PUDING BUIH TAK SALAH! | Yaaa kes viral mengenai Puding Buih ni baru-baru ni je Sis tau, sampaikan Sis bertanya di wall facebook Sis, macam mana rupa Puding Buih tu, sebab pertama kali Sis dengar nama tu. Dan berita terbaru, beberapa hari lepas, mangsa Puding Buih tersebut telah meninggal dunia khabarnya, salam takziah buat ahli keluarga mangsa.
Tertanya-tanya juga Sis, kenapa dengan Puding Buih tu sampai jadi kes kematian begitu teruk sekali, dan bukan itu aje, hampir berpuluh orang yang makan Puding Buih tu keracunan makanan yang melampau dengarnya. Aishhh menakutkan sekali. Masa tu pulak time penghujung-hujung bulan ramadhan. Kesian kan mereka. Sakit oii bila dah terkena keracunan makanan, azabnya tu Allah aje yang tau, Sis pernah alami, so faham keadaan mereka.
Tapi setelah baca dan menggoogle sana sini, kesahnya Puding Buih Tak Salah, yang salahnya cara memasak dan penyediaannya. Dan pihak yang harus di persalahkan si TELUR. Hahahaha..dengar macam kelakar aje kan, tapi betul tau, ni kes serius.
Oleh sebab itu, selepas ni kalau nak makan telur, pastikan lihat tarikh akhir telur itu, jangan main beli dan masak, dan jaga tahap kebersihan penyimpanan telur itu. Apa ingat bahan lawak ke? Kalau rasa lawak, sila baca info yang Sis kongsikan di bawah ini ya.
PUDING BUIH TAK SALAH!
Mungkin sebelum ini, ramai yang tidak kenal dengan pencuci mulut tradisi yang sebenarnya telah dimakan berkurun lamanya oleh masyarakat kita. Namun, sejak beberapa hari ini, berbuih mulut netizen bercakap mengenai ‘PUDING BUIH’ dek kerana kejadian keracunan makanan yang berlaku di Terengganu.
Kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat. Berikut adalah 4 elemen utama yang menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:
TELUR
Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella. Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!
TEKNIK PENYEDIAAN
Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan iannya tidak dimasak! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan. Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C.
SUHU PENYIMPANAN
Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C.
TEMPOH MASA
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria!.
Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut dan JKNT turut menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan.
Sumber Rujukan :
https://www.sinarharian.com.my/article/85162/EDISI/Terengganu/Mangsa-keracunan-puding-buih-meningkat-kepada-99-orang
https://www.fsis.usda.gov/wps/portal/fsis/topics/food-safety-education/
https://www.foodsafety.gov/food-safety-charts/safe-minimum-cooking-temperature
https://www.chilledfood.org/handling-of-chilled-foods-consumer-advice/
SALAH TELUR RUPANYA.
Telur sememangnya salah satu bahan ramuan yang paling popular digunakan dalam pelbagai jenis masakan di Malaysia, termasuklah menu pencuci mulut yang menjadi sebutan netizen sejak seminggu dua ini iaitu Puding Buih. Semalam, berita telah melaporkan bahawa penggunaan TELUR TAMAT TEMPOH adalah punca utama 99 orang menghadapi kes keracunan makanan puding buih tempoh hari.
Telur mempunyai selaput protein nipis yang wujud secara semulajadi yang dipanggil sebagai 'cuticle'. Selaput ini bertujuan melindungi kandungan dalam telur daripada dicemari oleh bakteria. Manakala kulit telur pula mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bagi menahan kemasukan bakteria dan juga udara dari persekitaran.
Menurut satu kajian saintifik, tahap kualiti selaput perlidungan ini mempengaruhi tahap kesegaran telur tersebut. Di mana, telur lama atau telur tamat tempoh akan mempunyai selaput perlindungan yang nipis serta liang-liang halus di permukaan kulit yang semakin terbuka. Keadaan ini menyebabkan telur akan mudah dicemari oleh bakteria!
