MAKAN TENGAH HARI DAN MALAM DI HOTEL MEWAH HANYA RM58 SAHAJA!

Sis Lin
18
MAKAN TENGAH HARI DAN MALAM DI HOTEL MEWAH HANYA RM58 SAHAJA! | Korang kalau baca tajuk mesti tanya, 'Eh,betul ke?', Ermmm aperr selama ni Sis update Sis tipu ke? Hahaha...kalau Sis tulis macamtu, makanya betullah tu harganya hanya RM58 sahaja. Yaa mana nak dapat makan kat hotel mewah dengan harga segitu? Ada ke?..

Di mana? Hanya di Renaissance Johor Bahru Hotel. Berikutan negara kita masih lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, so pihak Renaissance menawarkan promosi RENtastic Menu  'Eat All You Want' sepanjang PKP ni dengan harga hanya RM58 seorang/per-head. Murah tak murah tu? Murahkan?...

Promosi ini hanya kepada mereka yang datang walk-in makan (Dine-In) di BLD Cafe Renaissance Johor Bahru sahaja. Selamatkah? Yaaa insyaAllah terjaga, di sini patuh mengikut kepada SOP yang telah kementerian tetapkan. Melangkah masuk hotel sahaja korang kena check suhu dan isi details, kemudian korang nak masuk ke dalam restaurantnya pun kena ikut langkah yang sama. Ini semua sebagai langkah keselamatan pihak hotel bagi tetamu keluar dan masuk di hotelnya.



RENtastic Menu ini terbahagi kepada beberapa pilihan menu makanan, termasuk makanan Melayu, India, Chinese dan juga Western. Dari menu pembuka selera, kepada main course, kemudian ada appetiser, dessert, bbq, seafood dan juga aneka kuih-muih. Memang tak termakan kesemuanya, banyak sangat pilihannya.

Yang bestnya, setiap pilihan menu masakan, ada beberapa jenis menu yang korang boleh pilih, korang boleh pilih nak makan salah satunya ataupun kalau memang ko kuat makan, korang boleh pilih kesemua yang ada. Kan dah kata Eat All You Want, so selagi ko boleh makan, haaa makan!.



Makan tengah hari ini bermula dari jam 12pm sehingga jam 3pm. Dan kalau Makan Malamnya pula pada jam 6pm sehingga 9pm. Memang ngam le waktu-waktunya kan. Korang kena booking seats dulu then korang walk-in datang dan duduk order kemudian makan. Korang akan diberikan menu dan juga list menu, dan korang tick ✔ menu mana yang korang nak makan (pusingan pertama laa gitu), then order.

Tapi...sebelum menu yang korang order tu sampai, semua pelanggan yang datang makan sini akan di berikan secara PERCUMA menu set 'Tasting Bites', di mana set ini ada pelbagai menu dalam kuantiti seorang makan. Antaranya ada Rojak, Popia Basah, Pakora, Kerabu, Crackers & Dippings. Nampak je kecik ko, sekali makan, rasa gak kenyang hahahaha.

Dan lepas dah makan menu ni, sekejap nanti, akan sampailah menu-menu yang korang order tadi. Memang rambang tekak kalau nak memilihnya, Sis sendiri pun sampai rasa wowww sangat oiii, dah tak tau nak makan mana dan tak boleh nak makan semua, adeii... tapi #SisCuba juga rasa dan habiskan. Jangan membazirrrr...hahahaha...

Meh Sis tunjuk antara set menu masakan pelbagai yang korang boleh cuba. Semua sedap belaka, tapi ada jugalah yang kureng rasanya bagi Sis, tu tekak Sis laaa...tekak korang Sis tak tau, kena cuba baru tau..


Salads Galore 
- Classic Caesers
- Thai Beef Salads
- Ulam Kerabu

Antara 3 ni, Sis paling suka Thai Beef Salad dia, perghh sedap giler...rasa macam nak order lagi je haritu, tapi i segan kakakakakah!..sedap woii... must try!


Pasta Fiesta 
- Spageti Aglio
- Brocoli Pesto
- Chili Bolognese

Untuk pasta ni, bagi Sis biasa je, cuma agak kecewa gak dengan rasa Spageti Aglio tu, tak sama macam biasa kita makan, sebab peberet Sis tu, tak tau laa silap tekak ke silap masaknya..


