SOP PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR EKONOMI - KEKAL DIRUMAH ATAU BEKERJA?

Sis Lin
10
SOP PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR EKONOMI - KEKAL DIRUMAH ATAU BEKERJA? | Pilihan di tangan korang, samaada, terus kekal dirumah atau bekerja. Macam Sis, Sis tak boleh nak komen apa, sebab Sis sendiri tak bekerja, surirumah sepenuh masa, hanya Suami dan anak aje yang bekerja. Yang merisaukan Sis tentang hal ini adalah kesihatan Suami. Dia bukan sihat sangat..

Kita harini dah masuk Fasa ke-4 dalam Perintah Kawalan Pergerakan )PKP), dan semalam dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mengisytiharkan hampir semua sektor ekonomi, kegiatan perniagaan dan sosial akan dibenarkan dengan bersyarat mengikut perintah kawalan pergerakan bersyarat atau PKPB.

Jadi apa pendapat korang? Satu berita baik ataupun korang garu kepala?. Jujurnya Sis sendiri kurang bersetuju dengan apa yang akan berlaku pada 4 Mei 2020 ni. Entahlah, korang kata Sis pentingkan diri sendiri pun tak kisah, yang penting Sis risaukan keadaan mereka-mereka yang akan keluar bekerja dan akan mula bergaul dengan ramai orang.

Boleh bayangkan tak dan korang rasa mereka ni boleh ke ikut SOP yang kerajaan bagi tu? Sedangkan PKP yang senang pun mereka langgar, dan tak ikut SOP yang sebelum ni, lagi kan pulak keluar bekerja dan duduk di kedai makan, argghhhh memang tak boleh terima Sis.

Yaaa faham, mereka kena keluar bekerja, ada tanggungjawab dan tanggungan yang perlu di tanggung, itu faham, tapi harap laaa sangat!! Korang ikutlah SOP dan petuhilah semua arahan dan jagalah diri masing-masing. Jangan sampai dah dapat keluar, lupa diri, SOP kemana, korang ke mana-mana, balik rumah, jumpa anak bini, bawa penyakit! Tu yang tak nak.

Ingat! wabak Covid19 ni masih ada, ada di mana-mana aje. belum sepenuhnya lagi kita bebas dari gejala wabak ni, so hati-hati..jangan sampai masuk kluster baru ya. #KitaJagaKIta ..


SOP Pembukaan Semula Ekonomi

  • Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

  • Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.

  • SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

  • Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara.

  • Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, sila rujuk kepada Senarai Aktiviti Yang Dilarang yang telah disediakan. Melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini. Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab, mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk memulakan semula operasi.

  • Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.

Norma baru dalam perniagaan & kehidupan

SOP ini mengambil kira norma baru dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan harian. Pendekatan yang diambil kerajaan adalah pendekatan seluruh lapisan masyarakat, atau “whole of society approach”. Kaedah pendekatan ini penting dalam memastikan pembukaan semula ekonomi negara ini dapat dilakukan dengan lancar, selamat dan berkesan.

Individu berperanan untuk menjaga diri dan keluarga; komuniti setempat bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dan keselamatan di kalangan jiran-jiran; dan majikan bertanggungjawab memastikan pekerja dan operasi perniagaan mengamalkan tabiat kebersihan yang tinggi di samping mematuhi SOP.

Norma baru ini merangkumi perkara-perkara berikut:

1) Mengamalkan langkah-langkah kesihatan:

  • Penjarakkan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan.
  • Memakai “face mask”; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu.

2) Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi:

  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau “hand-sanitizer”.
  • Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan.
  • Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

3) Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:

  • Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan.
  • Semua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti symptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan.
  • Di mana penjarakkan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
  • Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19.
  • Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul.

4) Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:

  • Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola speak, dan kelab malam tidak dibenarkan.
  • Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan.
  • Majlis kenduri-kendara/rumah terbuka/aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat.

Peringatan penting

Pembukaan semula ekonomi hasil positif pematuhan PKP oleh rakyat dan juga usaha barisan depan (frontliners) dalam memerangi Covid-19 yang berjaya meratakan lekuk penularan Covid-19. Namun, kerajaan sedar kemungkinan penularan atau jangkitan semula sekiranya berlakunya ketidakpatuhan SOP ini.

Oleh itu, kerajaan akan menentukan tahap PKP, berasaskan tahap penularan wabak Covid-19 yang boleh membawa kepada beban yang berat ke atas sistem kesihatan. Kerajaan juga menggalakkan orang ramai memainkan peranan untuk memantau dan memastikan pematuhan kepada SOP.

Melalui aplikasi MySejahtera, orang ramai dan perniagaan boleh membantu kerajaan dalam merealisasikan usaha membuka semula ekonomi ini. Sekiranya terdapat keingkaran, orang ramai boleh menghubungi pegawai penguatkuasa yang berkenaan.

Sumber dari MKN.gov.my


P/S: So korang, hati-hati, patuhi SOP yang diberikan dan #StaySafe ya! 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagi pndapat kaella, rasa takut sebenarnya bila ada sstengah ekonomi dah boleh buka. bukan taknak kerja cuma kesihatan tu penting. negara yang lain istihar habis perintah pergerakan terus mendadak naik orang yang positif. hrapnya kita terhindar dari segala penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kaella...macam susah nak terima tapi tu laaa, kena fikir orang lain juga, janji kita #KitaJagaKita dan amalkan kebersihan diri...

      Delete
  2. memang terkejut n x suka dgn kelonggaran PKP ni. Kalau tunggu sampai 12 Mei kan bagus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa kita Abam...patut berperingkat, tak payah semuanya sekali..

      Delete
  3. Salam Ramadan..Kedah tangguh sat pkpb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus! Ada juga negeri lain yang tangguh...tapi sedih, Johor tak tangguh...

      Delete
  4. Wassalam, risau tu memang risau..tapi orang yang takde duit? Jiran jiran bukan boleh tolong banyak sgt...HAHA.. Last, last time PKP, kau jaga lah diri sendiri...dengan Rohingya nye kes..adoiiiii... Apa yang pasti, SOP tu kena ikut..bawak budak budak lagi la....kalau tahu anak takleh diam pakai mask, janganlah dibawak tempat sesak...aigoooo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Nona, fikir orang lain janji kita ikut SOP, jangan main ingat bebas semua...pening KKM nak handle...esok-esok terus jadi PKPK le sendiri...

      Delete
  5. mudah2an semua yang akan mula bekerja nanti patuh pada SOP tu..ingat insan2 tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa mudah-mudahan...kita pun #JustStayAtHome aje...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!