je. Serious tak sempat sangat...maybe koje sampai Jumaat ni. Salam akhir Ramadan sis...
ReplyDeleteWow... ada langsir raya.. liez mmg biasa jenpersiapan kali ni. Dah siap bersihkan rumah sebelum puasa hari tu.. cuma beli baju raya utk anak-anak sbb kesian diaorg duduk rumah je 2 bulan ni.. so bagi happy dpt baju baru
ReplyDeleteTerngiang-ngiang juga ayat kalau tak pandai anyam ketupat tak boleh kahwin tu... hehehehe... dulu saya ni lasak bebeno... time raya memang kena paksa belajar menganyam ketupat... sampai jadi la bentuk ketupat tu... dulu, cakap je nak bentuk apa, insyaAllah boleh buat... laa ni dah tak berapa ingat dah sebab semenjak akhir-akhir ni selalunya beli yang dah siap anyam je...
ReplyDeleteYup kita pun dah kemas sikit2. Walaupun duduk rumah, tetap nak cantikkan rumah. Nak raikan lepas kita berpuasa sebulan. BaruBaru best duduk rumah
ReplyDeleteSy pun suka kalau suami kemas rumah. Dia buang je semua yg tak perlu. Sy jenis nostalgia... Itu nak simpan, ini nak simpan haha
ReplyDeleteRajin sis lin and suami kemas rumah. Mood raya tak mai lagi.Lagipun sehari sebelum raya kena kerja lagi.
ReplyDeleteTak pandai anyam ketupat.Jenuh belaja tak pandai-pandai jgk hahaha
Selamat mengemas ya Sis.Rindu nak mengemas kat kampung.Biasa bila balik kampung bahagian PC lap cermin tingkap dengan pasang langsir..huhuhuhu.
ReplyDeletedana kerja lagi kak, rumah tu nanti kita kemas yang mudah-mudah, makluma dana dan edy kerja lagi
ReplyDeletenak masak tu plan yang simple-simple je nanti...
pokok tu cantik tapi kalau dah tinggi sangat memang terganggu, mesti akak syukur sgt pokok tu kene potong hehehe kan
persiapan raya wajib buat. sebab kena merayakan juga kemenangan kita di aidilfitri ^_^
ReplyDeleteAllahu saya baru perasan minggu ni nak raya. memang bizi jadinya sediakan keperluan
ReplyDeleteI pun dah sebok ni... KONMARIE semua barang dalam rumah ni semak betul hahahaha... dah buat tempat untuk orang datang kat luar rumah ehheheheee
ReplyDeleteKita pun mcm biasa je sis raya still raya, kemas rumah semua.
ReplyDelete