8 JUN 2020 HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

Sis Lin
6
 8 JUN 2020 HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA | Daulat Tuanku! Bermula dan mulai tahun ini dan seterusnya, hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah pada Isnin pertama pada setiap bulan Jun setiap tahun. Maka dengan itu, pada tahun 2020 ini, hari keputeraan rasmi Seri Baginda jatuh pada hari Isnin 8 Jun 2020. Dan ianya merupakan cuti umum/kelepasan am bagi rakyat Malaysia.

Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265). Hari kelepasan am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265.



Dirgahayu Tuanku, merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgonG.

Burung nasar terbang ke Bandan,
Bulunya jatuh ke Patani,
Banyak raja sudah ku pandang,
Mana nak sama Tuanku ku ini.

Bergelang bulat bimasakti,
Sinar sampai ke hujung kota,
Rakyat jelata bersatu hati,
Teguh di bawah payung mahkota.




Biar apa jua sistem Raja itu dilandaskan, peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa tanpa jiwa.

Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam Negeri dan Negara agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang Kedaulatan Negara..

Daulat Tuanku! Daulat Tuanlu! Daulat Tuanku!..

Sembah Takzim Daripada admin blog @akusislin


P/S: Yay! Esok cuti, so dapur pun OFF hehehehe...

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!