SUDAH BERSEDIAKAH KORANG UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH? | Baca aje tajuk, Sis percaya ramai yang masih ragu-ragu dan was-was untuk jawab YA kan? Baik sekolah menengah, rendah, mahupun tabika dan juga IPTA/IPTS.
Yerr sama juga macam Sis. Walau anak Sis dah besar, tapi kerisauan kita sebagai ibu bapa ni memang tak di nafikan, biarlah anak ada depan mata dalam keadaan negara sedang di landa wabak Covid19 ni. Masa mula anak Sis kata nak balik ke Shah Alam untuk sambung Masternya balik tu, hati ni berdebar juga rasa. Fikir boleh ke anak tu jaga diri, selamatkah dia di sana, aishh macam-macam fikir..
Ini kan pulak bila kata sekolah tabika akan di buka, lagi lee budak kecil bawah 6 tahun, makin risau hati ibu bapa kan. Termasuk juga adik Sis MamaDD tu. Anaknya Mia akan mula naik sekolah pada 1/7/2020 ni. Risau juga dia kata, tapi dia dah siap sedia juga segala penjagaan diri buat anaknya Mia tu.
Ye laa dah nama pun budak, lama duduk rumah, bila kata sekolah boleh mula, kemain seronok laaa dia, budak mana tau apa kan..dapat jumpa kawannya dah seronok sangat dah, bukan nak sekolah sangat pun hehehe.
Pada 10 Jun yang lepas, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin telahpun membuat pengumuman tentang SOP sekolah yang baharu. Pengumuman ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak lebih-lebih lagi para ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.
Sebagai permulaan, hanya pelajar yang menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SMV dan STAM sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke sekolah bermula 24 Jun 2020 lalu. Terbaru pula, kerajaan membenarkan prasekolah dan tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini. Oleh itu, bukan pelajar sahaja perlu bersedia, malah ibu bapa juga!
So lengkapkan anak korang dengan semangat kembali ke sekolah, dan juga hand sanitiser serta pelitup muka.
SOP sekolah dirangka hasil perbincangan pelbagai pihak
Sebuah garis panduan telahpun dirangka bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai rujukan semua sekolah sebelum dibuka. SOP ini bertujuan untuk memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah ketika berada di kawasan sekolah.
Sebagai ibu bapa, pasti korang rasa bimbang akan keselamatan anak korang ketika di sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan SOP ini dapat direalisasikan. Penting untuk korang ambil tahu persediaan yang patut dilakukan sebelum anak-anak kembali ke sekolah.
SOP di sekolah, apa yang perlu anda tahu
1. Jika tidak sihat, duduk sahaja di rumah!
Pemeriksaan suhu akan dijalankan di pintu masuk sekolah. Pelajar atau guru yang bergejala ataupun mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah
Oleh itu, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum menghantar mereka ke sekolah. Ingatkan anak korang untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan sosial.
2. Susunan meja berjarak 1 meter antara satu sama lain.
SOP sekolah telah menetapkan kapasiti maksimum mungkin bergantung kepada keluasan kawasan kelas. Namun, untuk kelas bersaiz biasa, hanya 20 orang murid sahaja yang dibenarkan pada satu-satu masa.
3. Bersihkan permukaan kerap disentuh 2 kali sehari.
Permukaan yang kerap disentuh seperti suis lampu dan kipas, tombol pintu, penutup tandas, pengepam tandas dan sebagainya akan dibersihkan dengan rapi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
4. Penjarakan sosial di kantin sekolah.
Murid masih perlu mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter dari satu sama lain ketika berada di kantin sekolah. Murid juga tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Hanya makanan berbungkus sahaja yang akan dijual dan murid akan makan di bawah seliaan guru dalam kelas pada waktu rehat.
5. Pastikan ada bilik isolasi untuk murid bergejala. Bilik ini perlu dilengkapkan dengan pelitup muka dan juga hand sanitiser.
6. Aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga tarikh yang akan diumumkan nanti.
7. Penggunaan pita pelekat sebagai tanda penjarakan sosial.
Penjarakan akan ditanda pada lokasi yang bersesuaian. Sebagai contoh, tanda penjarakan akan diletakkan di kantin untuk tujuan berbaris. Tanda yang sama juga akan diletakkan pada kerusi, meja dan tempat mengimbas kehadiran untuk memastikan semua orang dapat mematuhi SOP di sekolah.
8. Katil asrama juga akan disusun pada jarak 1 meter.
Hanya pelajar yang berada dalam kelas peperiksaan sahaja dibenarkan untuk pulang ke asrama. Katil pelajar juga perlu dijarakkan sejauh 1 meter daripada satu sama lain.
9. Menyediakan laluan pergerakan sehala.
10. Menyediakan tong sampah berpenutup.
11. Menyediakan sabun dan hand sanitiser yang mencukupi di lokasi yang bersesuaian seperti di surau, kantin, tandas dan bilik guru.
