APA BAGUSNYA TANAM POKOK LIDAH MERTUA NI?

Sis Lin
25
APA BAGUSNYA TANAM POKOK LIDAH MERTUA NI? | Korang perasan tak, sejak-sejak ni kemain sana sini orang mencari pokok Lidah Mertua ni, atau Lidah Jin. Mula agak blur kejap Sis, rata-rata semua kengkawan duk tanam dan mencari pokok ni, sebabnya, dirumah Sis ni ada sepasu yang memang Sis biarkan je tanpa jaga dan belai hahahaha..ada tu Sis letak di luar nuu...

Tapi bila dah baca sana sini, ooo baru Sis tau apa bagusnya dan kebaikannya tanam dan letak pokok Lidah Mertua ni di dalam rumah. Tapi yang bestnya, masa Sis bagitau Emak kan, yang pokok ni boleh kurangkan habuk, Emak Sis jawab apa tau, 'kalau dah pemalas, tanam pokok Lidah Bapak Mertua pun rumah jadi berhabuk', kakakakakakah kau ngase????...

Yerr sebab apanya, kat rumah Emak Sis pokok ni sampai dah di timbuni dek lalang oii kat belakang rumah, kalau siapa nak pi le rumah Emak amik sana hahaha..Sis punya pun amik dari rumah Mak juga, dulu kecik rendah aje, sekarang tinggi panjangg oii...

So bagi siapa yang tak tau dan belum kenali pokok Lidah Mertua ni, meh laa baca perkongsian ni ya. sebagai panduan korang sebelum dan selepas membeli pokok tu.

Tu lee mini garden Sis dengan pokok Lidah Mertua  yang ado, jadi lee ada sepasu kan hehehe... 

Pokok lidah mertua atau juga dikenali sebagai pokok lidah jin adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika. Nama saintifik pokok ini adalah sansevieria trifasciata yang memiliki daun yang panjang dan runcing. Pokok ini terdapat pelbagai jenis dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga.

Selain itu, pokok ini juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang. Pokok ini boleh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.

Satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini, mendakwa bahawa pencemaran udara dalam rumah boleh menjadi buruk seperti pencemaran udara luar.

#1. Membekalkan oksigen
Satu kajian yang diterbitkan oleh Harvard University Extension mendapati bahawa pokok lidah mertua merupakan salah satu tumbuhan yang membekalkan kadar oksigen yang tinggi. Pokok ficus dan potho adalah tumbuhan lain yang juga mampu membekalkan kadar oksigen yang tinggi.

#2. Pokok hiasan yang cantik
Mengikut kajian sains, tumbuhan dapat memberi kesan positif dalam membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus. Jadi, selain daripada menjadi pokok hiasan yang cantik di ruang tamu atau di dalam bilik, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau dapat memberikan ketenangan kepada anda apabila melihatnya.

#3. Membersihkan udara yang tercemar
Pokok lidah mertua merupakan tumbuhan yang dapat membersihkan udara yang tercemar di dalam rumah anda. Selain karbon monoksida, udara yang tercemar dengan benzene, formaldehyde, xylene, and toluene dapat ditapiskan oleh pokok ini.

Berdasarkan kajian NASA, tumbuhan yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan bahan-bahan toksik dalam udara sebanyak 87 peratus dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah) dan pokok lidah mertua adalah salah satu daripada tumbuhan tersebut.

#4. Menyerap karbon dioksida pada waktu malam
Pokok lidah mertua mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam.

#5. Efektif dalam melawan alahan
Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik, mengurangkan kadar karbon dioksida dan gas berbahaya dalam udara mampu untuk mengurangkan alahan yang berpunca daripada udara yang tercemar.

#6. Mudah untuk dijaga
Pokok lidah mertua sangat mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pokok ini dapat bertahan hidup dengan baik di bawah sinaran cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.- Balcony Garden

Sumber: SiakapKeli


Haaa tu le pokok Lidah Mertua Sis hahahaha...ni baru letak baja, so ada laa daun lama dah gugur dan tumbuh daun baru..kalau tak, segitu aje lee, dari dulu hingga sekarang. Sis minat nak tanam pokok, tapi Suami tu haaa, dia tak berapa suka, semakk mata katanya, sebab tu bila kata nak letak dalam rumah pokok-pokok ni, Sis dah tau dah jawaban Suami nanti..

So bior aje lee di luar tepi rumah tu dalam mini garden Sis tu..petang-petang makan cekodok, sambil nengok pokok di selangi dengan bunyian deruan air pancut, tenang jiwa rasa...

