MENU DI PAGI RAYA YANG JADI PILIHAN AKU SEKELUARGA | Assalamualaikum korang! Apa khabar? Masih dalam mood raya ke tu? Harini diam tak diam, kita dah pun masuk 4 Syawal, ikutkan yaa memang masih dalam mood berhari raya lagi, tapi di sebabkan kita patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita hanya boleh beraya pada hari raya pertama sahaja, makanya, masuk hari kedua, takde laa lagi hari rayanya. Duduk rumah makan tidur hehehe.
Alhamdulilah. Sekali lagi sihat dan Sis dapat peluang memasak untuk keluarga tersayang. Bila lihat anak-anak dan Suami makan bertambah-tambah, kita yang belum makan duk tengok pun dah happy sangat kan..
Sis dah hampir 26 tahun berkahwin, dan setiap tahun juga akan beraya dan memasak di rumah sendiri dulu baru ke rumah Emak. Belum ada lagi Sis sekeluarga bermalam dan berkampung di rumah Emak beraya dan masak di sana. Sebab Suami lebih suka masak, dan meriahkan rumah sendiri dulu, makan bersama dan kemudian baru keluar berhari raya..negitulah Sis setiap tahun.
Emak Sis dekat aje di Kampung Melayu, kalau family Suami semua di Sabak Bernam dan juga Klang. So kalau balik beraya, dah banyak raya baru kami semua balik. Tahun ni rasanya tak baliklaaa..
Ada juga le dulu masa anak-anak Sis kecik, kami balik kampung beraya di Sabak Bernam ketika arwah MIL masih ada, now dah takde orangnya, tinggal kakak-kakakanya Suami, so memang tiap tahun akan beraya rumah sendiri dulu aje laa..
Resmi family Sis, tiap pagi, dah siap semua pakai cecantik, then berkumpul dulu, bersalam-salaman, kemudian baru makan berjemaah, dan lepas tu baru ke mesjid solat raya. Ini memang dari dulu sampai sekarang Sis amalkan. Arwah Abah Sis ajar kami semua begitu. Tak boleh ke mesjid dengan perut kosong.
Korang macam mana pula?..
Okaylah, stop sini dulu ya..nanti sambung lagi cite raya kita..
Nanti free Sis blog walking ya... OkBai..
P/S: Tahun dapat lihat Suami paling excited berhari raya!.. Terima kasih Suamiku, moga dimurahkan rezekinya dan sihat selalu!...aamiinn..
Tapi pun masih ada juga yang berdegil ek, yee tau nak raya bersama keluarga, tapi sabarlah dulu, ikut arahan yang di perintahkan...ni takkk... ehh dia sibuk beraya sana sini, sampai berkumpul lebih dari 20 orang dalam satu masa. Polis datang pun kemain menjawab ek, ermmm sukahati ko lerr, janji ko jangan datang beraya rumah Sis hahahaha..rumah Sis tahun ni NO OPEN HOUSE!.
Berbalik cite raya Sis sekeluarga tahun ni, memang sangat-sangat berbeza. Seminggu sebelum raya, kami memang sibuk mengemas rumah, boleh di katakan tahun ni rumah yang raya over hahaha. Suami pun sampai ke pagi semalam masih lagi sibuk mengemas dan menyental lantai luar yang dah kali ke berapa dia sental entah, hehehehe. Ye laa sebab tak kemana-mana so memang mengerjakan rumah aje kejenya. Ada je yang nak di buatnya.
Dan pagi raya tahun ni pun Sis relax-relax aje, tak kelam kabut nak bersiap ke rumah Emak, biasa malam raya Sis dah siap masak, then pepagi rfaya esoknya dah keluar awal sebab Suami dan anak bujang akan bersolat hari raya depan rumah Emak, tapi tahun ni, semua di rumah sendiri aje, alhamdulilah.
