RESEPI SERAWA PULUT DURIAN MAT GEBU

Sis Lin
5
RESEPI SERAWA PULUT DURIAN MAT GEBU | Korang kenal siapa Mat Gebu? Yaa kalau di facebooknya, nama sebenarnya Adnan Ibrahim, manakala kalau di instagramnya, nama penanya @matgebu yaitu pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan yang bertrademarkkan mangkuk tingkat birunya yang lebih di kenali dengan nama Mat Gebu di kalangan blogger-blogger semua.

Sis dah hampir masuk 12 tahun mengenali Mat Gebu, memasing dah faham dan tau sangat perangai memasing. kalau dah berjumpa, macam nak pecah cermin gobok antik si Mat tu, sampai menangis mata kalau gelak oii, macam-macam cite kang keluar. Tambah pulak dengan cerita Mak Yah, Emaknya Cik Mat.

Dan macam biasa ler, tiap kali raya, tiap tahun juga pasti akan singgah beraya ke rumah Mat Gebu ni. Dan siapa lagi geng beraya ke sana, kalau bukan jelitawan dan kesayangan hamba, Puan Suraya tu. Asal dia datang Johor aje, mesti kami akan ke rumah Mat Gebu. Geng Mesyuarat Tingkap katanya si Mat hahahaha..

Cerita raya baru-baru ni, tu nanti Sis update posting lain ya, harini nak kongsi resepi Serawa Pulut Durian air tangannya Mat gebu ni. Aje sedap sungguh weyy, Sis ko makan sampai 2 mangkuk. Rasa dia tak manis sangat, duriannya pun terasa, yang sedapnya tu, bila dah di masuknya pulut dalam serawa tu, perghh memang sedap tak tau nak kata! Masa menaip ni terliur di buatnya oii..

Mat kata dia guna sebiji durian, gula pun ikut tekak katanya, tapi memang sedap sangat kuah serawa tu. Tekak Sis suka beno. Color dia pun nice je, biasa Sis nampak kuah serawa gelap pekat, mungkin gula melaka dia banyak kot.. Nanti Sis pun nak try gak lee buat, tapi nak kena beli durian dulu la ek..hehehehe

Jom kita tengok resepinya...



Resepi Serawa Pulut Durian 
Sis copy paste je resepi asal Mat Gebu dari SINI

Bahan Kuah Serawa : 
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

Bahan Pulut : 
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul


Cara Membuatnya : 

Untuk Pulut : Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.

Untuk Kuah Serawa : Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Untuk Serawa Pulut Durian :  Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau korang boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi.

Selamat mencuba!


P/S: Makan dengan roti pun sodap kan! Arghhh ngences ar... 

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Minta izin copy paste ya Sis.InshaAllah tunggu balik kampung nak buatlah..nak makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. pergh tertelan ayaq liur terus. haha

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak! saya ni kalau makan apa2 berasaskan durian mmg saya suka :)

    ReplyDelete
  4. Petang ni wak pun ngadap serawa durian dengan pulut kukus.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,pagi tadi merasa serawa durian hasil gotong royong perumahan. Heee~

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!