SINGGAH BERAYA KE RUMAH BLOGGER MAT GEBU

Sis Lin
29
SINGGAH BERAYA KE RUMAH BLOGGER MAT GEBU | Ramai kalau Sis sebut nama Mat Gebu ada juga yang tak berapa kenalinya, sebab kalau di facebooknya lebih di kenali dengan nama Adnan Ibrahim dan di instagramnya di kenali sebagai @matgebu, tapi bila pergi blognya, ramai kenalinya dengan Dapur Tanpa Sempadan atas nama www.tiffinbiru.com, alaa yang mangkuk tingkat biru tu laa.

Tak kisahlah nama apa pun korang kenali dia, tapi bagi Sis, cukuplah mengenalinya dengan nama Mat Gebu. Beliau seorang yang sangat merendah diri, sangat-sangat!.. dari dulu 11 tahun lepas kenal dia, hinggalah ke hari ini orangnya tetap sama dan masih juga seorang yang begitu 'misteri' di kalangan peminat-peminatnya.

Ye laa, mana-mana Sis pergi, kalau sebut je nama Mat Gebu, semua akan tanya, 'Eh, mana Mat Gebunya, takde ke gambar Mat Gebunya'...hahahah sedangkan kannn, dulu pernah aje Sis terlepas masuk gambar orangnya ketika Mat datang ke rumah Sis, tapi korang je tak perasan, sebab korang tak kenal dia hehehehe.

Alhamdulilah, untuk tahun 2020 ni, ada rezeki dapat berhari raya ke rumah Mat bersama geng 'jauh di mata dekat di hati', siapa lagi kalau bukan Puan Suraya. Dulu kami ni sama-sama juga blogger. Suraya ni blogger macam Mat, share resepi masak semua. Tapi sekarang dia dah delete dah blog dia, dah tak jadi blogger dah. Kenapa? Usahla tanya, mungkin dia ada sebab tersendirinya. Tapi lama dah le...yang tau blog dia ye kenal le Suraya ni.



Haritu Sis datang awal, ye laa selalu memang Sis paling lambat, nanti kena 'sound' dengan Mak Yah (emaknya Mat Gebu), so haritu awal giler Sis ko sampai. Tapi Mat dah siap semua menu dia berhidang cantik atas meja ko. Perghh memang pantas dia buat kerja.

Sambil menunggu Suraya sampai, duduk le 'meraba-raba' kursi mewah dari Bardeaux Meuble Furniture yang Mat beli dengan Dura Hatta ni. Perghh sambil bersilang kaki Sis ko verangan macam boss jual petai aje ko kat hall Mat tu hahahaha..

Korang kalau nak set perabot atau kursi gaya mewah gini dengan harga berpatutan, boleh berurusan terus dengan Dura Hatta dan di PM di facebooknya.



Haaa korang tengok, kan Sis kata masa Sis sampai semua dah terhidang siap Mat hidang atas mejanya. Dia kalau bab menghidang memang 'first class', dengan pinggan mangkuk dia yang klasik tu semua di keluarkan. Yee Mat jenis beli dia pakai dan guna untuk jamu tetamu, bukan macam sesetengah orang, beli memahal, perap simpan jadi pekasam dalam lemari hehehehe.

Tapi Mat Gebu ni, semua dia guna. Cuma nasib baik dia tak hidang periuk Le-Creuset dia je tu, kalau tak, penuh dah satu meja tu oii. Ada kang sambil makan menjeling nengok periuk aje hahaha.

Korang nak tengok periuk Le Creuset cecantik yang macam Mat beli tu? Boleh ke SINI ya .



Menu utama pada hari Sis dan Suraya datang tu, Mat Gebu masak Laksa Johor. Yaa cukup lengkap semua menunya dan bahan laksanya. Sis ko ni dah le 'hantu' segala macam laksa, lagi plak Laksa Johor ni, memang laa kesukaan.

Makanya apalagi, bila dah di ceduk, memang tak cukuplah semangkuk hahahaha habis Sis ko makan sampai 3 kali tambah, aje gilerr Sis Lin hahahaha...orang lain (Mak Yah & Suraya) duk sibuk berborak, Sis ko bantai je makan tanpa toleh kiri kanan tengok muka Mat. Ye laa entah-entah, dia tengok Sis makan dia kata 'gelojohnya' kakakakakah!..

Korang kalau nak resepi Laksa Johor Mat Gebu, boleh baca SINI ya ..



Bukan kata ada Laksa Johor aje, Mat hidangkan juga Serawa Durian dia oii..adeiii macam mana Sis ko ni nak diet? Haa jwab jawab?!!.. Memang kalau ke rumah Mat ni, tak pernahnya ko balik dalam keadaan lapar, memang balik pusat ko tersembul keluar gamaknya okay.

