TIPS MEMBUAT BISKUT RAYA KEKAL RANGUP DAN SEDAP DIMAKAN

Sis Lin
20
TIPS MEMBUAT BISKUT RAYA KEKAL RANGUP DAN SEDAP DIMAKAN | Yuhuuu tengah buat biskut raya ke tu? Hamboii sakan ek korang, takpe, selagi mood raya dan masa tu ada, silalah siapkan, nanti mood hilang, masa pun takde, haaa itu jam huru hara le rumah hehehe.

Sis Masih belum buat apa-apa lagi. Ingat harini nak pi beli barang buat biskut. Suami dan anak-anak yang beriye sangat suruh buat biskut raya, ermmm Emaknya layankan aje la, siap dah bagi duit ni haa suruh pi beli barang.

Alaa buat pun biskut yang biasa buat aje dan kesukaan anak-anak dan Suami. Ini pun sebab anak Lin yang sulung tu dah balik, so adalah pembantu dapur. Kalau tak biasa sengsorang aje membuatnya, jenuh oii!. Ini tahun kita kasi meriah sikit, buat biskut berbalang-balang, sedekah kat Emak dan adik beradik.

Okay sebelum ni Sis dah kongsi gan korang Tips Memilih Keju (Cheese) Yang Halal kan? So harini Sis nak kongsikan plak Tips Membuat Biskut Raya Kekal Rangup Dan Sedap Dimakan oleh Chef NorZalina Nordin sekali lagi.

Nak raya ni banyak pulak tips ek hahahaha...Tapi berguna tau tips ni, salah buat biskut, memang lemau dan liat le biskut ko hehehehe. So sila baca dan fahamkan ya.

Tips Membuat Biskut Raya Kekal Rangup Dan Sedap Dimakan

Kredit Gambar Hiasan dari Blog www.tiffinbiru.com

1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut. Oven yang lebih canggih mungkin hanya memakan masa 5 minit untuk dipanaskan.

2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C tetapi ini bergantung kepada jenis oven. Jika oven anda ada pemanas di atas, ikuti Tip (3).

3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resipi adalah 170-180 C).

4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan. Ini adalah kerana tahap mentega (terlembik atau terkeras pada awalnya) akan mempengaruhi adunan yang siap.

5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh. Adakalanya saiz telur tak cukup atau mentega belum cukup lembut. Ambil sedikit adunan setakat untuk mencanai, tambah. Jangan tambah untuk semua adunan. Buat sedikit demi sedikit.

6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.

7. Tutup adunan yang sudah diuli atau letak dalam bekas kedap udara sementara menantikan masa ia dicanai atau dibentuk.

8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau kertas parchment, kertas minyak, tidak perlu dilengser dengan marjerin. Jangan gunakan foil aluminium kerana dikhuatiri memudaratkan.

9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.

10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.

11. Sebaik saja masak, bagi kebanyakan biskut, ubah ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat). Ikut yang ditulis di resipi.

12. Taburkan sedikit gula di dasar balang biskut supaya biskut kekal rangup.

13. Letak paket berisi ‘silica’ di dalam balang biskut agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.

14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai. Apabila membungkus, bentukkan setebal 2-3cm saja, jangan seperti 'bola' (ia akan ambil masa lama untuk jadi lembut).

Terima kasih Chef Nor Zailina Nordin 


P/S: Ko ingat buat biskut main terap main tenyeh je ke? Salah bikin, silap-silap baling dinding pun tak pecah oii hahahaha..

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tips yg baik...Biskut raya kalau kena cara jaga mmg berbulan tahan kan

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni. Pernah buat biskut rangup mula-mula je. Berapa minggu dah tak rangup tak feel makan kalau biskut tak rangup hehe

    ReplyDelete
  3. tengah berfikir2 ni nak buat biskut raya ke idok..mcm biasa bbudak ni ajak cornflakes madu..tapi tu lah.. anak2 bujang.. separuh jalan je excitednya hahaha

    ReplyDelete
  4. ooo nice, aku plan nak membiskut gak tahun ni...boleh rujuk tips2 ni nanti...

    ReplyDelete
  5. pernah buat sekali je kot kuih raya - cornflakes coklat. biskut raya tak pernah try lagi hee.

    thanks for the tips! :D

    ReplyDelete
  6. Biskut raya LH selalu tak menjadi. Bukan ni lah sebabnya kot.

    ReplyDelete
  7. tq share tips...slalu wat biskut kt umh mak..memandangkan xdpt blk raya so tkde la buat biskut umh mak...umh mertua tkde oven tp ingt nk try buat dlm air fryer

    ReplyDelete
  8. baru tau guna api bawah jem patut la kadang rentung atas bawah tak masak hahaha. thanks kak share tips

    ReplyDelete
  9. Bagus tips ni... bolehlah saya guna masa nak buat biskut raya nanti... hehehehe... selalu dok buat dengan Mak Cu... laaa ni kena la buat sendiri dengan anak-anak (insyaAllah lagi 2 minggu boleh balik KL, yeahhhh)... yang penting kita dapat bersama-sama keluarga kan Sis Lin... di samping itu, perlulah kita menjaga kesihatan kita seadanya tak gitu?.. hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, yang penting selagi belum raya, jaga kesihatan tu ya..

      Delete
  10. Banyak juga yips yangbkena mabil tahu. Selalunya kalau buat biskut raya saya buat yang mudah dan senang. Bab biskut kalau letak oat, kacang tu saya setuju memang adunan jafi lembik. Tapi bila dah bakar rangup dan sedap

    ReplyDelete
  11. Bagus nya tips ni sis. Tapi lagi bagus kalau sis lin buat dan hantar
    Biskut raya kt za... Hihihih gurau tau 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha boleh aje, masaalahnya, entah buat ke tak ni biskut raya hahahaha

      Delete
  12. xde mood nak mengkukis thn ni, sis.
    sedih. pergerakan terkawal!!! raya rumah sendiri.
    dah le adik beradik emak abah mertua semua luar melaka :(
    sayu hati ni...
    anyway, good tips. next year boleh la jadikan panduan.

    ReplyDelete
  13. Thank you for the tips. No wonder my biscuit x jadi. Now I know the secret.

    ReplyDelete
  14. ohh baru tahu kena guna api bawah jee..patutlah failed. huhu

    ReplyDelete
  15. Baru tahu apa sebabnya sekarang. Thanks for sharing. Sebelum ni main ikut dan je buat. Haha.

    ReplyDelete
  16. Nanti kalau saya rajin nak buat biskut boleh la rujuk tips sis ni. kita bookmark dulu entry ni hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!