MALAYSIA - PKPB BERSAMBUNG LAGI BERMULA 12 MEI SEHINGGA 9 JUN 2020

Sis Lin
12
MALAYSIA - PKPB BERSAMBUNG LAGI BERMULA 12 MEI SEHINGGA 9 JUN 2020 | Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini dalam Perutusan Khasnya semalam.

Lanjutan itu akan merangkumi tiga perayaan besar rakyat Malaysia – Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 24 Mei, Hari Gawai pada 1 Jun dan Pesta Kaamatan yang lazim disambut sepanjang Mei.

Dalam Perutusan Khas PM semalam ramai yang menunggu keputusan samaada boleh rentas negeri atau tidak sewaktu musim perayaan Aidilfirtri nanti, dan ini kata PM semalam :

"Minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun. Demi keselamatan semua, pergerakan rentas negeri untuk hari raya, tidak dibenarkan. Oleh itu, ia hanya boleh disambut bersama keluarga dan jiran terdekat dalam negeri sama dan perhimpunan tidak boleh melebihi 20 orang dengan mematuhi prosedur kesihatan," katanya.


Ini kerana ...

"Beberapa minggu ke hadapan ini agak kritikal bagi kita. Hasil pelaksanaan PKPB hanya dapat dilihat dalan tempoh beberapa minggu lagi. Jika berlaku peningkatan kes yg ketara dalam tempoh ini, kerajaan akan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan," katanya.

Alhamdulilah satu berita yang Sis setuju 100% bila PM kita umumkan bahawa PKPB disambung lagi sehingga 9 Jun 2020. Masa sebelum umum, Sis dan Suami duk bercerita hal ini. Sampaikan Sis kata, kalaulah tak sambung, Sis taknak balik kampung (KL) walaupun katanya boeh rentas negeri, sebab masih tak jamin lagi bahawa wabak virus ni semakin pulih.

Selagi kita sendiri keluar masuk rumah, dan selagi masih ada kes baharu setiap hari, selagi itu laaa tak di jamin bahawa wabak virus Covid19 tu takde dah. Jangan amik remeh bab ini, nanti tak memasal kita jadi pembawa wabak ini kepada ahli keluarga dan semua yang kontak dekat dengan kita, ishh minta jauhkan.

So yang penting #KitaJagaKita.

Antara mesej penting yang PM sampaikan semalam dalam PKPB : 

  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat #PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun 2020.
  • Balik kampung rentas negeri sempena Hari Raya TIDAK DIBENARKAN.
  • Ziarah raya jiran-jiran terdekat atau ke rumah keluarga berhari raya dalam satu Negeri DIBENARKAN dengan syarat hanya 20 orang sahaja dalam satu rumah.
  • Pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri. Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat
  • SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi

"Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu  bapa dan sanak saudara". - PM


Korang masih ingat kes ni? Maka amiklah tauladan dari kes dan kisah wabak Covid19 ni ya..

Update statistik Covid19 sehingga semalam :

Terkini #covid19malaysia 11 Mei

Kes sembuh= 88
Jumlah sembuh= 5,113
Kes positif= 70
Jumlah positif= 6,726
Kes kematian= 1
Jumlah kematian=109
Sebanyak 20 kes dirawat di ICU dan 7 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.

Masih belum boleh kata bebas lagi ya, berhati-hati..kalau keluar rumah, amalkan penjagaan diri yang betul. Kalau makan di luar, pastikan kedai itu jalankan SOP yang di arahkan.


P/S: Dendang Perantau lagu raya yang sesuai untuk tahun ni, jangan pandai-pandai nak mainkan lagu Balik Kampung ye, hehehehe..

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Syawal yang mencabar jiwa sebenarnya.Tapi mengapa tidak,kita sedang sama-sama bersabar dan redha sebagai satu usaha jangka masa panjang untuk kebaikkan bersama.Rentas daerah dalam negeri yang sama pun sebenarnya peribadi bagi PC tetap ada risikonya.Satu negeri ada banyak daerah.Apa pun terpulang pada pertimbangan masing-masing.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa PC, ini kali Allah uji tahap kesabaran dan kerinduan pada keluarga yang jauh..kalau dulu tidak ada PKP, memasing jarang balik, bila dah begini, baru mereka semau rasa apa itu rindu...

      حذف
  2. tambahan kes harian pun masih tinggi lagi

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Wak, selagi hari-hari ada kes, jangan laaa kita berasa lega...

      حذف
  3. itulah sis lin, leya ni masih dok fikir lagi baik buruknya ni. rasanya macam beraya di rumah sendiri. rumah mak pun xbalik, mentua pun tak balik. adil walaupun rentas daerah je

    ردحذف
    الردود
    1. Sis pun sama, dah le Mak Sis tu ada cancer, nak keluar masuk uma Mak pun jadi bimbang...

      حذف
  4. Kalau itu yang lebih baik, kita turutkan jelah..Lagi pun bagus jugak sebab risau kalau keluar sesuka hati tu, memang seriau je

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, untuk keselamatan semua, bukan pentingkan diri sendiri aje..raya tahun pun boleh raya ...

      حذف
  5. risau menantikan perkembangan terkini selepas PKPB ni. harap harap takde kluster baru dan pertambahan kes. Takpelah dilanjutkan lagi demi keselamatan. bertabahlah raya di rumah masing-masing tak boleh balik kg.

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat merisaukan..pergi soping mall semua penuh dengan manusia, siap bawa anak lagi keluar...tak tau nak kata apa...moga rakyat ni peka dengan keadaan sekarang...

      حذف
  6. Air Mata Syawal lagi sesuai tau..nak jugak pertahankan lagu kegemaran untuk raya tahun ni..hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Tu sedih beno laaa oii...Sis ko yang boleh balik kampung tu pun, dengar lagu raya pun sedaih...huhuhu

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!