Jadi sebelum korang memasak menggunakan telur, jangan lupa untuk periksa terlebih dulu tahap kesegaran telur tersebut. Ada empat (4) cara mudah yang korang boleh amalkan untuk kenal pasti tahap kesegaran telur.
#1. RENDAM TELUR DALAM AIR
Ini adalah teknik yang paling popular iaitu dengan merendam telur dalam semangkuk air sejuk dan lihat sama ada telur tadi tenggelam atau terapung. Telur segar akan tenggelam di dasar manakala telur lama akan terapung di permukaan. Kenapa ini berlaku? Ini kerana semakin lama usia telur itu, semakin banyak udara yang memasuki telur melalui liang-liang halus tadi dan menyebabkan telur semakin mudah untuk terapung!
#2. LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR
Teknik ini memerlukan telur dipecahkan terlebih dahulu kerana kita akan melihat keadaan kuning dan putih telur secara visual. Telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental, elok bentuk bulatnya. Manakala keadaan kuning telur lama pula agak meleper dan agak cair (bentuk bulat tidak elok), malah kadang-kala ada yang melekat pada kulit telur. Perhatikan juga keadaan putih telur, jika warnanya keruh dan keadaannya agak melekit serta tidak cair ianya masih segar. Manakala jika warnanya agak jernih dan keadaannya cair makan ianya sudah lama.
#3. HIDU AROMA TELUR
Telur yang sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk átau orang dulu-dulu panggil ‘Telur Tembelang’. Kalau terpecah telur tembelang ni dalam rumah, mahu pengsan seisi keluarga korang dek tak tahan menahan bau busuknya.
#4. LIHAT TARIKH LUPUT TELUR
Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya telah dibungkus dan ditandakan dengan tarikh luput sama ada pada kotak bungkusan atau permukaan kulit telur itu sendiri. Namun, jika korang membeli dari kedai runcit atau pasar borong mungkin telur tidak ada ditandakan dengan tarikh luput tapi korang boleh bertanya bilakah tarikh telur tersebut diterima oleh penjual tersebut. Sekurang-kurang tarikh itu dapat dijadikan rujukan kepada korang.
KESIMPULANNYA, jom kita ambil peduli tahap kesegaran telur sebelum memasak! Kita tidak memerlukan alat analisis yang mahal atau canggih untuk memeriksa tahap kesegaran telur tersebut, malah kita juga tidak perlu menjadi seorang doktor atau saintis untuk mengenal pasti sama ada telur tersebut masih segar ataupun sudah rosak. Semuanya boleh dilakukan sendiri dengan mengamalkan empat cara mudah tadi.
Sumber : FoodSafetyMalaysia
P/S: Takut plak weii nak makan telur ...adeiii

Jarang berlaku kematiana yang mengakibatkan makanan kan sis...susah sekarang ni..semua kena teliti..tak macam dulu kan..
ردحذفYaa SA, makanya bila terjadi sedemikian, ianya agak serius, so kita kena amik peduli bab kebersihan telur ni...
حذفsian puding jadi mangsa hahaha
ردحذفHahahaha tau takpe, puas Sis ko cari jawabannya hahahaha
حذفEna pon sensitif bab telur kalau nak masak. Mesti nak pecahkan dulu dalam mangkuk sebab serik pecahkan telur busuk masuk dalam sambal. Sadis. Kesian puding buih yang dpt nama busuk.
ردحذفSama laaa anak sulung Sis, cukup cerewet bab telur, nak cuci laa, pastu pecahkan sebiji asing laa, then di belek kuningnya laa, aishh macam-macam laaa, tapi bila dah jadi gini, memang bagus cerewetnya huhuhu
حذفTak pasal pasal puding buih dipersalahkan angkara si telur yang tidak rasa bersalah. Kesian yang terkena tu. Musim PKP ni kena lebih berhati hati beli barang dapur. Check expired date. Tapi kadang belum expired dah tak okay dah. huhu
ردحذفHahaha kannn, sian pudin buih...Sis sebab baru tau kes ni, tu yang duk sibuk baca sana sini pasal kes ni hahahaha
حذف