MANFAAT DAN KHASIAT JIKA MINUM AIR KELAPA SELALU

Sis Lin
8
MANFAAT DAN KHASIAT JIKA MINUM AIR KELAPA SELALU | Jika korang perasan kan, air kelapa mendapat permintaan tinggi setiap kali puasa atau hari-hari seharian. Kalau tak percaya, cuba korang tengok di tepi-tepi jalan atau ke pasar malam pada lewat petang dan malam. mesti korang hanya nampak balang kosong sahaja. 

Sis pun pernah kena gitu masa bulan puasa, pergi seawal jam 5pm nak beli air kelapa, tapi balang dah kosong habis. Terpaksa beli kelapa biji yang belum kopek, dan kena leee kopek sendiri. Memanglah yang biji lebih murah dari yang dah siap jadi air, tapi kalau dah nak buat buka puasa kan, tak kowser le nak beli biji, tapi kalau dah takde, terpaksa gak le beli. 

Korang nak tahu mengapa air kelapa menjadi pilihan? Dan juga apa manfaat dan khasiatnya jika korang minum air kelapa selalu? Jom baca apa yang Sis kongsikan ni. 


Apakah itu air kelapa?

Secara semula jadi ia menyegarkan dan mempunyai rasa manis. Ia mengandungi karbohidrat mudah dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit. Tidak boleh dikelirukan dengan santan atau minyak lemak tinggi, air kelapa adalah cecair yang jernih di tengah buah yang diambil daripada kelapa muda dan hijau.

6 sebab korang perlu tau manfaat dan khasiat jika minum air kelapa selalu

Menggalakkan hidrasi
Bahan yang terkandung dalam air kelapa sangat berkesan menghidratkan tubuh manusia. Seharian beraktiviti atau berpuasa tanpa mengambil apa-apa makanan, atau cergas aktif, tubuh kehilangan cecair yang kaya dengan mineral. Jadi air kelapa adalah minuman terbaik semasa berbuka puasa kerana mengandungi 294 mg kalium dan 5 mg gula semula jadi setiap gelas yang memberi tambahan tenaga.

Merendahkan tekanan darah
Satu kajian pada tahun 2005 mendapati bahawa apabila subjek diberikan air kelapa selama dua minggu, tekanan darah sistolik mereka adalah 71 peratus lebih rendah dan tekanan darah diastolik mereka adalah 29 peratus lebih rendah berbanding mereka yang minum air kosong.

Membantu proses pencernaan
Air kelapa mengandungi asid laurik yang boleh menyembuhkan keradangan serta mengawal keasidan perut ketika berpuasa. Ini kerana sepanjang berpuasa tanpa disedari asid perut meningkat akibat tidak menerima apa-apa makanan. Asid perut yang tinggi menyebabkan perut berasa sakit.

Mengurangkan kolesterol dan trigliserida
Satu kajian pada tahun 2006 mendapati bahawa tikus yang diberi air kelapa mempunyai peluang penurunan serangan jantung. Ia membantu mengurangkan jumlah trigliserida kolesterol total mereka, dan kolesterol LDL, khususnya kolesterol yang terdapat di dalam hati.

Menurunkan berat badan
Air kelapa adalah rendah kalori. Ia mengandungi pelbagai enzim bioaktif yang membantu pencernaan dan meningkatkan metabolisme lemak. Malah, air kelapa kaya dengan kalium, yang membantu mengimbangi natrium. Natrium yang berlebihan dalam badan cenderung menyebabkan pengekalan air, menyumbang kepada berat air. Oleh itu, air kelapa membantu menyingkirkan air berlebihan serta toksin dari badan korang.

Merawat sakit kepala
Sakit kepala semasa berpuasa juga adalah perkara biasa kerana badan tidak menerima sebarang cecair pada waktu siang. Atau ketika keadaan cuaca panas. Ia juga boleh menyebabkan seseorang mengalami migrain. Oleh itu, air kelapa sangat membantu dalam membekalkan elektrolit ke badan dan meningkatkan penghidratan.

Air kelapa juga kaya dengan magnesium. Orang yang mengalami migrain selalunya mempunyai tahap magnesium yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa magnesium boleh membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain.

Kuantiti meminum air kelapa?

Air kelapa boleh dinikmati sebagai minuman begitu sahaja atau digabungkan dengan produk cecair yang lain. Tiada peraturan tertentu mengenai jumlah yang perlu diminum setiap hari.

Air kelapa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang luar biasa. Ia tidak sepatutnya menggantikan air kosong, tetapi boleh menjadi alternatif hebat untuk minuman lain yang rendah gula dan kalori.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor 
Oleh Farah Aziz

So korang jika rasa nak minum air manis tu, eloklah beli air kelapa aje, tidak ada gula dan banyak manfaat dan khasiatnya. Dulu kann, Sis mati-mati ingat air kelapa ada gula hahahaha..sekali bila Suami tanya, buah kelapa tu jatuh dari mana? dari pokok....so ada ke takde gula? Sis erkkkkk...  ye laaa takde gula hahahaha.... 

Suami paling kerap beli dan suka minum air kelapa ni, kadang bawa balik 3 hingga 5 biji balik rumah. Belakang rumah ni ada jual, murah kelapanya. Kalau demam pun sama, Suami akan beli dan minum sehari tu kadang sampai dua tiga kali.. gitu laaa...

Lepas ni korang, rajin-rajin lee minum air kelapa ya.. 


P/S: Terus rasa nak cari air kelapa laaa hahahaha.. 
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Banyak khasiat air kelapa ni.
    wak pun selalu minum air kelapa apabila dahaga

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha Wak senang yee, petik aje belakang dan depan rumah tu..hehehehe

      حذف
  2. fevret !! kena amek yg no sugar no ice
    insyallah lagi berkhasiat sbb pure..

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, sebab tu senang nak puashati beli yang biji...kan kannn

      حذف
  3. post ni bagus la tq for sharing

    ردحذف
  4. bagus jugak kalo bole kurangkan berat badan hanya dengan minum air kelapa..hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ta[i kena lee beli buat stok kat uma, haus je minum air kelapa hehehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!