Alhamdulilah, Sis pun turut tumpang gembira buat mereka-mereka yang ada kampung halaman yang dah sekian lama tak balik kampung, dan akhirnya dengan pengumuman PM semalam, bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan di laksanakan. Banyak kelonggaran yang telah diberikan, dan menurut kata PM, dalam tempoh pemulihan ini, bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid19, semuanya bergantung di tangan KITA semua.
Korang jangan suka sangat tau, hati-hati dalam setiap pergerakan, bukan bermakna PKPP ni kita dah bebas dari wabak Covid19, tapi kita kena lebih berhati-hati dengan 'musuh dalam selimut' ini, kita kena amik langkah keselamatan seperti mana sebelum-sebelum ni kita buat. Ikut SOP yang telah di tetapkan dan jangan 'buat-buat lupa' akan apa yang boleh dan yang tidak boleh.
Sis sendiri pun sejujurnya belum ada keberanian ikutkan nak keluar bercuti kemana-mana. Bukan sebab tak percaya akan langkah kebersihan yang telah di ambil, tapi sebab lebih kepada #KitaJagaKita buat masa ni. Hari-hari ada je kes baharu yang masuk, dan buat masa ni, kes warga tempatan plak melebihi dari kes warga asing. So ada sikit was-wasnya. Mungkin kalau bercuti pun, bukan dalam masa terdekat ini.
Bagi korang yang nak balik kampung, atau akan pergi bercuti, berhati-hati, jika korang ada orang tua atau kanak-kanak yang kecil, jika boleh, #StaySafe ya, sebab mereka ini golongan yang berisiko tinggi. So tolong amik peduli.
Dan tahniah juga buat rakyat Malaysia yang telah berjaya patuh kepada PKP, PKPB dan seterusnya ayuh kita amik langkah yang sama dalam menjalani PKPP yang bermula esok sehingga 31 Ogos 2020.
Berikut merupakan senarai kelonggaran yang diberikan sepanjang tempoh PKPP:
- Dalam tempoh PKPP ini, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.
- Seperti mana yang telah diumumkan oleh sebelum ini, perkhidmatan gunting rambut dan salun juga dibenarkan.
- Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga boleh dibuka.
- Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan.
- Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.
- Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
- Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.
- Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.
- Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.
Sebelum ini, PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei lalu dijadualkan berakhir pada 9 Jun (hari ini), susulan tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan pada 18 Mac.
P/S: Sudah selesa dengan norma baharu, so terpulang masing-masing, yang penting 'sendiri mau ingat!'..
Alhamdulillah syukur.
ReplyDeleteMelompat kami anak beranak semalam bila dengar kata boleh balik kampung hahaha...
Apapun tetap #staysafe & #kitajagakita
Alhamdulilah...
DeleteSelamat pulang ke kampung Puan Hazel, moga selamat semuanya...
Stay Safe ya..
Walaupun ada banyak kelonggaran,bagi PC kita kena lebih perketatkan sebarang tindakan,pergerakan dan apa sahaja rancangan yang mahu dilakukan.Risau ditengah-tengah keghairahan dan kelalaian itu ujian lain mendekat.Nauzubillah.Syukur memang teramat syukur Sis.PC sebak,bahagia perasaan bercampur baur.Alhamdulillah.
ReplyDeleteYaa PC, PKPP ni semuanya terletak pada tangan kita sekarang untuk memutuskan rantaian Covid19 ni...jangan terlalu yakin bebad dari wabak, tapi kena lebih berhati-hati..
DeleteKelauarga wak 10 jun ni sambut raya sekali lagi
ReplyDeleteadik beradik, anak2 saudara, anak2 cucu semua balik
Raya durian sekali
Waaa meriah laaa Wak..Saya pun kalau ada anak balik macamtu pun Sya mesti buat menu raya sekali lagi Wak, buat macam sambut raya pertama sebelum ni...
Deletebetul tu, kena jaga-jaga juga walaupun dah banyak kelonggaran...siapa lagi nak jaga diri kita kalau bukan kita sendiri...
ReplyDeleteYaaa Sunah, keadaan masih baru dan belum pulih, so kena lebih berhati-hati...
Delete