SELAMAT PAGI JUMAAT 20 SYAWAL 1441H

Sis Lin
4
SELAMAT PAGI JUMAAT 20 SYAWAL 1441H | Assalamualaikum wbt buat semua. Salam pagi Jumaat yang cerah dan berseri-seri bercahaya. Pejam celik, sekejap dah 20 Syawal kan, mungkin minggu sebelum-sebelum ni kemeriahan raya tu takde dapat rasa sangat sebab memasing tak boleh balik kampung merentas negeri..tapi bila PM umum bahawa Pergerakan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni boleh rentas negeri, makanya, Sis dapat rasakan, hujung minggu bermula harini, tentu ramai dan banyak kereta atas jalanraya menuju ke kampung memasing.

Seronoknya kannn..mesti ayah ibu adik beradik korang di kampung tu tak sabar menunggu kepulangan anak menantu cucu mereka. Mesti menunya nanti masakan hari raya. Korang pun balik kampung pakailah baju raya, boleh bergambar sekali lagi dengan family korang seperti macam baru je raya pertama, kompom sayu je suasana  nanti..*sedang membayangkan..


Sis ni nak balik kampung mana aje, dah kampung pun kat Kampung Melayu, tak sampai 20km dah sampai hahahaha.. cuma raya kali ni memang terhad dan boleh di kira berapa kali Sis jenguk Emak. Sebab Emak tak sihat, so Sis tak datang laa ke sana, takut kita datang bawa mudarat plak kat dia kan, so sabar je dulu.

Okaylah, pagi ni takde nak kongsi apa sangat, cuma Sis nak kongsi sepotong ayat yang pagi ni Sis buka facebook, lalu terbuka memories #throwback, ada ayat yang pernah Sis share sayu ketika dulu. Sos Sis nak kongsikan di sini, moga ianya memberi manfaat buat korang semua dan juga sebagai peringatan buat diri Sis sendiri juga. 

Renung-renungkan dan selamat beramal..


Kita di facebook atau laman sosial, kadang-kadang bukanlah orang yang sama seperti kita di dunia luar. Di dinding facebook kita berpesan-pesan. Di dunia nyata, jarang sekali kita berpesan. Tapi itu bukanlah suatu alasan yg kukuh untuk berhenti berpesan.

Ingat. Kita berpesan, bukanlah kerana kita merasa diri kita sudah cukup baik. Kita berpesan pada diri, dan diri kita berpesan pada sahabat yang lainnya. InsyaAllah...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh/solehah dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." - IMAM HASAN AL-BASRI ..

#SisSharing


P/S: Jom kita memasak! Sambal udang & rendang ayam untuk jamuan raya Boilermaster!..

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lazimnya bila sesorang itu memberi nasihat atau teguran akan ada yang perli atau sindir..alah macam baik macam bagus..tak pun,tengok tu uztaz ustazah dah bagi ceramah..bagi PC kita tak boleh cakap macam tu kan Sis,siapa pun yang tegur atau nasihati kita dengar dan amalkan mana yang baik.Sebab kadang orang bercakap mungkin bukan kerana ilmunya yang luas dan mendalam tapi kerana pengalaman yang pernah dia lalui.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa PC, salah kita tergur, terima atau tidak terpulang, janji tanggungjawab kita sebagai sesama islam atau sahabat, kita dah laksanakan, kalau kita diamkan dan lihat, ibarat kita bersubahat...maka jika orang tak menegur tapi orang beri nasihat dan pesan, maka terimalah dengan hati yang terbuka...
      Esok-esok apa yang di tegur itu, jadi perubahan dan ingatan buat kita..

      حذف
  2. betul tu...kalo nak tunggu baik 100% baru menasihati orang lain, aku rasa ramai da jadi perompak, pembunuh dan perogol....

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Sunah, cuma pelik kenapalah bila orang beri nasihat, ada je yang kata 'tunjuk baik le tu', 'ko bukan baik sangat'...terkedu kadang dengan orang macamtu...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!