ATAS TUDUNG ADA NAMA AKU 'SIS LIN'

Sis Lin
26
ATAS TUDUNG ADA NAMA AKU 'SIS LIN' | Thank You Calice yang dah buatkan nama Sis Lin atas tudung yang Sis beli dengannya hehehe. Tak sangka plak dapat cepat sebelum raya, ingat ke tak sempat nak pakai raya.

Yaa tudung bawal ni limited edition 'Signature Series' dari Calice yang boleh korang tulis dan design nama korang atas tudung tu. Rasa Sis dah takde lagi kot yang plain ni. Yang ada sekarang Signature Series bercorak aje.

Mulanya Sis saje je tempah dan sesaja juga pilih warna dan design semua. Then lepas dah pilih semua dan bayar, kemudian Calice hantar email, katanya tunggu sehingga di bagitau, mungkin lambat sebab pengeposan di tangguhkan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, then Sis macam 'okay'..

Seminggu selepas tu Calice email lagi, design dan nama atas tudung dah siap, tunggu nak pos aje, tapi katanya tak tau dapat pos dan sampai cepat ke tak. Sis pun sekali lagi 'okay'.

Then tup-tup selang beberapa hari, pos sampai eh rupanya dah sampai dah Tudung Bawal Signature Series by Calice Sis ni hehehehe..dah boleh pakai raya nanti ..memang saje pilih plain dan pilih color tu, nak matching dengan baju raya hehehe.



Yang bestnya, kata Calice, satu Tudung Bawal Signature Series ni ada satu jer dalam dunia. Very Personalized. Very Signature. Limited edition. Tu katanya laaaa, jangan esok-esok kang Sis ko pakai, eh ada juga orang pakai yang sama nama Sis Lin kakakakakah...Sis Lin mana pulak leee satu lagi tu ekkk...

Kalau korang nak juga customize nama korang atas tudung macam ni, korang tempah sekarang, sebab ada sale tu. Masa Sis beli yang plain ni harganya RM 89, now tengah sale yang bercorak hanya RM 69 aje. Siap dapat FREE gift lagi.

Pilihan corak dan warna pun banyak, Sis macam dah berkena dengan Signature Series - Chocolate Canary dan Signature Series - Emerald Envy tu, heheheh nak tempah lagi laaaa...nanti claim gan Suami hahahahaha...

Alaaa Suami Sis tu okay aje, dia tak kisah, cuma nanti bebel sikit lerr, tahan aje le telinga. Bukan bebel apa, nanti perli Sis, kepala satu, tudung kemain penuh almari hahahaha... wekkk :p

Yang best, sekarang kalau korang order, siap boleh tambah Swarovski lagi..Kainnya pun sedap, jenis material Premium Comfort dan finishing Baby Seam...aishh tak tau lee nak cite pasal jenis kain ni, janji pakai selesa dan telinga tak pekak hahahaha...

Yaa Sis dah cuba pakai dah, selsa gilerr dan yang penting, senang nak bentuk tudung tu. Korang nak beli silalah...hehehehe..

Beli sini Calice .

Tudung dah ada, baju raya tak de lagi ni hahahahaha...tahun ni kata Suami, bior dia beli dan siapkan semua hohoho seremmmm terus Sis ko dengonyaa ..color dan fesyen apa laa ek Suami nak beli tu...Korang? Dah beli baju raya ke?..


P/S: Mood raya Sis belum ON...Suami dan anak-anak duk bercerita pun, Sis dengar tak dengar je..entah...mood belum mariii...

إرسال تعليق

26تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lawanya tudung tu sis!

    Kita pun mood raya baru sipi-sipi je... Masih mood PKP :D

    ردحذف
  2. Assalamualaikum. .. Walaupun plain mcm ni, serius SS rasa tudung ni sangat lawa.. warna dia.. bila ada pulak nama atas tu... nampak elegant je... Waaa.. ok tq kasi link dia. SS nak pi cuci mata jugak ni...

    ردحذف
  3. Amboi-amboi.. glemer.. siap ada nama atas tudung.. nak jeles boleh tak?

