RESEPI GULAI TEMPOYAK PATIN AZIE KITCHEN MUDAH DAN SEDAP

Sis Lin
23
RESEPI GULAI TEMPOYAK PATIN AZIE KITCHEN MUDAH DAN SEDAP | Yee paling mudah resepi Gulai Tempoyak Patin Azie Kitchen ni, sebab tu Sis suka ikut resepinya. Jangan kata mudah, rasanya pun sedap pulak tu. Dah banyak kali Sis masak ikut resepinya, cuma bezanya jarang sekali Sis masak gulai tempoyak ni guna ikan patin, selalu ikan kembong aje.

Area rumah Sis susah nak dapatkan ikan patin, kadang kalau ke pasar nak kirim Suami, takdenya dia nak belikan, sebab dia sendiri tak makan ikan patin tu hahaha. Tapi sejak jiran perjiranan Sis ada buka kedai pasar basah di area rumah Sis ni, dah senang Sis nak cari ikan patin, sebab di kedainya ada menjual. Siap order wahtsapp dan hantar terus kerumah, ikannya pun dah siap siang, sonang keje Sis. 

Tempoyak pun sama juga, jiran perjiranan Sis ada menjual tempoyak original gitu katanya. Original sebab kata Kak Nor, tempoyaknya di buat dari durian asli yang tak busuk. Memang durian segar yang cuma kulitnya dah pecah aje, bukan busuk cuma dah pecah, rasa masih sedap macam durian, tapi kalau dah di buka dan di leraikan dari biji, di gaul pulak dengan sikit garam, tentunya laa namanya tempoyak kan hehehe. Sedap giler, sebekas RM10, tapi puashati. 


Dan pada Sabtu kelmarin, Sis ada buat potluck makan-makan di rumah bersama Geng Bas Sekolah Sis, makanya untuk menambah lauk selain Sis masak Sayur Lodeh, Sis masakkan Gulai Tempoyak Patin ni. Ikan patin pun ada, tempoyak pun ada, dan belek resepi Azie Kitchen, semua bahan ada di rumah, so makanya menjadi laa menu potluck petang tu Gulai Tempoyak Patin. 

Tak sangka gak ada geng rupanya makan Gulai Tempoyak Patin ni, ingat takde geng, ye laa kot laa geng Sis tak reti nak makan, rupanya hantu gak makan Gulai tempoyak si Lily tu hahahaha... Geng lain nengok aje... Ada seketul isi ikan tu, Sis simpan untuk esoknya, lain semua habis di makan Sabtu petang tu. 


Maaf jika buat korang terliur pepagi ni hahaha..jangan kata korang, dengan Sis sekali bila tengok balik jadi kecur oii...Kalau dah ini macam, lupakan dietmu lalalalalala.. Kan Sis kata ada sekeping lagi Sis tinggalkan, so esoknya (semalam pagi), Sis makan dengan nasi dan gaulkan lagi nasi dengan tempoyak. Perghh nikmat tak terkata hahahaha..

Nasib baik lerr semalam Suami pepagi Subuh dah keluar pi memancing, kalau tak, memang takde can lee nak makan nasi sama tempoyak ni oii.. silap-silap pepagi dah keluar sarapan pi pekena roti canai manjang dengannya kekekeke... habis licin sepinggan Sis bedal, kenyang dari pagi membawa ke malam, sampaikan tertido kejap lepas Zuhur semalam. 

Korang nak resepinya? Meh Sis kongsikan ya.. Sis copy paste aje dari blog Azie Kitchen tu. 

Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh

Bahan bahan:
  • 1 ekor patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
  • 1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
  • Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam
Cara cara:
  • Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  • Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  • Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Haa begitulah mengikut resepinya Azie Kitchen..
Selamat mencuba.. 


P/S: Doakan Sis selamat pergi dan balik 'merentas negeri' ... 

Post a Comment

23Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah sedap ni Sis.Ikan patin ni kalau pandai masaknya sangat menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. tengok resepi pun macam mudah nak buat.. boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  3. sedap ni.. fevret part ekor.
    tapi saya selalu beli je sbb mak x makan patin. kena order la baru dapat makan..

    ReplyDelete
  4. aduh sedapnya.. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  5. Waaa nak cari ikan patin. Kebetulan mak ada buatkan tempoyak ni

    ReplyDelete
  6. Favourite ni sis, rasa akak pun sama, kena makan time Pak Inche tak ada, baru syiok makan sorang benda yg orang lain tak makan, kalau tak kesian plak tengok dia tengok kita makan

    ReplyDelete
  7. Rawlins pun suka rujuk resipi Azie Kitchen - penerangan dia mudah Rawlins nak ikut. Senang nak masak kan

    ReplyDelete
  8. seumur hidup tak pernah cuba menu ni. tapi popular utk penggemar durian dan ikan sungai.

    ReplyDelete
  9. terliur nengok tu, aduhai teringat patin tempoyak budak opis yang emaknya ada kedai makan patin tempoyak... memang sedap mantap gulainya, nk buat sendiri dana takde keberanian nk masak patin takut hanyirla, takut bau tanahla

    ReplyDelete
  10. saya dan tempoyak macam isi dengan kuku, masak ikan patin atau udang masak lemak cili api wajib letak tempoyak. sedapnya memang bertambah nasi jawabnya ;)

    ReplyDelete
  11. memang sedap masak ikan patin resepi Kak Azie ni.Saya dah cuba juga:)

    ReplyDelete
  12. Alamak sis lin.. Kita tak makan gulai tempoyak.. Tp kalau resepibdpd azie kitchen mmg bes biasa nyer.. Dulu masa nk belajar msk suka jgk tgk blog dia

    ReplyDelete
  13. Sedapnya tengok. Lama tak makan ikan patin masak tempoyak. Yes resepi azie mudh ikut. Walaupun dia bebel panjang dlm entry dulu, baru jumpa resepi.. Hehe

    ReplyDelete
  14. Kita memang suka makan gulai tempoyak dan dah lama tak jumpa ikan temoleh dari Sg Perak.. dah xde ke?

    ReplyDelete
  15. encik abang kita boleh makan durian, tetapi tak boleh makan kalau dimasak macam ni. sama juga tak boleh makan petai. stresss tau. kalau nak makan, kena dia pergi outstation baru blh masak. tapi tak syok la xde siapa teman makan. stresss lagi

    ReplyDelete
  16. Ya Allah terliur jadinya tengok gulai ikan patin tempoyak nie. Ini menu favourite sy kalau balik kampung ayah dekat pahang. Bolehlah cuba masak sendiri nanti kt rumah

    ReplyDelete
  17. memang sedapla tu. teringin lak saya. boleh buat menu ni wiken nanti insyaALlah. thanks sharing

    ReplyDelete
  18. Nampak pun sedap dan padu. Fav ni hehhe.. kalau makan mmg menambah pinggan

    ReplyDelete
  19. aaa nasib baik aku tak minat menu tempoyak...patin pun aku tak minat...gitu2 aje...

    ReplyDelete
  20. hahaha comelnya kak lin ada geng bas sekolah! Kita malas sikit nak buat masak lemak tempoyak ni sebab kita je makan. So selalu beli kat luar hehe

    ReplyDelete
  21. Mmeang dah terliur dah ni tengok masak tempoyak. boleh lah nanti cuba menu di rumah. Weekend rajin lah nak masak2 ni

    ReplyDelete
  22. Terima kasih untuk resepi ni. Fatin memang suka makan tempoyak Patin, tapi jarang-jarang masak. Sekarang ni musim durian boleh la try resepi ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!