Ni mesti ramai dan penuh nursery kann, memasing memborong hahaha..
Bagus! ...hidupkan kehijauan rumah kita..gituuuuu...


P/S: Kang nk pi kedai bunga gak, nak beli pasu lelawa sikit, kita kasi tukar sama dia! Ayuh!..

إرسال تعليق

25تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. lidah jin ni banyak tumbuh tepi2 rumah sebab arwah nenek dulu suka tanam bunga-bunga. tak sangka skrg ramai gila yang cari tanaman ni hehe

    ردحذف
  2. Viral pokok ni sekarang..kat rumah ni pun ada cuma takda lah nak bawa masuk rumah hehe

    ردحذف
  3. Cari yang jenis daun dia pendek2 sikit lagi santik

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Wak, rumah Mak banyak saiz, tak tau plak bagus pokok ni, tapi tu lee Mak plak menyangkal fakta itu hahahaha maklum lee orang tua kann..

      حذف
  4. First time dengar yang orang panggil lidah mertua ni..

    ردحذف
  5. Aku pun x tahu nama pokok ni..tapi Ada gak kat rumah nenek....hoho... Yang penting, selagi Ada pokok..tumbuh tumbuhan... Jaga leklok...sebab mereka pun menghasilkan oksigen...ahgitu...ramai menenang Sana sini..membakar Sana sini..hishhh

    ردحذف
  6. pokok lidah mertua ada 6 pasu kat rumah. Sebelum ni letak dalam rumah, agak sendu tak kena matahari, kami keluarkan semula letak kat luar. eh membiak2 la pulak dia bila duk kat luar

    ردحذف
  7. Baru tahu pokok ni banyak khasiat rupanya. Terima kasih atas perkongsian ini.. Tanam saja tapi xtau pun kebaikkannya

    ردحذف
  8. Pokok paling banyak dekat pejabat nie..

    ردحذف
  9. Sejak viral nie, Rawlins pun dah semacam terpengaruh nak mencari. Tapi bila dah viral, of coz harganya jadi mahal. Now ngah tanya kengkawan sebab taknak la beli mahal sangat hahaha

    ردحذف
  10. sekarang tengah trending orang share pasal pokok ni. kat rumah mak ada satu. terbiar je. dah tahu kebaikan dia, kena jaga ni. biar boleh letak dalam rumah. thank you share pasal ni sislin

    ردحذف
  11. ehhh musim la sekarang ni tanaman indoor. Geram la pulak Sal tengok sebab Sal pun tengah gigih mencari. Best dok rumah bawah sebab boleh bercucuk tanam

    ردحذف
  12. sekarang indoor plant dah naik harga dah sebab viral semua nak buat nursery dalam rumah hahaha

    ردحذف
  13. lidah mak mertua bukan sebarang lidah hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Pelik juga kenapalah di panggil lidah mertua ek, kena buat kajian ni hahaha

      حذف
  14. Pokok ni ada je dekat luar rumah tak ada orang cara. Rupanya banyak kebaikan dia. Hahaha.

    ردحذف
  15. Btol lah sis. Tiba2 viral pasal pokok ni pulak. Tapi ia satu perkara yang positif. So tak salah ramai borong. Rasa mcm terpengaruh jugak ni. Haha. Kalau dekat dah mintak 1 kt sis.

    ردحذف
  16. Mak saya tanam keliling rumah. Tak tahu pulak pokok ni dah viral.

    ردحذف
  17. cantiknnya sis punya indoor plant.

    ردحذف
  18. dah lama mak saya tanam pokok ni drkat rumah. Siap sedekahkan dekat jiran2 , sekolah2 sebab banyak sangat. Baru tau ada nama lain lidah mertua hehe

    ردحذف
  19. macam macam pokok lidah ye..lidah mertua lidah jin..lidah buaya hehe...sejak sejak viral ni memang banyak orang tanam :)

    ردحذف
  20. Tak pernah tau nama pokok. Haha dulu masa duk umah landed arwah nenek ada la macam2pokok bunga.. La ni duk Apartment malas nak jaga.

    ردحذف
  21. Tu la. .Ramai beli pokok ni .pokok ni kat rumah mertua ni ade hah.. . Hehhe.sejak viral org jual mahal betul. . Haishh.. Kdg harga tak masuk akal

    ردحذف
  22. Boleh lah cuba tanam pokok ni..nampak cam senang je nak tanam. Sis ni kalau tanam apa2 selalu x jadi..mati je..hehehe

    ردحذف
  23. hahaha baru tau ada org pangil nama pokok ni lidah mertua. ganas sangat tu haha. btw pokok ni katanya tak bagus utk owner yg pelihara kucing kan sis.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!