Dah selesai solat raya dan takbir berjemaah, baru Sis turun dapur masak menu raya, yaa tahun ni pagi raya baru Sis masak okay!. Tak susah mana pun, bahan semua dah siap, so cuma tinggal tumis dan masak aje. Ketupat dan Palas pun dah siap sedia, tinggal masak lauknya aje.
Menu apa yang Sis masak pagi raya? Menu seperti biasa, cuma tahun ni takde Rendang Daging heheheh... Jom kita tengok..
Ketupat Anyam sendiri okay hehehe.. Daun banyak tak molek, siap anyam hanya dapat dalam 38 biji aje, jadi laa dari nan ado kan.. Ketupat ni wajib ada!.. |
Ketupat Palas. Palas ni Sis order dalam perjiranan Sis. Sekilo RM28 dapat laa dalam 24 biji. Sedap, yang ni di panggil Palas Lemak. Boleh order lagi lepas ni.. |
Ayam Masak Merah air tangan anak Sis,Yana. Tiap tahun mesti dia nak masak merah ni. Sebab Ayahnya masak ayam kampung, anak-anak Sis tak makan ayam kampung kecuali si bujang hehehe. |
Ni dia Ayam Kampung Masak Semur (kicap) style Jawa. Peberet Suami all time. Masak hari-hari pun tak apa katanya. Dia aje makan bertambah-tambah..suka nengoknya.. |
Sayur Lemak Lodeh. Menu wajib ada juga kalau di Johor. Sis kali ni masak pekat-pekat, sedap woo makan dengan kuah kacang, yummy! |
Sambal Goreng Paru & Tempe. Masak bahan mana yang ada sebab tak terfikir nak masak Sambal Goreng ni, so masak je la apa yang ado hehehe. Pun sedap licin hehehehe |
Sambal Kacang Meletop hahaha. Biasanya tiap tahun makan sambal kacang Emak, tapi tahun ni Emak plak merasa masakan anaknya hehehe. Lulus tak Emak? Heheheh.. |
Alhamdulilah. Sekali lagi sihat dan Sis dapat peluang memasak untuk keluarga tersayang. Bila lihat anak-anak dan Suami makan bertambah-tambah, kita yang belum makan duk tengok pun dah happy sangat kan..
Sis dah hampir 26 tahun berkahwin, dan setiap tahun juga akan beraya dan memasak di rumah sendiri dulu baru ke rumah Emak. Belum ada lagi Sis sekeluarga bermalam dan berkampung di rumah Emak beraya dan masak di sana. Sebab Suami lebih suka masak, dan meriahkan rumah sendiri dulu, makan bersama dan kemudian baru keluar berhari raya..negitulah Sis setiap tahun.
Emak Sis dekat aje di Kampung Melayu, kalau family Suami semua di Sabak Bernam dan juga Klang. So kalau balik beraya, dah banyak raya baru kami semua balik. Tahun ni rasanya tak baliklaaa..
Ada juga le dulu masa anak-anak Sis kecik, kami balik kampung beraya di Sabak Bernam ketika arwah MIL masih ada, now dah takde orangnya, tinggal kakak-kakakanya Suami, so memang tiap tahun akan beraya rumah sendiri dulu aje laa..
Resmi family Sis, tiap pagi, dah siap semua pakai cecantik, then berkumpul dulu, bersalam-salaman, kemudian baru makan berjemaah, dan lepas tu baru ke mesjid solat raya. Ini memang dari dulu sampai sekarang Sis amalkan. Arwah Abah Sis ajar kami semua begitu. Tak boleh ke mesjid dengan perut kosong.
Korang macam mana pula?..
Okaylah, stop sini dulu ya..nanti sambung lagi cite raya kita..
Nanti free Sis blog walking ya... OkBai..
