RESEPI MUDAH SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE

Sis Lin
22
RESEPI SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE | Sesekali masak western apalah salahnya kan, ini pun kebetulan pergi Hero Market terjumpa isi ikan salmon yang segar dalam kepingan besar. Itu yang Sis beli 4 keping dan masak buat makan malam sebulan sebelum puasa yang lepas. Ni baru membelek gambar baru nak up masuk blog hehehe.

Pada mulanya nak buat Salmon Grill ala sos teriyaki, tapi anak Sis pulak kata, dia nak buat sos butter lemon, so ikutkan aje la. Resepinya pun ikut yang anak Sis cari di google, entah resepi siapa entah. Sis tukang siap bahan dan tolong grillkan salmonnya aje.

Ayahnya pula bila nampak salmon tu kemain suka, sebab Suami Sis memang suka akan makan ikan salmon. Tak kisah masak apa sekalipun. Sebab diet pun ya, dan sebab dia suka rasa salmon tu, so bila nampak tu dia teruja. Siap tanya berapa ringgit ikan tu, nanti dia bayar balik hahahaha. Yeee Suami tau ikan salmon bukannya jual murah. Sis beli 4 keping tu je dah RM68 lebih. Bukan berkira, tapi orang yang selalu beli je yang tau harganya ya.

Dan kali ni, Sis kongsikan resepinya, kotlah nanti-nanti korang pulak nak mencubanya. Sebab rasa dia sedap sangat! Sos lemon dia yummy gile bila di curah atas ikan tu. Must try ya!



Resepi Salmon Grill Lemon Butter Sauce 

Bahan-bahannya : 
4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda (mayang)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lemon (ambil jus sahaja)
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun

Cara Memasaknya : 
1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
3. Taburkan lada hitam dan juga oregano.
4. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.
6. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak zaitun, kemudian panggang ikan hingga masak



Bahan-bahan membuat Sosnya :
1 atau 1/2 cawan butter
3 ulas bawang putih
Sebiji lemon
Garam
Black pepper

Cara-cara memasak Sosnya:
1. Panaskan kuali.
2. Masukkan butter.
3. Ketuk 3 ulas bawang putih.
4. Goreng sehingga wangi.
5. Perahkan sebiji lemon dan masukkan beberapa kepingan lemon.
6. Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.
7. Kacau dengan perlahan.
8. Biar mendidih. Setelah siap, boleh hidangkan dengan ikan dan sayur-sayuran pilihan korang.

Bila nak makan, sosnya korang tuang ke atas ikan tu, perghh yummy giler rasanya. Puas masak sendiri macam ni tau. Kata Suami kalau makan kat luar, sepinggan sekeping ikan je dah berapa. Ni beli RM60 dapat 4 keping, makan berjemaah dengan family.

Si anak Sis siap mendeko meja untuk makan malam tu, dah ala-ala makan malam di restaurant plak hahahaha. Datang rajinnya kata Ayahnya muehehehehe... Alhamdulilah..

So korang yang nak mencubanya, silalah, gerenti sedap!..
Selamat mencubanya..


P/S: Tiberr terasa nak mencari salmon le pulak...shedapnya lahaiii...

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bolehlah ku masak nanti resepi ni, kat dalam peti tu dah berbulan terlentang salmon dua keeping beli kat nsk tapi saying nak masak sebab mahal, huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Ye Kak nanti cubalah resepi ni, sedap betul rasa salmon dan sosnya...

      حذف
  2. dah macam kat legoland dah ni..haha...thanks sis share resepi ni..nanti2 boleh cuba..dulu masa ady join contest gym tu, rajin jugak aku beli n masak...tapi aku belasah aje resepinya...tak berapa reti nak masak, jadi tak berapa puas hati...

    ردحذف
    الردود
    1. Arghhh ko sebut jadi rindu plak arr...jom jenjalan Legoland yokk hehehehe...
      Nanti ko try resepi ni...

      حذف
  3. الردود
    1. Hahahaha sikit je malampau, kalau terlebih, siap kentang lenyek dan sos lada hitam kang hahaha

      حذف
  4. Sedapnya. Resepi pun tak sesusah yang disangka. Bahan pun yang memang ada didapur je. Cuma ikan salmon jelah kena beli. Hihihi.

    ردحذف
    الردود
    1. Yee nampak macam remeh, tapi sebenarnya senang aje Fana...

      حذف
  5. Menarik ni. Tak berapa la sangat suka salmon tapi sekali sekala ok gak bila masak macam ni. Nak cuba t.

    ردحذف
    الردود
    1. Sheshekali okay je Kak, sebab salmon pun mahal hehehe

      حذف
  6. Sedapnya.masak sendiri.mmgnouas hatikan.. tak sama bwli kat kedai

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, puashati masak sendiri, makan pun boleh sukahati nak letak menu sampingannya hehehe

      حذف
  7. MMenarik ni, anak Mat Drat sorang tu suka masak salmon, boleh tunjuk resepi ni kat dia

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau gitu boleh cuba nanti, mesti mereka suka...

      حذف
  8. Tidak pernah masak ikan Salmon ni, dah ada tedepi ni blhlah cuba nti

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh cuba sesekali Kak, sekali dah cuba, mesti tersuka nanti..

      حذف
  9. wah makanan ala2 hotel ni. kalau nk makan kt rumah mcm ni, memang tak dapat lah. teror akak masak 😊

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, mana nak dapat 4 keping tu rm60 kalau makan kat hotel kan hehehehe

      حذف
  10. Tsstt Tsstt... lama tak makan ikan salmon... nampak resipi sis terus teringat hehehe... Nak cuba juga lah sis..thanks share resipi ni...

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti boleh cuba, modal besar tapi berbaloi sedap dan puashati...

      حذف
  11. pernah masak asam pedas salmon?

    ردحذف
    الردود
    1. Pernah makan, tapi tak pernah masak sendiri...aku makan kawan bagi Shai..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!