SEDAP GILER MERATAH DAGING SALAI CECAH SOS THAI!

Sis Lin
22
SEDAP GILER MERATAH DAGING SALAI CECAH SOS THAI! | Pestime Sis makan Daging Salai Bakar macam ni then cecah dengan sos Thai. Selalunya Sis buat masak lemak cili api dengan belimbing buluh je, tapi ni makan macamtu aje, rupenya sedap giler mencecah ek, ni semua gara-gara penangan anak Sis, Yana le yang nak buat menu ni.

Sis beli 2 bungkus daging salai ni dengan kawan Sis, Suzlin, sepekat tu RM 15 sahaja. Dagingnya dah siap salai sesiap, korang hanya bukak, keluarkan then masak aje, tapi kalau nak buat macam menu Sis ni, korang kena bakarkan atau salai sekejap atas api untuk memanaskan balik dagingnya. Kalau tak panaskan balik pun rasanya okay kot, di jamin bersih dan sedap.

Senang laaa ada siap macam ni, mudah nak masak, kalau setakat nak makan untuk sekali hidang waktu berbuka tu, dah elok sangat lee, sebab sepaket tu memang laa tak banyak, so kalau masak sekali makan je laa dah cukup.

Yang suka makan daging macam ni, Sis dan Yana aje, yang lain tak suka sangat. Kalau si Kakaknya lagi lee, memang tak makan daging. Sebab tu beli siap macam ni, mudah kerja Sis hehehe.


Cumanya potongan daging dia tu agak kecil dan tebal, biasanya kalau Sis buat daging salai, Sis akan potong dagingnya nipis dan keping besar, barulah sedap hehehe...tapi sungguhpun besar tebal macamtu, dagingnya lembut, sekali ko gigit, lembut tersiat isinya..

Kuantitinya pun banyak, cukuplah kalau makan 3/4 orang. kalau jenis pemakan, ko kenalah masak 2 paket ya. Macam Sis ni, sepinggan tu hanya 1 paket aje, pun tak habis makan masa berbuka, tu yang buat ratah nengok tv lepas terawih hahahaha.

Tak payah nak minta resepi, resepi senang aje oii..beli Daging Salai Makngah ni, ko salaikan atau panaskan kejap dalam kuali ke, then ko hidang. Sos tu beli je laa sos thai dah siap tu, nak sedap, ko tambahkan cili padi dan sos plum, lagi pedas masam, lagi sedap!.


Yang suka tu Daging Salai, boleh laaa cuba Daging Salai Makngah ni, puashati lee juga belinya. nak buat sendiri tak rajin kan, so beli je laaa dah siap, mudah keje korang. Tak payah ko nak berasap-asap kat dapo tu haaa hehehehe.

Korang boleh beli dengan Mak Suzlin di facebook dia ni, atau ko wahtsapp je dia +019 770 1057 .
Kalau dia lambat reply, ko PM dia facebook dia. Maklum lee dia tu bizi melayan 4 orang anak dia. Nampak je dia tu kecil cili padi, tapi sado tu hahahaha..

Nak cepat jawab, ko wahtsapp, tulis , 'Mak Lin sweet 17teen' hahahahaha...kompom dia jawab lajuuu...kuang kuang kuang...mampos kena terkam Sis ko kang...

Okay dah, jom laaa kita gantung langsir baru kakakakakah! Sakan ek raya wekkk 😝


P/S: Dalam hati ada taman, bila apa yang ko idam, dapat dengan cepat..makaseh 'awak' ..

Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aroma di salai tu..perhhh..terus terbayang daging salai masak lemak cili padi..omakaiii.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya daging salai..tu lah sis..biasa tengok nipis2 lebar2..
    tp kalau tebal lembut xde hal nya..asal sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...kalau nak potong hiris lagi pun boleh Yaya..

      Delete
  3. suatu hari nanti saya akan mencuba juga..

    terima kasih Mak Lin sweet 17 teen la sgt hahaha kerana sudi share

    ReplyDelete
    Replies
    1. CUbalah Tuan, sekali cuba pasti nak lagi hehehe

      Delete
  4. Betul sis.... daging salai ni mmg sedap dimakan, lagi lagi kalau masih panas.
    Dan untuk berbuka puasa, mmg akan buka selera nak mkn

    ReplyDelete
  5. mmg sodap tu daging salai cicah sos ....slalu mkn daging salai yg masak lemak tu

    ReplyDelete
  6. sedap kan kan kan...tu ler, aku cakap kat nada boleh potong lagi daging dia ni sebab tebal2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa, nantis ebungkus lagi aku nak masak lomak plak...

      Delete
  7. memang nampak sedap
    tapi tak gilerlah

    ReplyDelete
  8. Sis memang suka dagng salai, tapi tak pernah buat cicah gan air asam, masak lemak cili api..perghh sedap. Bolehlah cuba cara ni nanti

    ReplyDelete
  9. betul2. daging salai kalau potong nipis baru sedap makan :)

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap je daging salai itu. Tambah cicah dengan sos Thai itu.
    Lagilah sedap dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  11. Alamak memalam singgah sini ada hidangan daging salai cicah sos bikin terliur sahaja.. sedap tu Sis Lin

    ReplyDelete
  12. adohaiiii.. dah kenapa tunjuk kesedapan daging ni kat sini.. dah terliur.. camne ni.. haha

    ReplyDelete
  13. Uiii mudahnye sekarang. Nak makan daging salai senang dah tak payah masak.

    ReplyDelete
  14. Nampak menggiurkan sungguh daging salai tu... dah la zassss mudah je nak disiapkan... memang mudah lagi memudahkan gitu... seronok kan Sis Lin bila anak dah besar dan siap boleh discuss idea menu baru...

    ReplyDelete
  15. This is good for Hari Raya Aidilfitri especially for whole family. It look so convenient to have a scrumptious meal with this

    ReplyDelete
  16. kat rumah ada sebungkus lagi..nanti nak cecah dengan sos jelah

    ReplyDelete
  17. Memang favourite Yaya daging salai ni tapi paling favourite buat masak lemak cili api hihi aduh kecur pula tengok gambar sis lin ni tau

    ReplyDelete
  18. Saje je sis buat kita terliur kan. daging salai tu satu hal. sos thai tu makin buat kita tak tahan tau.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!