Kalau korang belum download, silalah berbuat demikian sepertimana seruan kerajaan agar semua rakyat Malaysia download dan register MySejahtera ni. Memudahkan kerja mereka untuk mendapat maklumat terkini tahap kesihatan dan kontak rapat jika kita terkena wabak Covid19.
Yang bestnya, melalui inisiatif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan bermurah hati untuk memberikan kredit e-Wallet sebanyak RM50. Walau bagaimanapun, pemberikan kredit ini hanya layak kepada sesiapa yang telah memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera sahaja. Bagi yang belum memuat turun dan daftar, segeralah berbuat demikian ya. Duit percuma, siapa yang tak nak kan? Memang laju aje kan korang hahahaha..
Apa bagusnya MySejahtera?
Ia dapat membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19. Ia juga membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19. Bukan itu sahaja, MySejahtera boleh bantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19. Dan pastinya dengan MySejahtera, seseorang itu boleh mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
Apa Itu MySejahtera
MySejahtera mmerupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.
Pada masa yang sama, MySejahtera juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Dengan kata lain, MySejahtera boleh bantu Kerajaan Malaysia untuk bantu kita semua dalam melindungi diri dan keluarga dari Coronavirus COVID-19. Ia bertujuan untuk:
- Menilai tahap kesihatan terhadap risiko COVID-19 untuk diri kita dan keluarga
- Mendapatkan panduan kesihatan terkini berkaitan COVID-19
- Mendapatkan panduan tindakan yang perlu diambil berdasarkan kategori risiko COVID-19
- Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan
- Menerima maklumat yang terkini dan panduan mengenai COVID-19 dari sumber yang sahih
Cara download dan mendaftar MySejahtera
Berikut ialah langkah dan cara daftar MySejahtera seperti yang dikongsikan dalam laman web rasmi mysejahtera.malaysia.gov.my
1. Muat turun atau download dahulu aplikasi MySejahtera:
2. Klik Daftar Di Sini
3. Daftar dengan nombor telefon atau email
4. Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
5. Klik pautan pengesahan dalam email
6. Korang kini berada dalam langkah 1 dalam proses daftar MySejahtera
7. Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran
- Nama pengguna
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- Umur
- Jantina
- Bangsa
- Alamat semasa
8. Korang kini berada dalam Langkah 2 dalam proses daftar MySejahtera
9. Tetapkan Kata Laluan
10. Tekan butang Sahkan
11. Pendaftaran MySejahtera anda telah berjaya
12. Korang akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna korang ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan korang adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
13. Tekan Tutup
14. Kini korang sudah boleh login MySejahtera
Cara login MySejahtera
Berikut ialah langkah-langkah atau cara login MySejahtera. Pastikan korang sudah install app MySejahtera dan mengikuti cara daftar MySejahtera.
1. Buka aplikasi MySejahtera
2. Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya
3. Masukkan ID Pengguna korang
4. Klik Log Masuk
**Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
**Sekiranya semuanya berjalan lancar, korang boleh login MySejahtera
Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam MySejahtera ini selamat?
Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi korang akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi korang tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
Bila dapat tebus RM50 e-Walletnya?
Bukan hanya dapat kredit RM50, tetapi juga kupon tambahan RM50! Walau bagaimanapun, ganjaran e-Wallet RM50 yang diterima hanya akan digunakan untuk penggunaan kedai fizikal. Pelan e-Penjana ini akan diedarkan pada bulan Julai dan 15 juta orang dijangka mendapat manfaat!
Untuk mendapatkan ganjaran e-Wallet RM50 + kupon RM50 ini, korang mesti memenuhi kelayakan berikut!
- Warganegara Malaysia (berumur lebih dari 18 tahun)
- Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000
- E-Wallet sendiri
- Mesti memuat turun APLIKASI MySejahtera
Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman seterusnya ya.. Sis akan update nanti yang terkini..
Sumber SINI
P/S: Tak faham sila banyakkan bertanya, membaca dan mencuba, jangan tak faham tapi terus tak buat..
