SET HIDANGAN MUHIBBAH BERBUKA PUASA DARI THISTLE JOHOR BAHRU MEMANG BERBALOI!

Sis Lin
25
SET HIDANGAN MUHIBBAH BERBUKA PUASA DARI THISTLE JOHOR BAHRU MEMANG BERBALOI! | Berbuka puasa apa hari ini korang? Alaaa tak apa kalau hidang menu yang sedikit pun tapi kalau Masak Penuh Kasih Sayang, insyaAllah, makan beramai-ramai jadi meriah dan berkat rezekinya. Banyak sangat masak pun tak boleh juga, kang penuh meja, perut kenyang, jadi membazir kan.

Tapi bagi mereka yang memang masak banyak sekali makan sahur, itu lagi bagus, macam Sis laa, ada masa memang masak sekali untuk sahur, so bangun sahur, cuma goreng sayur atau telur dan panaskan lauk semalam. Kecuali kalau berbuka tu tak masak, so bangun pagi kenalah masak macam biasa, pun masak simple-simple aje. Bukan makan sangat pun sahur, buat syarat aje, betul tak?

Bagi korang yang dah ketandusan idea nak masak, atau nak bertukar selera plak, korang boleh cuba sajian Ramadhan berbuka puasa set Hidangan Muhibbah dari Thistle Johor Bahru ni haa. Yang penting set menunya tu ada pelbagai pilihan dan tersedia bersama semua hidangan termasuk nasi, lauk pauk, pencuci mulut, dan juga kurma.

Bermula dari 25 April sehingga 23 Mei 2020, Thistle Johor Bahru juga tak berkecuali turut menyediakan hidangan berbuka puasa secara 'takeaway & delivery' dengan 3 hidangan set yang sangat menyelerakan!.

Yang pastinya Sis dah pun mencubanya. sebab itulah Sis nak komgsikan dengan korang semua. Semalam Sis buat pesanan dan Sis amik 2 set, yaitu set A (Muhibbah) dan juga set B (Beriani). Ada lagi satu tu, set C (Chiecken Rice). Dan setiap satu set, disediakan untuk makan 2 orang, so kalau korang 4 orang, hanya amik 2 set aje la. Berbaloi kan?

Jom tengok apa yang ada dalam set tu.








Hidangan Muhibbah Set A 
(2 orang) - RM 55nett

Untuk Set A Hidangan Muhibbah ni (seperti gambar di atas), korang akan dapat kesemuanya dalam satu set. Menunya seperti :

Appetiser : Ulam-ulaman, Ikan Masin, Telur Asin dan Sambal belacan.
Main Dishes : Fragrant White Rice, Ayam Goreng Berempah, Asam Pedas Ikan Tenggeri dan juga Sayur Campur.
Dessert : Kurma, 2 types of Malay Kuih, Apple Pie, Bubur Pulut Gandum dan Fruit Custard with Jelly.

Banyakkan lauknya, di sediakan untuk 2 orang makan, so korang akan dapat 2 set dengan harga RM 55nett tu. Memang berbaloi, makanannya penuh sebekas. Menu ni Sis ibaratkan macam menu 'Melayu' masakan di rumah gitu, sebab makan dengan nasi putih dan lauk pauknya yang biasa kita masak kat rumah, cuma gaya, style dan rasa aje lain.

Sis paling suka menu macam ni, sebab lengkap dalam satu set, tak payah susah-susah nak cari atau beli menu lain dah, semua dah tersedia. Memang berbaloi, rasa untuk menu ni pun, boleh tahan sedap, cuma kalau Sis makan, kalau dapat kuah lebih dalam Asam Pedas Tenggiri tu lagi best! Korang kalau order set ni, trylah tanya, minta kuah lebih hehehehe. Lain-lain semua okay.








Hidangan Beriyani Set B 
(2 orang) - RM 55nett

Untuk Set B Hidangan Beriyani ni pun (seperti gambar di atas), korang akan dapat sama juga kesemuanya dalam satu set. Menunya seperti :

Appetiser : Tauhu Sumbat
Main Dishes : Nasi Beryani Gam, Chicken Beriyani, Dalcha, Pajeri Nanas dan juga keropok.
Dessert : Kurma, 2 types of Malay Kuih, Apple Pie, Bubur Pulut Hitam dan Chocolate Puding.

Set menu B ni pun sama macam set A, siap semua lengkap dalam satu hidangan, cuma yang bezanya nasi dan lauknya. Yang ni bagi Sis dah macam menu 'India' gitu, yaa dalam pada rindu nak lepak makan kedai mamak kan, so korang amiklah menu ni, hilang juga rasa nak makan nasi beriyani mamak tu haa hehehee.

Set ni anak bujang Sis makan, kemain sedap katanya, lebih-lebih lagi kuah Dalcha tu haa, siap ceduk Ayahnya punya sebab tak cukup katanya hahaha. Suami Sis pulak puji Pajeri nanasnya, sedap rasa tekak makan, dah macam lauk pengantin hehehe. Sampai habis sebekas tu si bujang dan Suami makan, makanya tau laa sedap hehehe.. Korang boleh cubanya.