Serawa Durian tu pun, Sis ko bantai 2 mangkuk kakakakah. Time ni apalagi, kopiO Mat jadi mangsa berulang-ulang teko di togaknya, sebab time ni dah masuk plak menu Binga Ubi tu haaa.. adeiii, sampai tak larat nak makan oii, jamah seketul, kemudian Mat bungkuskan bawa balik 5 ketul.

Korang nak Resepi Serawa Durian Mat Gebu? Boleh baca SINI ya ..


Gitulah.. kalau datang rumah Mat Gebu, orangnya memang pemurah bab menghidang tetamu. Ada aje yang di masaknya. Kadang ada gak rasa malas nak bagitau dia nak datang, nak terjah aje rasanya... tapi takut kang kena sumpah jadi mangkuk tepen tu kang, mampos! Hahahaha...yeee Mat tu tak suka main terjah-terjah okay. At least ko nak datang, bagitau sehari sebelum dengan dia, kalau tak, dia buat-buat tak baca je wahtsapp ko nanti hahahaha..

Sepanjang kenal Mat, belum pernah lagi Sis terjah dia, takut oiii... kita hormat pendirian dia. Sis kalau ke sana, memang selalunya dengan Suraya ni laa. Bila Suraya datang balik Johor, dia akan roger Sis ajak ke rumah Mat. Bila kami dah jumpa bertiga, mulalah, macam burung murai terbang sekawan mencari makan. Sumbat mulut tu makan, diam terus hahahahaha..

Apa-apa pun, terima kasih Mat, mudah-mudahan Allah murah dan tambahkan rezeki ko selalu dan sihat-sihat selalu ya. Dan juga Suraya. Nanti balik Johor kita jumpa ya. Sebab haritu sekejap snagat kan kita jumpa..

Ada rezeki kita jumpa di Raya Haji pulak..jeng jeng jeng...


P/S: Hari OFF memasak yehaaa... Suami pi mancing, so Sis nak membelai pokok-pokok bunga hehehe.. 

إرسال تعليق

29تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih linn sudi singgah. Kalau korang tak datang, rasa macam tak lengkap, yea dak...

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama kasih juga Mat.. yee sama aku, kalau tak datang raya uma ko, rasa macam tak cukup rayanya tu kannn...

      حذف
  2. Tudia Kak Lin kita. Sampai 3 kali makan laksa. Kikiki. Sedap sangat tu Mat Gebu masak. Pandai dia masak. Terliurnya tengok bingka ubi tu

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha memang kesukaan laksa johor, so bila dah depan mata, apalagi, ngap!

      حذف
  3. Ya hampunnn, memang takyah diet la sis..kalau gi rumah orang....diet kat rumah sendiri ajooo~

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha memang datang dalam keadaan kelaparan biasanya hahahahahaha

      حذف
  4. Mat gebu ni blogger lama kan? Kakak iza suka betul follow resepi masakan dia. Pastu gambar2 masakan dia semua sedap2. Bestnya dapat beraya dekat rumah dia. Mkn pun mesti sedap jgk.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa betul. Blogger masakan dan memang ramai yang suka gunapakai resepinya. Betul tu gambar dia je jadi tarikan dalam masakannya di blog dia..

      حذف
  5. Canteknya rumah mat gebu. Suka tengok. And plg penting dapat cuba pelbagai masakan

    ردحذف
    الردود
    1. Rumah biasa, tapi dekorasi air tangan dia tu menjadikan setiap ruang nampak mewah gitu..

      حذف
  6. Rawlins pun suka menjengah blog beliau - cuma tak berani nak ikut resipi sebab sedar diri tak mahir di dapur. Selalu share dengan adik2 je pastu Rawlins jadi foodtester hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, Sis suka juga sebab bahan dia semua senang-senang aje kan Rawlins. nanti ko cubalah, mesti jadi dan sedap..

      حذف
  7. Wah menu dia sedap2 tgk lagi2 serawa durian tu... Hehe.. Kalau kita pun akan bertambah smbil jeling2 pinggan mangkuk segala bagai haha..

    ردحذف
    الردود
    1. Uitt serawa durian tu serius sedap, sebab tak manis sangat...biasa makan manis sangat rasanya..

      حذف
  8. Kenal² dgn mat gebu tapi xpernah jumpe lg. Heheheh.. lg pun selalu juga usya resepi dekat blog beliau. Selalu perhati blogger2 yg dtg ke rumah beliau mmg akn dihidangkanmenu yg superb.

    ردحذف
    الردود
    1. Mudah-mudahan akan terjumpa nanti kann... orangnya memang pemalu dan misteri heheheh

      حذف
  9. Hehehe biasanya kalau sampai, mesti ke dapur terus hahahaha.. buat macam rumah sendiri aje selalunya kakakakakah..

    ردحذف
  10. tahun ni nampaknya tak beraya la ke rumah mat gebu..

    ردحذف
  11. Wow.. so much nice foods prepare by Mat. Gebu.. really a good cook chef ya

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!