Sampai sekarang tak boleh log in lagi. Tunggu email pengesahan tak sampai-sampai
ReplyDeleteYaaa ramai kata no code tu lambat, sebab sekarang ramai download, so kena sabar le menunggu...masa Sis dulu kejap aje dapat..
DeleteBelum download lagi. huhu..ketinggalan kejap
ReplyDeleteHahaha silalah berbuat demikian, sebab memana soping mall or kedai makan, dah scan terus direct pergi MySejahtera Fizah..
DeleteMemang mudah MySejahtera ni . Sebagai rakyat Malaysia patuhilah SOP sebab peranan kita penting untuk putuskan rantaian COVID-19
ReplyDeleteBetul Sal..mudah nak detect tahap kesihatan kita juga...
DeleteKita tak download lagi. Nantilah nak cuba download app tu. Sambil menyelam minum air kan .
ReplyDeleteYaaa download sekarang, nanti dah dapat register, ada rezeki dapatlah e-Wallet rm50 tu..
Deletesaya belum lagi download benda nie
ReplyDeleteSilalah berbuat demikian ya Tuan hehehe
DeleteTadi sebelum baca tertanya tanya gak yang RM50 e-wallet tu untuk apa kegunaannya? Tetapi baru tahu tunggu berita selanjutnya haha...
ReplyDeletee-Wallet tu sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia yang telah memuat naik apps tu...kerajaan menyarankan semua rakyat Malaysia muat turun apps tu bagi emmbantu mereka mendapatkan maklumat kesihatan kita dengan lebih details..
DeleteBelum sempat nak cek dan upload My Sejahtera yang disyorkan oleh Kerajaan ni. Akan cek nanti.
ReplyDeleteYaa Kak, nanti download laa, mudah aje tu, ikut aje step by step tu...
DeleteThank you for sharing the tips and steps Sis Lin. I just registered to My Sejahtera. Now waiting for approval.
ReplyDeleteYup, tunggu nombor code pengesahannya ya, mybe now ramai download, so agak slow laa line mereka...
DeleteDah download tapi tak dapat register lagi hahahah tunggu code dia hantar tu bertahun jugak la
ReplyDeleteRamai juga tak boleh register tu, sabar dulu ya, nanti dah dapat terus buat okay...
DeleteThank you for the update sis lin. Saya baru tahu pasal tebus ni. Apps MySejahtera dah ada lama dalam phone sejak bulan April lagi. hehe.
ReplyDeleteYaaa better download aje dulu.. redeem tu nanti kemudian akan di beritahu..
DeleteSaya pun dah download dah MySejahtera ni... tapi itu lah pulak, tak dapat nak login lagi... mungkin sebab terlalu banyak traffic kot... insyaAllah esok nak cuba lagi...
ReplyDeleteMemang ramai kata gitu, mybe line tengah ramai download, tu yang sesak hehehe
Deletehahahah sana sini aku tengok orang update entri pasal ni tapi cara tebus RM50 e wallet tu tetap tak ada...ada yang main letak tajuk gitu tapi sebenarnya cite pasal cara download n install mysejahtera saje..adeii..
ReplyDeletebaca entri ko baru la aku faham, bulan julai nanti baru masuk e wallet...
Iyerr, download dulu untuk senang nak check-in sana sini, redeem tu nanti kemudian di umumkan..
DeleteTq for sharing mmg patut pun semua orang download Mysejahtera ni utk kemudahan dorang bg nemanttau kesihatan msg2
ReplyDeleteSama-sama Kak..yee sekarang nak ke sana sini dah senang check-in guna MySejahtera ni..
DeleteWow! Thanks for sharing this information, nanti sis pergi check out their app.
ReplyDeleteYaaa, Kelly don forget tu download..
DeleteSaye dah dapat log in,tapi mcm mne nak tebus rm50 tu??
ReplyDeleteTebus tu nanti akan di umumkan , kita tunggu bulan Julai nanti ya..
DeleteEbay dropshipping is one of the latest approaches people are using to make money using Ebay and similar auction sites. While it can be a profitable venture, not everyone who gets involved achieves huge financial gains. Cara nak dapat duit dalam sehari
ReplyDelete