Dan sempena bulan ramadhan ini juga, jika korang buat pesanan samaada Takeaway atau Delivery, korang akan dapat sebekas Bubur Lambuk percuma bagi setiap set hidangan. Sedap bubur lambuknya, rasa dek tekak ni haaa buburnya..

Kalau korang nak tengok apa dia set C (Chicken Rice) yang lagi satu tu, korang boleh ke facebook Thistle Johor Bahru yang Sis tunjuk atas tu ya. 

Dan ingat! Pesanan ini hanya untuk Takeaway dan Delivery sahaja ya. Kalau korang Takeaway, korang just tunggu aje dalam kereta, macam Drive-Thru tu haaa, mereka akan hantar terus ke korang di kereta. 

Bermula dari : 25 April - 23 May 2020
Dari jam : 3.00pm - 7.00pm (Setiap Hari)
Self pick-up (Takeaway) and Delivery (Terma dan syarat berdasarkan jarak km)

Untuk Pesanan terus : 07-222 9234
Atau wahtsapp : https://wa.me/60127892092 (WhatsApp)

Selamat menjamu selera korang!..


P/S: Alhamdulilah syukuri atas nikmat yang Allah berikan... terima kasih daun keladi.. 

Post a Comment

25Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  2. menarinya set die..betul tu. kalau smua dalam 1 senang..lagi suka. harga pun takde la mahal..berbaloi jugak sebab makanan die banyak dlm set tu

    ReplyDelete
  3. memang sedap menu-menu dia ni..puding coklat tu sedap gilerrrr...harga pun berbaloi2..kawan aku siap terus order untuk kakak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samalah kawan Sis, dah order, tak silap semalam le dia makan..lupa nak tanya..

      Delete
  4. Xdapt mkn kt hotel pn boleh je order kan..tuela klu ada kt jb da boleh cuba set b tue..sbb da lma xmkn nasi beryani..sedapnye ada tauhu sumbatt..

    ReplyDelete
  5. dah macam makan mewah kat restoren pulak. sedapnya lahai. dah lama tak suap ke mulut nasi beryani ni ha

    ReplyDelete
  6. Wah. Lengkap semua dari appetiser sampai ke dessertnya.

    ReplyDelete
  7. wah lumayan juadah berbuka, sis :)
    dari hotel lah.
    best. harga pun berpatutan tu kan.
    yg dekat mesti try ni. aida ni, takde hotel yg dekat :(
    masak sendiri lah hi hi hi...

    ReplyDelete
  8. Berbaloi harga set ini dengan apa yabg diberikan. Banyak gak tu utk dua orang.

    ReplyDelete
  9. dessert pun berjenis2 memang berbaloi lah beli. orang2 johor seronok lah ye bokeh order je zasss ada yang mai hantaq hehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnya semua makanan dia. Ada bubur. Sesekali gantung kuali, boleh order kan. Bagus pihak hotel buat delivery. Rindu makanan hotel

    ReplyDelete
  11. wah banyaknya! untung siapa yg dkt kawasan situ, boleh cuba. dkt rumah saya ni takda pulak hotel terdekat yg buat mcm ni.

    ReplyDelete
  12. Macam macam menu ada ya sis. Kalau tinggal di Johor dah lama saya order set hidangan muhibah ni. Harga pun berbaloi dengan menu yang ada.

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap gambar makanan dia :)
    Alahai tapi jauh pulak lokasinya kalau tak bleh order :D

    ReplyDelete
  14. Menarik set Ramadan tahun ni. Drive true je. Menu pun ada pelbagai dan semua nampak sedap. Salam Ramadan dan stay safe.

    ReplyDelete
  15. Banyaknya kak. Set dia meriah betul. Nasib baik la jauh disana. Kalau tak, nak set C tu. Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa yeee Set C tu style menu China, sebab Chicken Rice hehehe..

      Delete
  16. Murahnyaaaa. Duduk rumah pon boleh buka dengan makanan hotel sekarang ni. Kalau dekat harini dah boleh order haha.

    ReplyDelete
  17. Tak dapat bbuka hidangan buffet di hotel, dapat berbuka dengan air tangan chef hotel pon layan gak. Semua nampak sedap jer

    ReplyDelete
  18. Wah, semua ni dia hantar ke rumah? wah wah, memang lazat dan sedap nampaknya. Tak dapat berbuka di hotel, dapat makan menu hotel di rumah sendiri pun dah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Zarin, semua hantar terus kerumah mengikut pilihan set yang kita beli...berbaloi kannn...

      Delete
  19. Hey hey heyyy awas ye sis lin ni makan sedap2 dari hotel pula time pkp ye.. Nmpk sedap2 dan menarik menu2 dia.. Enjoy ur meal

    ReplyDelete
  20. tengok gambar sis ambik ni pon memang nampak sangat berbaloi sis. murah rezeki sis makan hotel untuk berbuka puasa ya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  21. sedapnya nmpk,harga pon murah compare hotel lain

    ReplyDelete
  22. Sekali ja hari tu gantung kuali. Huhu. Pregnen2 ni sarat tapi x berapa selera sangat nak order makanan luar. Hanya bole order dr org2 taman sahaja huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!