JOM LEPAK DAN MAKAN DI SUNWAY BIG BOX BERKONSEPKAN 'DRIVE THRU DINE IN'

Sis Lin
22
JOM LEPAK DAN MAKAN DI SUNWAY BIG BOX BERKONSEPKAN 'DRIVE THRU DINE IN' | Bagi memudahkan semua orang ramai, kini Sunway Big Box memperkenalkan konsep 'Drive Thru Dine In' yang dibuka setiap hari dari sarapan pagi (10am - 12pm), makan tengah hari (12.30pm - 2.30pm), minum petang (3pm - 5pm) dan juga makan malam (5pm - 7pm) bermula pada 17 June sehingga 10 Ogos 2020.

Mulanya kan masa dapat tau hal ni, Sis pun tak faham tau konsep yang di ketengahkan. Duk fikir macam mana Drive Thru kemudian Dine In plak, tapi bila dah pergi dan mencubanya sendiri, oo baru tau macam mana cara Drive Thru-nya dan juga Dine In-nya dan juga Sis faham apa yang ingin mereka sampaikan.

Untuk menjaga kseselamatan dan juga bagi mengawal pergerakan dan Social Distancing, kerana itulah konsep Drive Thru Dine In ini diperkenalkan kerana pengunjung yang ingin makan di sini, tidak perlu bangun ke sana ke sini untuk membuat pesanan makanan mereka. Mereka hanya klik link website untuk tempahan meja, kemudian buat pesanan menu melalui online, dan pandu kereta/walk-in ke tempatnya, kemudian duduk dan makan sahaja.

Sangat memudahkan kita dan kita tidak perlu bimbang untuk bertembung dengan orang ramai, beratur dan bersesak di kedai makan. Bestkan macamtu kan? Kalau nak order lagi macam mana? Kalau tak cukup dan korang nak order lagi, korang just add-on di meja aje.. terus mereka hantar ke meja korang.

Macam mana caranya? Meh Sis tunjuk satu persatu kisah Sis makan tengah hari di sini bersama Sunah Sakura baru-baru ni..

Kredit Pic by KK Lew

Ini Step Pertama yang mula sekali korang kena buat. Korang bukak link web ni --> https://www.sunwaybigbox.com/events/drive-thru-dine-in-2020-05-17-21 ..

Kemudian korang scan barcode yang ada tu, then korang terus akan di beri borang isi details tempahan dan pilihan meja (outdoor atau indoor) dan pesanan menu korang. Korang isi semua details, termasuk nombor plat kereta dan juga masa/jam korang akan sampai. Masa/jam tu korang kena betul-betul comfirmkan ya, sebab bila waktu yang korang sampai di sana, jika korang awal, maka pintu entrance untuk masuk tu memang tak buka. Hanya di buka untuk yang dah booking sahaja.

Dan hanya nombor plat kereta yang dah daftar sebagai tempahan meja sahaja yang di benarkan masuk. Security akan jaga di situ untuk check nombor plat kereta dan akan buka pintu entrance tu untuk korang. Jika korang terdatang lambat, korang call nombor tu, nanti security akan datang buka.



Untuk pesanan menu pula, pihak restaurants yang korang buat tempahan menu tu, akan wahtsapp korang untuk dapatkan pesanan menu korang pada hari kejadian. Jangan risau... tak remeh pun, lagi memudahkan kerja kita ada laa. Semua hanya di hujung jari korang sahaja.

Okay, lepas korang dah dapat masuk entrance tu, korang terus naik atas dan pergi ke park GF. Dan korang park kereta korang (seperti dalam gambar) di situ. Park tu memang khas untuk mereka yang buat tempahan makan secara Drive Thru Dine In sahaja.

Oh! Ya lupa nak bagitau dan mention. konsep Drive Thru Dine In ni ada 2 konsep, satu secara Indoor (sebelah parking tu haa), dan satu lagi secara Outdoor (nanti Sis tunjuk gambarnya). So korang boleh pilih samaada nak Indoor atau pun Outdoor. Better musim panas ni amik ler Indoor, sejuk aje makan dalam tu weyy hehehehe.



Okay yang Sis kongsi ni konsep Indoor. Tak silap ada 3 jenis paten konsep Indoor yang ada. Sis dan Sunah pilih Summersalt, deko dia ala-ala romantik gitu, dengan kain putih kat tiang macam khemah orang kawin hahahaha. Ikutlah suka korang nak duduk mana makan.

Meja yang di sediakan pun masih lagi mengikuti SOP yang di tetapkan, cuma kalau korang dalam keluarga yang lebih dari 4 orang, bolehlah duduk di bawah satu bumbung tu dan makan bersama.

Haa lagi satu nak bagitau ya. Jika korang datang sini, selepas park kereta, korang tidak pakai mask, mereka akan beri korang mask secara percuma beserta wet tissue kepada korang setiap sorang. Pemeriksaan kesihatan macam biasalah, tetap kena buat sebelum korang masuk dalam ya. Jadi pastikan korang sihat untuk keluar dari rumah.



Yeee kalau korang dah order pesanan menu online tu, tentu korang dah tau kan, restaurants apa yang hanya ada dalam Drive Thru Dine In ini. Ada 8 restaurant makan beserta minuman yang boleh korang buat pilihan. Antaranya  PiZZ@, Awesome Brew, Mr Dakgalbi, Dum Dum Thai Drinks! Juga Kenny Rogers ROASTERS Malaysia, The Chicken Rice Shop, Shake Shake Malaysia dan juga Tealive Asia. 

Di atas meja setiap meja korang duduk, akan ada scan barcode menu semua restaurant yang ada, so bila menu korang sampai yang pertama korang order, kemudian korang makan tak cukup, nak order lagi, so korang hanya scan barcode untuklihat kesemua menu, then korang call untuk buat pesanan. Mereka akan hantar terus ke tempat korang.

