TAK TAHU NAK MASAK APA MASA SAHUR? KORANG BOLEH CUBA 7 MENU SIMPLE INI! | Iyee laaa dah masuk 10 Ramadhan ni, sampai dah naik bengap plak kepala otak nak mikir masak berbuka. Jangan kata menu berbuka, nak masak Sahur pun sama, sampai termenung kejap depan meja hahahaha.
Seirus laa kan, ini memang simptom yang dihadapi oleh Ibu-ibu ketika bulan ramadhan. Tu baru 10 ramadhan, nanti dah masuk minggu kedua dan ketiga, silap-silap, teguk air terus tidur hahaha. Betul tak? Hurmm sekarang pun dah berlaku, tu anak Sis,Yana, dah dua hari bangun sahur, hanya minum air dan terus naik tidur, ermmm...kalau si bujang aje, mesti nak makan nasi, tekak jawa! hahaha...Ayahnya pulak, ikut aje, kalau kejut ye makan, kalau tak kejut pun tak apa.
Ramai yang lebih gemar mencari menu sahur simple memandangkan kita biasanya tidak begitu bertenaga untuk memasak pelbagai jenis makanan pada awal pagi.
Apakah jenis makanan yang sesuai untuk sahur?
Menu sahur yang disarankan terdiri daripada jenis makanan yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat yang mampu memberikan tenaga yang mencukupi sepanjang hari. Oleh itu, antara menu sahur simple tetapi berkhasiat untuk tubuh korang ialah menu yang lambat dihadam oleh perut seperti karbohidrat kompleks.
Korang juga digalakkan minum banyak air sewaktu sahur untuk memastikan korang kekal hidrat selain membantu dalam mencernakan makanan yang telah dimakan.
Ini 7 menu sahur simple untuk korang makan ketika sahur
Menu sahur simple 1: Telur hancur simple
Bahan-bahan:
Cara menyediakan:
Menu sahur simple 2: Udang goreng bersama telur dan daun bawang
Bahan-bahan:
Cara menyediakan:
Menu sahur simple 3: Sambal sardin bersama telur
Bahan-bahan:
Cara menyediakan:
Menu sahur simple 4: Telur dadar gulung
Bahan-bahan:
Cara menyediakan:
Menu sahur simple 5: Nasi goreng cina
Bahan-bahan:
Cara menyediakan:
Menu sahur simple 6: Ayam pandan
Bahan-bahan:
Cara menyediakan:
Menu sahur simple 7: Sayur fat choy tumis tofu
Bahan-bahan:
Cara menyediakan:
Kesimpulan
Menyediakan menu untuk sahur tidaklah sesukar yang disangka. Korang boleh sahaja mencuba menu mudah seperti yang dikongsikan di atas ini sebagai menu untuk sahur.
Untuk menjimatkan masa memasak di dapur, sediakan dahulu bahan-bahan untuk memasak menu untuk sahur sebelum korang tidur. Kupas bawang, keluarkan bahan makanan beku daripada peti ais dan siang sayur-sayuran selepas korang habis melakukan solat Tarawih.
Pasti esok korang tidak terkejar-kejar masa untuk menyediakan menu sahur korang. Selamat mencuba.
Kredit gambar dari carian Google.
Oleh Muhammad Wa'izFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
P/S: Rumah Sis ni tengah kemaruk buat Telur Gulung tu aje time buka, ermmm anak punya keje...

- 2 biji telur
- Setengah biji bawang besar dan dicincang
- 100 gram sayur campur
- 20 gram isi dada ayam
- 1 sudu mayones
- Minyak masak untuk menumis
Cara menyediakan:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
- Panaskan minyak dan tumiskan dahulu bawang besar, sayur campur dan juga isi dada ayam sehingga masak.
- Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam kuali.
- Jangan lupa letakkan sedikit garam sebagai perasa.
- Kacau telur menggunakan senduk sehingga menjadi ketulan. Angkat dan hidangkan bersama roti keping.
Menu sahur simple 2: Udang goreng bersama telur dan daun bawang
Bahan-bahan:
- 300 gram udang yang telah dibuang kulit
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- Setengah sudu teh serbuk lada sulah
- 5 biji cili api di hiris
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 3 cm halia (dihiris halus)
- 4 biji telur
- 50 gram daun bawang (dipotong 3 cm)
- 1 sudu makan susu segar
- Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
- Bersihkan udang dan toskan. Kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan udang sekitar 5 hingga 10 minit. Ketepikan dahulu.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan campurkannya bersama susu segar, serbuk lada sulah dan juga sedikit garam.
- Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan cili api, bawang putih, bawang besar dan juga halia.
- Setelah itu, masukkan udang dan kacau rata sehingga udang separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan telur. Kacau rata selama 1 minit.
- Kemudian masukkan udang yang telah ditumis tadi bersama-sama daun bawang yang telah dihiris.
- Kacau rata dan tutupkan api.
- Hidangkan bersama nasi putih.
Menu sahur simple 3: Sambal sardin bersama telur
Bahan-bahan:
- 1 tin kecil sardin
- 4 biji telur
- 50 gram lada giling
- Setengah ulas bawang besar (dicincang)
- 20 gram cendawan
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu makan asam jawa (dibancuh bersama air)
- Sedikit kicap manis
- Sedikit gula
- Sedikit daun sup
- Sedikit garam
- Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
- Panaskan sedikit minyak dan goreng telur mata kerbau. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian, masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar bersama lada giling sehingga masak atau garing.