    ردحذف
  4. Fuhhhh bergaya di hari raya dlm rumah dgn tudung ada nama sendiri. Anak2 dara yg lain kene ade jugak tu sis

    ردحذف
    الردود
    1. Anak-anak tak minat Nur, siap cakap, jangan pakai tudung ni kalau jalan dengan mereka kakakakakah

      حذف
  5. Material dia pun tengok macam wow cantk. Tertarik juga dengan tulisan atas nama tudung tu lain dari yang lain.

    ردحذف
  6. Nice nyaaa... Cantik, best kalau terletak elok...
    Tlg tanya, ada buat mask untuk mulut tak..nak versi rayaaa..HAHAHA

    ردحذف
    الردود
    1. Sengal ko Non..mask mulut sila pakai yang versi SOP yer...

      حذف
  7. wah cantik ada signature nama SIS LIN kt tudung tu...saya tk bli pn bj raya..sbb thn2 sudah pn pki yg mn ada...tp utk ank la slalu beli..tp thn ni mood raya mcm tk pk sgt...so ankdara pn aritu ada beli bj sbb ada wedding so katanya dia ok pakai bj tu..sbb nk beli online ni kdg2 riso size or material tk menepati..kdg2 tgk gmbr cantik..bila in realiti xcantik

    ردحذف
  8. adaaaa, Sis Lin bengkung tu agaknya kalo dia buat...hahahhaha

    ردحذف
  9. cantiknyaaaa thanks sharing kak lin. harusss pi shopping sana lepas ni. serius cantik lah

    ردحذف
  10. Tema Rawlins tahun nie adalah ulangtayang baju-baju tahun lepas haha. Sama la, Rawlins pun takde mood lagi nak beraya.

    ردحذف
  11. Wahh bestnya ada tudung dengan nama sendiri dah macam keluarkan produk sendiri lak bila pakai orang tanya Tudung beli mana hehehe janama kita sendiri kan Sis best nampak cantik dan kain sejuk jer hehehehe...

    ردحذف
  12. Cantik n yg tak boleh blahh tu ada nama sendiri atas tu..perghh bangga kan nama sendiri terlekat kat tudung..leh tayang gan kenglawan raya ni..hahaha

    ردحذف
  13. Vavavaaa... Kurlasss nya siap buh Nama sendiri kat tudung. Lawa seyh...
    Teruja nak order macam gini jugak

    ردحذف
  14. dari jauh dah tahu dah siapa ni. haha. cantik la tudung tu sis lin . dah nak dekat raya ni, kalau buat tempahan sempat tak sampai agaknya

    ردحذف
  15. Hahahaha.macam.mwnarik ada nama kat tudung.. esklusif gitu..ayu kalau cr tudung mwmang cari yg senang nak bentuk

    ردحذف
  16. Very unique. Nice. Will share it with my friends

    ردحذف
  17. wow. ekslusif sgt ni, sis :)
    berkenan saya. warna pun warna aida suka tu.
    aida & famili pun lom up lagi mood raya.
    ptg ni in shaa Allah sama2 nak cucuk pelita kat laman, sis.
    pasang pelita di mlm Ramadhan ke-16.

    ردحذف
  18. Ini betul2 nampak exclusive sebab ada nama kat tudung sendiri.. Hehe. Bagus juga buat camni kan.. Xdelah tertukar tudung kalau semuanya sama je tema. Haha. Tp nmpk nice gila la calice ni.

    ردحذف
  19. akak, saya pun ada terfikir nak buat dengan CALICE ni. tp sampai ke sudah belum fikir nak bubuh nama apa. cun la nama akak tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ko letak nama ko yang panjang tu Ruby, mesti lawaa, nama pendek tak cantik...

      حذف
  20. Wah wah sis, exclusivenya. kalau dok asrama ni tak hilang ni. orang tak berani curi hahaha. Nak nak ada nama Sis Lin. hahahahahahahahaha

    ردحذف
  21. Amboihh siap ada tudung bertulis nama sendiri tuu.. syoknyaaa.. hehehe.. lawa pulak warna pilihan sis lin..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!