SELAMAT HARI GAWAI 1 JUN 2020

Sis Lin
2
SELAMAT HARI GAWAI 1 JUN 2020 | Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini tentunya disambut dalam suasana berbeza kerana kita masih berjuang menentang penularan pandemik Covid-19. Namun situasi ini tidak menghalang kita daripada berhubung sesama ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyatakan kegembiraan menyambut perayaan ini.

Seperti juga Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari Gawai hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan, dengan kapasiti 20 ahli keluarga dan jiran terdekat sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sama seperti Aidilfitri dan Pesta Keamatan, sambutan Hari Gawai esok sangat berbeza berbanding sebelum ini. Sebaiknya, Hari Gawai disambut bersama ahli keluarga di dalam rumah itu sahaja.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.


Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Perayaan akan bermula dengan tuai rumah membahagi-bahagikan tugas kepada penghuni rumah panjang. Kaum wanita pula akan menyediakan kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan. Minuman tuak merupakan sajian utama perayaan Hari Gawai.

Pada petang menjelang Hari Gawai bermula, upacara membuang sial dilakukan oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau mewakili penghuni rumah panjang berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam, upacara minum ‘air pengayu’ dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur.

Pada pagi 1hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke ‘tiang pengingat’ iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

Kalau dahulu, kebanyakan mereka tinggal di rumah-rumah panjang dan sesetengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung, kini masyarakat Dayak sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.

Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga Sarawak yang akan menyambutnya.


P/S: Tak pasti plak, Johor amik ke tak ek Hari Gawai? Ermmm.... 
Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Kann, kalau biasa, Sis akan pergi rumah kawan Suami, mereka saji dengan makanan pulut santan tu sedapnya lahai...tahun ni takde...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!