- Masukkan cendawan yang telah dihiris dan juga ikan sardin.
- Masukkan air asam jawa, gula dan juga garam mengikut citarasa.
- Masukkan sedikit kicap manis bersama daun sup. Tutup api, angkat dan tuangkan di atas telur mata kerbau tadi. Hidangkan bersama nasi.
Menu sahur simple 4: Telur dadar gulung
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- Sebiji bawang merah
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan mayones
- 50 gram sayur campur
- Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
- Masukkan hirisan bawang merah, sos cili dan juga mayones ke dalam telur. Kacau sehingga kesemua bahan menjadi sebati.
- Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan telur tadi.
- Goreng telur sehingga masak.
- Apabila telah masak, angkat dan ketepikan.
- Gulung telur tersebut dan hidangkan bersama nasi panas.
Menu sahur simple 5: Nasi goreng cina
Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi putih yang telah sejuk
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji telur
- 100 gram isi ayam (dipotong nipis)
- 100 gram isi udang
- 100 gram isi sotong
- 50 gram sayur campur
- Sedikit garam
- Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih.
- Masukkan telur, isi ayam, udang dan juga sotong. Tumiskan sehingga masak.
- Masukkan sayur campur.
- Masukkan nasi putih dan gaul sehingga rata.
- Tutup api dan angkat nasi goreng. Hidangkan.
Menu sahur simple 6: Ayam pandan
Bahan-bahan:
- 5 ketul paha ayam
- Setengah sudu makan serbuk lada sulah
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Sedikit garam
- 5 helai daun pandan
- Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
- Bersihkan paha ayam dan gaulkan bersama serbuk lada sulah, serbuk paprika, serbuk kunyit dan juga garam. Perapkan ayam sekitar 1 jam.
- Kemudian, balutkan ayam tersebut dengan daun pandan. Pastikan ia diikat kemas pada ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga masak. Apabila telah masak, angkat ayam dan toskan.
- Hidangkan bersama nasi putih panas.
Menu sahur simple 7: Sayur fat choy tumis tofu
Bahan-bahan:
- 5 tangkai sawi hijau (dicuci bersih)
- 1 keping tofu atau tauhu telur (dipotong tebal dan digoreng)
- Setengah biji lobak merah (dihiris nipis)
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 sudu minyak bijan
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Sedikit garam
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
- Masukkan hirisan lobak merah dan masukkan air. Biarkan ia mendidih.
- Kemudian, masukkan minyak bijan dan juga sawi hijau.
- Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
- Masukkan tauhu telur yang telah digoreng sebelum ini. Kacau sedikit.
- Tutup api, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Kesimpulan
Menyediakan menu untuk sahur tidaklah sesukar yang disangka. Korang boleh sahaja mencuba menu mudah seperti yang dikongsikan di atas ini sebagai menu untuk sahur.
Untuk menjimatkan masa memasak di dapur, sediakan dahulu bahan-bahan untuk memasak menu untuk sahur sebelum korang tidur. Kupas bawang, keluarkan bahan makanan beku daripada peti ais dan siang sayur-sayuran selepas korang habis melakukan solat Tarawih.
Pasti esok korang tidak terkejar-kejar masa untuk menyediakan menu sahur korang. Selamat mencuba.
Kredit gambar dari carian Google.
Oleh Muhammad Wa'izFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
P/S: Rumah Sis ni tengah kemaruk buat Telur Gulung tu aje time buka, ermmm anak punya keje...
Sardin tu paling menggoda hihi...
ردحذفKita panaskan lauk berbuka je sis... Kalau takde, goreng nasi dgn frozen food; sosej, nugget, Ayamas ke... Ikut selera anak-anak :)
Kannn, kita pun sehari sehari nak masak sardin tapi belum dapat lagi hehehehe
حذفMenu-menu nampak sangat menyelerakan
ردحذفSangat Zumal, nengok je dah lapar hehehe
حذفWak biasanya menu yang sama waktu berbuka puasa tu.
ردحذفPun sama juga dengan Saya Wak, ada masa je masak pagi tu..
حذفtak dinafikan lagi.. semua menu sahur ni nampak menarik sangat sangatttt! terliur pulak ekin dibuatnya
ردحذفKannn Ekin, tambah selera nengok lauk sardin dan telur gulung tu hehehe
حذفwahh, sedap2.
ردحذفKannn, apalagi, jom le kita mencubanya yaa ...
حذفAdoo, rajinnya nak masak pagi. Biasa lauk buka, itu lah lauk sahur. Haha
ردحذفHahahaha kannn, Sis pun gitu gakk, melainkan kalau memang tak masak haaa baru lah fikir pagi tu masak..
حذفSahur awal2 haritu request telur ja selama seminggu dgn mak.
ردحذفNow, dah minum air ja hahaha.
Waaa bagusnya, kompom kurus laaa nanti raya ek hehehe
حذفini bukan simple dah ni...menu terlebih rajin pun ada ni..hahahah
ردحذفHahahaha kalau aku simple ni, kalau yang susah, ada gak, nanti aku share hahahaha
حذفAssalamualaikum lin...nampak sedap menu tu...kalau rajin masa sahur boleh cuba buatkan...😄😄😄
ردحذفWaalaikumussalam Mama...kan Maa, semua sedap kann..nanti boleh cuba Maa..
حذف