AKU SUKA BUNGA, KORANG SUKA BUNGA JUGA KE?

Sis Lin
10
AKU SUKA BUNGA, KORANG SUKA BUNGA JUGA KE? | Dari kecik rasanya Sis memang suka dengan bunga, tak kiralah bunga apa, pantang nampak Sis mesti nak petik hehehe, sampai kena katuk tangannya dengan arwah Abah dulu.

Biasalah orang perempuan kan, mestilah suka bunga, tapi ada juga perempuan tak suka bunga dan ada plak lelaki suka bunga tau, ada sorang kawan lelaki Sis tu, dia pun suka bunga hehehe. Kalau cakap pasal bunga ke gubahan bunga ke, kami berdua boleh jadi gaduh oii, memasing taknak kalah bab nak pilih mana yang cantik hahaha lawak sungguh!.

Bertambah gembira kalau bila ada hari istimewa, ada orang kirim bunga plak, lagi laaa kembang setaman dalam hati ada taman okay. Kadang tu memang tak menyangka akan ada orang nak bagi bunga, sebab ramai sekarang fikir, bunga ni kalau beli membazir, cepat layu, dah tu mahal plak, tapi mereka tak tau betapa ada isu sentimentalnya di situ. Bila dapat bunga ni ibarat macam...macam....eh entahlah susah nak cakap.

Yang pernah dapat bunga dari yang tersayang je yang faham akan perasaan tu. Tak kisahlah dari kawan ke, dari anak-anak ke atau pun dari Suami. Perasaan tu satu kegembiraan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata..nampak aje bunga terus mood yang merundum tu jadi segar..lagi kalau dapat bunga kat hospital..alaaa sukanya!!..


Suami Sis sepanjang kami berkahwin, boleh laaa kira berapa kali dia bagi bunga, tu pun kadang anak dia yang suruh beli, bukanlah tak romantik, tapi kan Sis cakap, Suami Sis lebih suka bagi Sis cokelat dari bunga hahahaha.

Tapi kalau anak-anak, memang selalu bagi bunga, lagi anak yang sulung tu, memang sukalah bab surprise macam ni bagi bunga. Baru-baru ni pun sempena Hari Ibu, anak-anak laa pakat semua tapi si kakaknya yang arrange untuk surprise delivery bunga ke rumah. Memang terkejut Sis.

Alhamdulilah, sekurangnya ada juga yang faham akan kesukaan Sis hehehe....rasa di hargai gitu. Tapi kalau Emak Sis ko jangan belikannya bunga, ada masa je dia suka, ada masa kalau mood tak elok, ko bagi bunga dia akan kata 'Membazir je, bukan boleh makan', hahahahaha...dah faham sangat dah Emak Sis hahahaha...kami adik badik faham sangat, sebab tu kalau ada hari istimewa, kami belanja Emak makan aje hahahaha..

Korang macam mana? Suka tak bunga?

Ni nak raya ni, Sis dah survey kedai bunga, tahun ni nak letak bunga kekwa ke plak..kalau tahun lepas bunga lily putih, so ini tahun kita tukar.. Harap-harap stok bunga banyak, so banyak pilihan nanti nak pilih.

Okaylah sekian aje bebelan Sis untuk hari ini, saje buang masa kejap sementara menunggu anak bersiap. Sis nak keluar sekejap pi amik baju tempahan raya yang dah siap, tak sangka plak kemain berpasang baju di tempah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tu, sekali alahaiii kita raya di rumah aje laa..

Ingat! NO Open House This Year ...


P/S: Ramai blog dah senyap, memasing dah mula sibuk dengan persiapan raya hehehehe..
Tags

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Kan kan, siapa tak suka bunga tu, apa perasaan dia ek, mesti dia kumbang hahahaha

      Delete
  2. suka kak. rambang mata tengok bunga lawa-lawa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, semalam nengok bunga, meroyan kejap hahahaha kalau boleh semua jenis nak di ciumnyaaaa

      Delete
  3. Bunga melambangkan harapan masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke Wak, puitis sungguh ayat itu hehehe

      Delete
  4. aku pun suka..hihihi, rasa bahagia sangat dapat bunga pada hari istimewa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ko suka ek, nanti aku kirim kat ko yaaa...hehehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!