Cara hidangan dan persembahan yang mereka bawa ke meja pun, tetap sama seperti kita datang makan di restaurant mereka juga. Bayaran pula, korang boleh bayar sewaktu pesanan menu secara online atau pun Cash On Delivery ketika menu sampai. Pun boleh!. Mudah sangatkan..



Yaaa kalau korang dah pesan masa isi detils tu dan mereka dah wahtsapp korang, menu korang tu akan sampai on time mengikut waktu yang korang dah bagitau mereka. Sebab itu Sis kata, comfirmkan betul-betul masa/jam yang korang akan sampai ya.

Menunya pun panas-panas lagi masa sampai. Sunah order menu dari Awesome Brew, dia makan Spageti Cabonara dan Caffe Latte. Sis makan set Kenny Rogers ROASTERS Malaysia, tapi lebih tertumpu makannya dekat PiZZ@ ajer, sedap uitt.. pepanas lagi semua PiZZ@ yang kitaorang order. Fresh from oven.

Harga? Harga tetap sama dengan harga yang korang makan di restaurant mereka, tiada caj delivery atau tiada caj servis hidangan ya. Jangan risau hokay.



So ini haaa dia yang Outdoor punya, tempat makannya ada di luar tepi-tepi kaki lima sepanjang jalan di Sunway Big Box tu. Kalau sebelah malam, siap ada lampu, terang je situ, dan cuaca pun mungkin sejuk sikit. Tapi kalau siang hari, Sis rasa panas berdenting kepanasan gak uitt..

Tapi ikutlah pilihan mana korang suka. Cara dan makan, sama je, cuma suasana konsep tempat korang pilih je berbeza. Kalau Sis, Sis pilih Indoor, selesa dan agak privacy sikit. Dekat pun ye dengan tempat parking kereta, so lebih selamat dan yang bestnya, depan je dengan washroom hahahaha.. Serba serbi dekat.

So korang jomlah lepak dan makan di sini. Bawa keluarga, kawan-kawan atau pun pakwe/makwe datang makan di sini ya.

Untuk lebih info dan details, korang klik sini ---> https://www.sunwaybigbox.com/events/drive-thru-dine-in-2020-05-17-21 atau ke facebook mereka Sunway Big Box .
Note: Pre-booking reservation has to be 3 days in advance thru Sunway Big Box FB page

Enjoy korang !! ..


P/S: Sis suka konsep gini, nanti next nak bawa Geng Bas Sekolah Sis plak ke sana, siap lee mereka berOOTD bagai hahahaha..

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. best kan gini...aku ingat nak request camni la untuk dak2 ni celebrate birthday aku nanti..kahhhhhh

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha aku pun nak request gak laaa..pegi time malam kan Sunn..

      حذف
  2. Menarik gak konsep gini . Terbuka dan lain dari yang lain. Bolehla try next dengan geng , nak bawak family ada anak kecik ...kena pilih indoor lebih menyakinkan . hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yup...senang tak payah bangun nak order sana sini dah...

      حذف
  3. Wow!!!!!! Drive thru dine in. Best nyer! Nampak sedap sgt pizza yg you pegang tu. Thank you for sharing.

    ردحذف
  4. Wow! Menarik jugak ni... dah fefeeling macam tengah makan ala-ala garden theme gitu... Mr Dakgalbi tu macam best tu (almaklumlah, anak-anak peminat K-Pop)... insyaAllah nanti nak check it out lah... hehehehe...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha iyaa laa, kalau suka OOTD memang kena sangat laa kannn... sama lee anak pun suka makan makanan korean..

      حذف
  5. Satu konsep yg cukup innovatif amat memudahkan... boleh dijadikan contoh.

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat kak...memudahkan kita tak payah nak ke sana sini order makan...

      حذف
  6. memang suka kala konsep drive thru ni. lagi pulak konsep yang ini drive thru dine in.. blh makan dekat situ. mak datang hujung mnggu ni blh la bawak datang makan sini. dia pun suka bergambar, tempat pun cantik dah tu

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Leya, sesuai tu kalau bawa Mak ke sini, sebab tak payah bangun nak order makan, scan call then order...

      حذف
  7. Tu dia cantik jugak konsep drive thru dine in ni. Dekat kl dh ada ke? Tempat ootd bergambar pon byk dan cantik utk budak3 muda sukalah

    ردحذف
    الردود
    1. Kan kan cantikkann...berOOTD sangat lawaa... sambil makan, tenang aje keliling kita..

      حذف
  8. Wahh cantik dan best konsep mcm ni. Bolehlah cuba bawak family ke sini nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh, silalah...sangat best..makan pun macam privacy gitu..

      حذف
  9. Cantik tempatnya. Best makan sini, tenang je. Makanan pon nampka macam menarik

    ردحذف
    الردود
    1. Yup betul, makan dengan tenang tanpa riuh rendah keadaan keliling...

      حذف
  10. Cantik tempat ni.. tapi mujur time pkpp disediakan khidmat drive tru... blh juga rasai makanan sini wlpun bw balik rumah

    ردحذف
    الردود
    1. Yup..rasanya nanti kalau habis PKP pun mereka nak teruskan gak konsep ni, sebab dapat sambutan baik..

      حذف
  11. menarik inisiatif mcm ni. kalau ada dkt tempat saya dh pegi try dh ni. hehe. skrg ni mcm2 cara untuk tarik pelanggan & orang ramai

    ردحذف
    الردود
    1. Kann, harap-harap nanti ramai yang buat konsep macam ni, senang kita nak makan..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!