RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE YANG SEDAP!

Sis Lin
22
RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE YANG SEDAP! | Yaaa Sis memang kata mudah, sebab senang betul nengok anak-anak buat, dan sedap tu sebab sedap sungguh! Sebelum ni makan beli yang kat kedai tu, rasa muak sangat, tapi yang anak buat ni tak rasa muak pun, Sis boleh makan sampai sepotong besar habis licin. Siyes sedap!

Burnt Cheesecake ni anak Sis, si Yana dan kakaknya yang buat malam Hari Ibu kelmarin, katanya nak buat untuk kek Hari Ibu Emaknya, hahahaha. Gigih dua badik ni beli barang dan malam tu juga selepas waktu berbuka mereka berdua buat. Tapi Sis tak sempat nak amik gambar bahan, dek sebab selesai aje terawih, turun bawah, nampak anak dah godak masuk mixer.

Tapi resepinya kata anak, sama je memana resepi yang ada di google. Resepi ni pun anak Sis copy dalam group wahtsapp, Sis copykan balik ke dalam blog. Dari mana resepinya pun tak tau.

Kalau korang yang tak pernah buat atau pertama kali nak try, boleh try, mudah aje dan rasanya sangat sedap! Percayalah..


Ada resepi yang guna 1 kilo creamcheese, so kejadian keknya mesti tinggi dan dapatlah banyak. Tapi  yang anak Sis buat ni hanya guna setengah kilo aje creamcheese ya. Sebab kejadian cheesecake anak ni jadi rendah le sebab loyang pun saiz besar.

Kalau loyang yang lebih kecik, mungkin kek tu agak tinggi juga kejadiannya. Takpe next time je la buat bebanyak boleh bagi jiran rasa.

RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan :

  • 250 gram Creamcheese (Tantura sana sini habis)
  • 65 gram gula castor
  • 125 gram whipping cream 
  • 2 biji telur gred A
  • 7 gram tepung gandum
  • Sedikit esen vanilla


Lagi satu kalau korang perhati, anak Sis ni guna kertas minyak sampul hadiah tu haaa hahahahaha...sebabnya anak-anak dah beli dah baking paper tu, entah mana pergi agaknya, kata si adiknya takut tertinggal dalam kedai tu tak bawa balik.

So nak taknak yang ada di rumah hanya kertas minyak ini, so guna ajelah. Sis gunting, kukuskan sekejap bagi lembut, then baru anak guna. Janji ado..kann...

Cara-cara :

  • Pukul cheese bersama gula hingga berkrim (guna kixer jer)
  • Masukkan telur satu persatu beserta esen vanilla. Mixer sampai sebati
  • Masukkan tepung & gaul sebati.
  • Lapikkan loyang bulat dengan 'baking paper'. Lebihkan bahagian atas loyang dalam 3 inci, supaya senang nak dikeluarkan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang
  • Bakar dengan api atas bawah suhu 200 darjah selama 50 minit. 
  • Untuk lebihkan hangit di bahagian atas, bakar api atas sahaja selama 5 minit.
  • Sejukkan dulu dalam oven sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Nak sedap, bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. 


Yerr masa masuk dalam group kek baru keluar oven tu, ada juga laa kawan yang komen pasal kertas minyak tu. Macam-macam le dia cakap, bunyi macam nasihat, tapi cara menulis macam duk gelakkan jerr ...alaa Sis tak kisah...

Tunjuk kat Emak, kata Emak, orang dulu-dulu punbakar kuih semua pakai kertas minyak ni, takda hal punya hahaha..Kita buat dia, bukan dia buat kita, ye dakkk..janji kejadiannya menjadi dan rasanya sedap! sangat sedap nak mateyyyy kata ayat dak wechat hahahaha..

Syabas laaa buat anak-anak yang pertama kali mencuba buat Burnt Cheesecake ni dan kejadiannya menjadi. Seriau gak kalau tak jadi, modal kasar gak oi nak beli barang buat cheesecake ni, sebab itulah jual kat kedai tu mahai...you knoww hahahaha...

