SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020

Sis Lin
18
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020 | 'Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar, Laa ilaaha illallahu wallahu akbar , Allaahu akbar walillaahil hamd’'...takbir bergema memandakan kita sudah pun memasuki bulan Syawal yakni bulan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa.

Ramadhan pun sudah pergi meninggalkan kita, insyaAllah ada umur, kita bertemu lagi dengannya, jika tidak, moga segala amalan kita yang telah sudah, Allah rahmati dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Aaamiinn...insyaAllah ..

Hari ini umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri atau dikenali sebagai hari raya puasa (1 Syawal) dengan penuh kemeriahan. Terdapat pelbagai amalan yang digalakkkan untuk dilaksanakan sebagai bukti tanda kesyukuran kita  kepada Allah sepanjang perayaan tersebut.

Antara amalan yang dikhususkan adalah Takbir Raya. Takbir itu sendiri bermaksud mengagungkan dan membesarkan Allah dengan lafaz zikir tertentu. Amalan takbir raya ini dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran terhadap keizinan Allah memberi peluang kepada kita untuk beribadah sepanjang bulan-bulan mulia tersebut. Ianya antara syiar yang disunatkan bagi kita untuk melaksanakannya yang kaifiatnya diperoleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwariskan pada generasi ulama berikutnya.

Cuma tahun ini 2020 kita sambut dalam serba 'Normal Baharu', kerana negara kita Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dan semua mesjid dan surau masih lagi tidak boleh di buka untuk orang ramai solat hari raya termasuk juga ziarah hari raya.

Kita hanya boleh berhari raya pada hari pertama sahaja dan tidak dibenarkan merentas negeri/daerah (dengan alasan kukuh) dengan alasan hanya nak berhari raya. Kang ada korang raya kat atas jalan je gara-gara kena patah balik, jangan buat keje. Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan sentiasa memantau kita ookay.

Tu satu hal, paling serius, jangan sampai kita ziarah raya, kita plak jadi pembawa wabak virus Covid19, tak pasal-pasal semua kontak dekat kita jadi mangsa. Korang tak sayang nyawa ke? Atau tak sayang insan tersayang korang ke?..

Pilihan di tangan korang! ..


Dengan kesempatan ini, Sis selaku admin blog www.sislin76.com & FB Pages Aku Sis Lin, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika selama Sis menulis ada tersalah ayat dan ada yang terasa, mohon maaf, tapi biasalah, siapa makan cili dia rasa pedas kan..opsss....oitt raya raya! Hahahaha...

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri, 
Tanda ingatan tak lupa dihati.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

Raya pertama cantik berseri, 
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan tulus ikhlas dari Sis dan keluarga.
Dan juga dari team JDT Blogger ..


P/S: Al-Fatehah buat mereka yang telah tiada..
Tags

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam syawal 1441H
    Maaf zahir dan batin juga

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat Hari Raya Wak..
      Mohon Maaf Zahir Batin ..

      حذف
  2. Salam Lebaran 1441H/2020
    Maaf Zahir Dan Batin Sis

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat Hari Raya PC
      Mohon Maaf Zahir Batin juga ya dari Sis..

      حذف
  3. salam syawal.. selamat hari raya aidilfitri

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat Hari Raya Ekin..
      Mohon Maaf Zahir Batin ..

      حذف
  4. الردود
    1. Selamat Hari Raya Tiara..
      Nak jemput datang rumah, tak boleh plak hehehehe

      حذف
  5. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat Hari Raya Cikgu..
      Sama-sama kita...Mohon Maaf Zahir Batin ..

      حذف
  6. الردود
    1. Selamat Hari Raya Wazy..
      Mohon Maaf Zahir Batin ..

      حذف
  7. Selamat hari raya buat sis sekeluarga.

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat Hari Raya buat Puan Hazel juga..
      Mohon Maaf Zahir Batin ..

      حذف
  8. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sis

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat Hari Raya Hernee sekeluarga..
      Mohon Maaf Zahir Batin dari Sis....

      حذف
  9. Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

    Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat Hari Raya En Zul..
      Mohon Maaf Zahir Batin juga...ada duit raya tak? Hahahah..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!