Soups Pot 
- Mushroom Truffle
- Roasted Pumpkin
- Hot & Sour

Kalau Soup ni, Sis hanya makan dan rasa Mushroom Truffle dia jer, memang tak pernah tak sedap. Sis makan 2 mangkuk hahahaha.


Teppanyaki 
- Beef
- Chicken
- Fish Fillet
- Tofu
*With onion, peppers, mushroom, garlic & teriyaki soy.

Teppanyaki ni memanglah sedap, apa je laa jenis bila dah masak memang sedap, Sis prefer beef, lembut je dagingnya bila kunyah makan, sedap..


Western Treats 
- Chicken Parmesan
- Italian Meatballs
- Fish with Caper Sauce

Yang ini kan, memang tak sangka Chicken Parmesan tu sedap beno, mulanya taknak makan gak, sebab nampak macam tak menarik aje, hahaha sekali dah makan, uiittt sedap...hahaha..


Asian Specialty 
- Mee Rebus
- Ikan Bakar Portugis
- Tomyam Fried Rice
*Served with sambal belacan & ulam-ulaman

Maaf, Mee Rebus dia Sis tak sempat nak rasa, tapi Tomyam Fried Rice dan Ikan Bakar tu Sis makan, memang ngamlah ! Sedap Ikan Bakar dia, satu meja Sis puji Ikan Bakar Portugis tu sedap.


Chinese 
- Sweet & Sour Chicken
- Pineapple Fried Rice
- Nyonya Fish Fillet

Yang ini masakan Chinese. Korang yang suka masakan chinese boleh cuba ni. Nyonya Fish Filler dia memang the best woo!. Kompom korang order dua kali nanti hahahaha..


Indian 
- Chicken Tandori
- Beef Kofta
- Amritsari Fish
*Served with garlic nan/plain nan/cheese nan and Raita/chutney/Dhal

Okay bab makanan India ni Sis taknak komen apa, sebab kalau ko nak sama macam kedai mamak memang tak le kann...tapi rasa tetap ada. Beef Kofta dia Sis suka, sedap terasa rempah mamaknya.


Yerrr tu kesemua menu yang korang boleh pilij dan makan, pilih salah satu boleh, nak makan semua pun boleh. Bayar tetap RM58 sahaja. Dan bagi mereka yang ada bawa anak-anak, jangan risau, ada juga set menu untuk anak-anak. Antaranya:

Kids Menu 
- Fried Chicken Strips
- Cheese Burger
- Pasta Bolognese
- Sausages and Chips
- Fried Rice or Noodles

Tu set untuk kanak-kanak, korang bolehlah order untuk anak korang juga. Tapi kalau anak korang boleh makan menu yang sama macam korang, so takde masaalah, boleh je order yang sama. TAPI...kalaulah bila korang dah makan tapi tak kenyang-kenyangkan..manalah tau kan, ada bawa saka hahahahaha *gurau aje...jangan risau, korang boleh order plak menu ADD_ON yang di sediakan.

Perghh menu add-on dia buklan calang-calang sikit woo...sekali ko order, boleh makan semeja satu family. Tak caya? Meh kita lihat...


Tomyam Claypot RM50
Penuh segala 'binatang' dalam tu oii hahaha seafoodlaaa...kuah Tomyamnya pun sodap, kena dek tekak Sis ko ni yang memang suka masam-masam..yang penting ada ketam dalam itu Tomyam hahahaha...


Satay Kampung RM36 
Ini biasa-biasa je, korang biasa je makan Satay kan, cuma bezanya ada satay udang, satay tauhu tu je. Kuah kacangnya sedap! Sis suka..


Mixed Grill Platter RM55 
Yang set add-on ni memang Sis rekemen kat korang yang datang satu family order ni. Puashati oii makan, sedap dan portion kemain besau!. dan....tetibaa menyesal Sis ko tak makan itu lamb, arghhh kecur sudah! Masa tu perut macam nak meletop dah hahahaha..



SEAFOOD on ICE RM55
Yo..kalau dah nama Renaissance, memang tak akan lari dengan keenakan Seafood on ice dia, semua segar-segar oii, cuma yang ni takde sotong kurita yee, harap maklum hahahaha.. TAPI dia punya Baked Oyster with Lemon Wedges tu perghhh gile sedap, Sis ko makan 3 ketul hahahaha..


Dan jangan terkejut plak tetiba ko tengah makan nanti, ada pulak orang datang sorong troli ke meja makan korang, tu bukan peniaga luar ye, mereka tu pelayan yang datang ke meja korang hidangkan menu Pencuci Mulut (Desserts) terus ke meja korang. Korang tak payah nak bangun bagai. Just Stay and seat!.