Okaylah...korang kalau nak cuba, silakan...

Selamat mencuba!..


P/S: Sahur tadi pun Ayahnya bedal gak cheesecake ni kongsi gan si bujang, jarang-jarang sekali Ayahnya nak makan kek heheheh..

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. allahuuuu.. dah lama tak makan burnt cheesecake ni.. pose2 ni boleh terasa macam mana rasa burnt cheese cake ni dalam mulut.. sedapnyaaa.. nak kena buat jugak nihh

    ردحذف
  2. burnt cheese cake ni mmg tgh femes skarang..ramai dh mencuba...aritu ingt nk try juga tp stock cream cheese musim PKP ni manjang sold out je...tp walaupun tk buat sdiri..dh dpt sebiji time birthday aritu

    ردحذف
  3. kita dah beli bahan utk buat kek ni dari awal PKP tp sampai skrg x buat2 lagi sis.. haha

    ردحذف
  4. sedap nampaknya, menjadik burn cheese cake ni, saya ni kisahnya bahan semua ada, order mixer kat tesco, habis stok pulak. hmm memandang je ke cream cheese dalam peti tu

    ردحذف
  5. sgt la betul sis. dulu mak saya buat pakai kertas minyak jer.
    takde masalah.
    bcc ni sgt mudah, kan. aida dah buat sekali, terus jatuh cinta.
    tak renyah nak buat nyer. then bakar sampai hangus! ha ha ha ha...

    ردحذف
  6. tertunai jugak hasrat ko nak makan kek ni kan...air tangan anak2 lagi tu ha...so special..alhamdulillah...tu lah aku cakap, asalkan sihat aje lepas makan tu, kira ok la guna tu..hahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn akhirnya dapat juga aku makan dengan puasnyaaa...tak sangka menjadi keknyaaa ...

      حذف
  7. orang dah beli bahan2 nak buat tapi seru belum sampai ni kahkahkah..adeh kecur..

    ردحذف
  8. sedapnyaaaa... ramai orang buat kek ni, area saya ni susah nak cari whipping cream tu. sold out haha

    ردحذف
  9. Yummy...... sedap nyer nampak burnt cheese cake Ini. Sesuai utk Iftar. Thank you for sharing your recipe dear.

    ردحذف
  10. Sedanyaa. Kek burn cheesecake ni memng feveret ye. Nak buatbuat tak terbuat2. Kertas minyak tu mak pun dulu pakai buat kuih. Takde hal la. Hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa samalah Mak Sis, tu yang alaa guna je laa apa yang ada, janji keknya jadi hehehehe

      حذف
  11. Betul tu. Saya pun pakai kertas brown ni untuj kukus sbb lebih bagus tak perlu kertas lain cuma dibasahkan dan perah dulu supaya lembut.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, kalau tak dia macam keras sikit, so kena lembutkan je sikit..

      حذف
  12. BCC... one of my favourita de amour Sis Lin... nampak cantik sungguh kejadiannya tu... baru minggu lepas saya hantar surprise delivery BCC untuk husband dan anak-anak... maklumlah, sekarang ni stranded kat Johor tak dapek balik KL... macam-macam manapun, cayalah anak-anak Sis Lin, berjaya buat BCC untuk emaknya... hehehehe...

    ردحذف
  13. Thank you for the recipe. Saya pun plan nak buat kek ini tapi belum dapat whipped cream, asyik tak ada stok.

    ردحذف
  14. Sedapnya. Dah lama nak buat tapi setiap kali husband beli barang mesti cream cheese takde. orang dah borong awal-awal agaknya.

    ردحذف
  15. Sedapnya sis boleh try ni nyums!

    ردحذف
  16. Pandai anak-anaknya membuat kek cheese terbakor ni.. Yang penting rupa dia memang dah ada gaya macam kat kedai.. Happy time bersama family sislin. Terus share menu2 makanan yang sedap2 tau.. saya tengok je pun dah puas hati..

    ردحذف
  17. nampak pun sedap...kek ni memang mudah jer nak sediakan tapi kos bahan agak mahal sedikit

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!