P/S: Tahun dapat lihat Suami paling excited berhari raya!.. Terima kasih Suamiku, moga dimurahkan rezekinya dan sihat selalu!...aamiinn..
meriahnya menu. saya di pagi raya dapat makan ketupat palas dengan gulai daging dah happy. menu lain kena tunggu turn dulu, tak boleh nak sumbat banyak2..hahaha
ReplyDeletePuas rasanya bila dapat masakkan keluargakan Sis.Walau ada rasa letih tapi letih yang membahagiakan.Alhamdulillah.Keluarga PC terbalik pulak..balik solat sunat aidilfitri baru nak makan..sebelum pergi solat tu makan yang ringan je dulu..tapi yang dimestikan awal pagi bermaafan terlebih dahulu.
ReplyDeleteBagus tengok aturan Sislin pada Hari Raya.... sempat berkumpul salam salaman dulu sblm ke masjid... begitulah sebenarnya.
ReplyDeleteIkut je aturan kita di pagi raya kan?. Dah memasak beraya kat rumah sendiri baru la keluar beraya pula. Tahun ni sis ada nasi impit je takde ketupat.
ReplyDeleteRajinnya sis anyam ketupat. Kita tak reti anyam penah belajar sekali, fail, terus malas belajar dah. Hahaha.
ReplyDeleteMeriahnya menu sis lin. Menggoda betul. Eid Mubarak dan salam perkenalan dari Fara Sofea Dot Com..
ReplyDeleteResmi orang bujang, tahun nie makan apa adanya di rumah. Keliling Bangi cari lemang, takde pula dijual. Dekat tengah hari tu ada kengkawan singgah antar ketupat and rendang maka bahagia la diri hehehe
ReplyDeletebestnya kaklin pandai anyam ketupat! Dulu masa sekolah pernah jugak belajar tapi entah bentuk apa hasilnya haha selamat hari raya kaklin!
ReplyDeleteWah! Rajis sis buat ketupat Dan masak masakan yg sedap2 Ini. Happy Eid Mubarak. Hope you had a good celebration with family and loved ones.
ReplyDeleteMeriahnya menu di pagi raya. Rajinnyaaa menganyam ketupat lawa macam tu. Kena try menganyam lagi lepas ni macam ni. Bolehlah share cara-cara nak menganyam lepas ni
ReplyDeleteMeriah menu pagi raya akak. Saya sebab raya tajun ni dalam PKPB so mood raya tak berapa nak ada sebab tahun ni turn beraya di PD. Tapi saya 4 beradik saja yang ada itupun sorang kena kerja. Lagi 3 orang beraya kat tempat masing masing. 2 kat KL sorang kat sempadan. Makan pun nak tak nak je. Tapi ketupat palas tu memang favourite saya.
ReplyDeletesalam aidilfitri. kami ada nasi dagang, set satay dan rendang / ketupat palas hari tu
ReplyDeleteSalam Aidilfitri sis lin..
ReplyDeleteAlahai..
Tergoda la tengok menu tu semua.
Hihihi..
Kita kalau ketupat palas laju. Ketupat nasi tak makan.
Tapi lauk lauk tu semua alahai .
Buat naik selera betul la..
Sedapnya sis. teringin sangat nak cuba masakan sis lin ni. bila la dapat p jalan2 umah sis ya.
ReplyDeleteSedapnyanya byk gak jyadah Hari Raya. Kak biasanya masak nasi beriani n rendang ayam kpg, kari dagibg sbb thn ni xblk kpg, mlm anak2 buat BBQ kat rumah.
ReplyDeleteWahhh. Byknya menu raya dia. Rajin pulak buat ketupat tu. Walaupun pkp Raya tetap meriah kan walaupun hanya beraya sendiri2 je tanpa saudara-mara.
ReplyDeleteNanti anak-anak saya dah besar. Mesti saya masak macam ni kan kak. Best betul tengok memacam jenis lauk. Siap ketupat rebus sendiri. Terbaiklahhh kak.
ReplyDeleteAummmm semua yang sis lin masak tu memang onz!!! dah lama tak makan ketupat palas, raya makan nasi himpit with rendang ayam jer.
ReplyDelete