12. Meletakkan tanda peringatan COVID-19 di pintu masuk dan juga sekitar sekolah.
Kesimpulannya :
Perlaksanaan SOP di sekolah ini adalah penting untuk memastikan keselamatan semua pihak. Oleh itu, para guru, pelajar dan juga ibu bapa haruslah memainkan peranan demi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kita masih lagi belum menang dari melawan virus korona. Malah, jika kita tidak berjaga-jaga, ada kemungkinan untuk kita dilanda gelombang ke-3 COVID-19 pada masa akan datang.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bukan daripada kelas peperiksaan awam, sekolah akan dibuka secara peringkat demi peringkat. KPM akan memaklumkan mengenai hal ini mengikut perkembangan semasa. Pasti yang paling teruja untuk pulang ke sekolah ialah pelajar sendiri.
Jangan lupa untuk jaga penjarakan sosial, amalkan tabiat membasuh tangan dan pakai pelitup muka ya!
Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Oleh Fatin Zahra
P/S: Sama-sama kita berdoa moga semuanya dalam keadaan terkawal dan selamat.. aamiinn..

Amalkan SOP Inshaa Allah dilindungi. Stay Safe.
ردحذفYup..ikut peraturan dan arahan, insyaAllah anak-anak akan selamat terjaga..
حذفAnak buah PC teruja dah nak pergi sekolah.Kita ni yang risau.Moga semuanya baik-baik sahajalah.
ردحذفKannn, samalah anak buah saya PC...pun gitu, rindu cikgu katanya..
حذفyang lain pun kene bersedia untuk hadap jalan jem depan area sekolah hehe
ردحذفBegitulah..tapi tidaklah seperti kebiasaannya..
حذفBetul, memang risau.. rata-rata memang ramai Sis dengar keluhan kebimbangan ni, tapi tu laa, kita kena juga cuba keluar dan sesuaikan diri dalam norma baharu ni...mudah-mudahan, anak-anak pun patuh pada arahan SOP..
ردحذفno komen...
ردحذفsebab belum ada anak....hahahhaha!!!!
Hahahaha...anak kucing ko tak sekolah ek hahahaha
حذفRawlins percaya ramai berbelah bagi. Ada yang nervous nak hantar anak ke sekolah sebab bimbangkan keselamatan. Ada yang tak sabar nak hantar anak ke sekolah - takde la ramai kat rumah dah hahahaha
ردحذفYaa Rawlins, adik Sis pun sama, tapi nak buat macam mana kan..
حذفSemoga anak anak yang dah dihantar ke tadika dipelihara kesihatan mereka...
ردحذفAaamiinn...itulah yang semua ibubapa harapkan...
حذفmemang banyak benda nak kena jaga. Kalau macam ni parents kena main peranan besar jugak lah tak boleh mengharapkan cikgu semata
ردحذفSangat Farhana...sebelum dan selepas pergi sekolah, kena kerja lebih sikit le mak pak ni kann...
حذفyer, sebagai ibu bapa haruslah risau. tambah2 bila anak2 masih kecil dan belum matang. pasti susah utk mereka behave utk jaga penjarakkan sosial tu
ردحذفBetil Zharif, golongan yang berisiko tinggi orang kata, tapi tu lee, kena biasakan juga dengan situasi norma baharu kan..
حذفFariza sekolah esok ni.. Memng siap sedia utk dia semua.. Pinggan mangkuk makan semua bawk sendiri.. Memg tak boleh main2.. Dia mmg jenis dgr cakap.. Ehhe
ردحذفSama dengan Mia juga Nad, esok start sekolah gak, tak sabar katanya..semua dah siap sedia emaknya tu..
حذفMula2 ridau jugak tapi cikgu dah Pecahkan group. Sekolah smggu 2@3kali je. Selang seli cuti. Jadi ena rasa lega sikit tak ramai cuma 6 orang. Hehe. Bukan apa riso dia paham ke suruh jarak2 ni. �� Mesti nak main sama2
ردحذفYaa betul, sama macam Mia, tak semua hari dia akan ke sekolah, ada pecahan hari, sebab tabika dia kira ramai juga muridnya..
حذفparents pula yang nervous untuk anak anak mula sekolah balik. maklumlah, dah lama tak hantar anak ke sekolah
ردحذفYaaa semua rasa hati ibu bapa begitu, tapi itulah, kita kena biasakan kehidupan kita dengan norma baharu kan...
حذفAnak sis mmg seronok bila dpt tahu 15hb start sek. Tak sabar dia nak gi..kita mak ni mmg le risau..sape tak risau kan..tp kita berdoa aje lah segalanya dipermudahkan
ردحذفYaaa Kak, bebudak gitu laaa, bosan sangat lama duduk rumah kann, semua bersemangat nak naik sekolah..
حذفAnak anak buah dah sekolah dah sekarang... rasa macam tak selamat juga la kalau difikir fikirkan. Apatah lagi kalau mak mak...haaa confirm la risau sangat2... Semoga semuanya baik baik sahaja la kan sis...follow SOP...sebab kesian juga budak2 tu bosan tak jumpa kawan kawan dan duduk rumah sepanjang masa.
ردحذفYerr Finah, sebab kita ni dewasa duduk rumah tapi anak-anak kiya biarkan di luar , macam nit fair kan..kalau boleh mak pun nak duduk kat sekolah sama...
حذف