SALAM NUZUL AL-QURAN 1441H/2020 - 17 RAMADHAN

Sis Lin
10
SALAM NUZUL AL-QURAN 1441H/2020 - 17 RAMADHAN | Tanggal 17 Ramadhan pada tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW, telah turun wahyu pertama yang menjadi bukti kerasulan Baginda.

Al-Quran Al-Adzhim bukan sahaja diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat terbesar Baginda, bahkan mengandungi panduan hidup yang merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain untuk kegunaan umat manusia di sepanjang zaman.

Justeru sebagai umat Islam, amatlah penting untuk kita menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam mengharungi kehidupan kita.

Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul Quran.

Pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara bagi mengenang kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, tahun ini semuanya berbeza, dengan keadaan negara 'dibadai' COVID-19, pastinya perhimpunan ramai untuk menganjurkan kelaziman itu tidak boleh dilakukan hari ini.

Ia berikutan negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik maut itu daripada terus menular. Namun, situasi itu bukan alasan untuk umat Islam negara ini tidak meraikan sambutan itu, sebaliknya ia diraikan dengan normal baharu, iaitu tadarus al-Quran dilakukan secara sendiri, dalam talian atau bersama keluarga di rumah masing-masing, sekali gus menghayati kemuliaan Ramadan.


Ya ALLAH sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran."

Ya Allah… Ya Rahman Ya Rahim..Ya Muhammad…
Aku memohon kepada-Mu, Muliakanlah kami.
Bahagiakan Keluarga kami.
Kuatkan iman kami.
Berkahi rezeki kami.
Beri kenikmatan dalam beribadah.
Hiasilah hati kami dengan kesabaran dan kasih sayang,

Yaa Allah ya Rabbil Izzati..
Jadikan kami termasuk orang yang Engkau RAHMATI dalam 10 hari pertama Ramadhan.
Yang Engkau AMPUNI dosa2nya dalam 10 hari yang kemudian.
Yang Engkau BEBASKAN dari api Neraka dalam 10 hari terakhir.
Dan Engkau beri kesempatan kami untuk bermunajat kepada-Mu di malam Lailatul Qhadar.

Kabulkanlah do’a-do’a kami, peliharalah kesihatan kami dan berilah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Al quran..
Aamiin... yaa Rabbal Aamiin


P/S: Semoga kita semua layak mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Amin.

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. salam Nuzul al-Quran sis...mari mengimarahkan rumah dengan bacaan al-Quran...

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah...insyaAllah, jom sama-sama kita...

      حذف
  2. Salam Nuzul Al Quran Sis.Tiada lain yang mesti kita jaga selain Al Quran sebagai pegangan hidup.

    ردحذف
  3. Aminn Ya Rabb.
    Salam Nuzul AlQuran

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah...moga memberi manfaat kepada kita..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!