Macam biasa lee, pilihan menu desserts kat sini macam jualan bazar, pelbagai jenis ada, dari kek, puding, talam, jelly, dan juga koktailnya pun ada. Korang kena pilih sekali aje, so buat pilihan yang bijak sebelum mereka sorong balik troli hahahaha...maksudnya, kalau ko jenis tamak, ko amiklah sekali banyak je senang, janji ko makan, jangan membazir, faham? hahaha..


Haa apalagi, harga dah murah, hanya RM58 sahaja, menu pun best-best semua, so cepatlah booking yaa selagi masih dalam PKP ni, habis PKP, Sis ko takut promosi pun tamat, dan harga takde laa dapats emurah itu yaa..

Perlu ingat, semeja hanya 4 orang sahaja, kecuali kalau korang datang serumah sekeluarga, korang deal lee dengan mereka, bagitau nak duduk semeja. Tapi kalau datang dengan kawan-kawan macam ni, tidak boleh duduk reramai, hanya 4 orang sahaja. Social Distancing ya..bukan dancing-dancing hahahaha...

Book sekarang! Call +6073813322 atau WhatsApp +60177713327.

Renaissance Johor Bahru hotel
Cafe Bld at Renaissance Johor Bahru hotel
2 Jalan Permas 11, bandar baru permas jaya, 81750 Masai, JOHOR
Telefon : 07-3813388
Website : http://www.marriott.com/hotels/travel/jhbbr-renaissance-johor-bahru-hotel/

Selamat menjamu selera..


P/S: Rindu pulak tetiba Buffet Ramadhan kat Renaisance ni, Chili Crab dia sedap giler!!..

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. fuhhh
    sedap-sedap semuanya
    terliur tengok

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. Rindu nak pergi bercuti, tidur hotel, makan sedap-sedap

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya.. tapi dekat JB pula.. memang berbaloi la RM58 leh makan sampai kenyang. tapi mereka yang hantar makanan tu ea? biasakan buffet kita ambil sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul Lynda...yang ini just seat and eat, kita pilih je menu order, kemudian mereka akan hidang kat kita, tak payah bangun-bangun, stay safe..

      Delete
  4. eh..murah jugak tu..makanan berbaloi..chili crab?? sedapnya

    ReplyDelete
  5. tengah lapar ni.. tengok bufet pulak. allahu sejak pkp ni kan, terasa lama betul tak makan luar. bestla murah harga tu

    ReplyDelete
  6. Wah...murahnya...tapi johor jauh. Tak boleh nak cross state borders juga sekarang

    ReplyDelete
  7. serius la? murahnya? macam buffet pulak tu. menarik ni. macam boleh pergi je makan kat sini. menu dia pun nampak sedap je semua.

    ReplyDelete
  8. Wah... Murah tu...!!!
    Rugi laaa tak grab pakej gini. Menu meriah, dekorasi pun cun. Sesekali why not kannn

    ReplyDelete
  9. lamanya tak makan kat hotel. rindu pulak nak makan kt hotel. hotel yg ditunjukkan ni pun mcm best tapi jauh sangat.

    ReplyDelete
  10. murah pakej dekat situ, menu-menu pula nampak menarik dan sedap.. kalau dekat dah terjah dah, apakan daya jauh.. yg dekat tu jangan x pergi... rugilah x dapat makan sedap2 tapi murah

    ReplyDelete
  11. Rambang mata nak pilih yang mana hihi. Semua makanan nampak menyelerakan. Arghhh sedapnyaa!

    ReplyDelete
  12. Ya ampun sedpnya sis. .murah betul rm58 je. Tergoda tengok menu mix grill, seafood tu.. Tapi syg jauh bebnorbebnor.

    ReplyDelete
  13. Wah... bestkan kku dpt jlb2 and mkn2 kat hotel.. rindu dah ni.. nak kuar mcm biasa tgk mmg sedap gitu

    ReplyDelete
  14. Rindu yer nk makan kat hotel. Kalau kat JB ni huda dah terjah sini. Dah la murah sgt dpt makan sedap2

    ReplyDelete
  15. Wah berbaloi semua tu only RM58 boleh lah ajak kawan jumpa kat sana.

    ReplyDelete
  16. Semuanya menyelerakan. Rindu nak makan kat hotel. Rasa seronok bila semuanya tersedia. Lagi best bila harga berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!